Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

  • - PETALING JAYA – Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria kini secara rasmin menyandang jawatan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas dipilih sebulat ...
    51 minutes ago

Friday, February 14, 2014

SUBHANALLAH..!!! ARTIS PALING SEKSI DI MALAYSIA YANG TERKINI...

Subhanallah..!!! Rabecca Nur Islam yang terkini... sejuk mata memandang.. kan?
Saya dah cakap dan tulis berkali-kali kat sini, walaupun sejahat mana sekali pun seseorang tu, kita tak boleh hukum orang tu penghuni syurga atau neraka sekali pun. Sebab hidayah tu milik Allah SWT, manakala syurga dan neraka itu juga ketentuan Rabbul Jaleel...

Meskipun saya sering mengecam para pemimpin dan penyokong Pakatan Haram, tapi rasanya saya takde la guna perkataan kesat dan mencarut. Paling teruk pun saya sifatkan depa sebagai "bodoh" sebab itu terjemahan Bahasa Melayu bagi perkataan "jahil" dalam bahasa Arab. Ye laaa.. apa perkataan Bahasa Melayu yang sesuai untuk sifatkan orang yang "jahil", kan..?

Anwar Berahim, Kit Siang, Guan Eng, Azmin, Karpal, Nik Aziz, Mahfuz, Khalid Samad, Khalid Berahim, Teresa Kok, Najib, Muhyiddin, Tun M, Rosmah, Mukhriz, KJ, dan semua ahli politik yang kita dok "tembak" dan sanjung selama ni pun belum tentu masuk syurga atau neraka, kan?

Saya pernah kata, kalau diberi hidayah dan bertaubat sebelum mati, Ariel Sharon tu sekali pun insyaAllah akan diberikan syurga Allah. Cuma kita ni yang dok tak sedar-sedar diri..kat mana tempat kita nanti? Di syurga atau neraka? Cakap pandai..tapi amalan?

Ingatlah.. tak suka macamana pun terhadap sesiapa sekalipun, tinggalkanlah sedikit rasa kasih sayang kita pada depa. Depa pun makhluk dan hamba Allah saja... cuma depa tu zalim dan tak adil saja di dunia ni kerana ada yang "bertuhankan politik" berbanding takut pada Allah 'azza wa jalla...

Cuba tengok cerita artis paling seksi dalam Malaysia yang tiba-tiba diberi hidayah dari Allah untuk berhijab kekal selamanya. Saya tak kata la dia akan masuk syurga, tapi tak siapa sangka tentang "hidayah" tu, kan? Sejuk hati saya tengok dia, walaupun sebelum ni kalau boleh tak mau langsung tengok gambarnya.. dengar nama pun dah malas...


Jangan harap la saya akan siar gambar seksi Rabecca yang dulu... Rabecca sekarang lebih bagus.. kita bagaimana?
Pelakon Rabecca Nur Al-Islam sudah pun berhijab sejak menunaikan ibadah Umrah di Mekah pada 31 Januari lalu bersama suami serta 38 ahli keluarganya yang lain.

Rabecca, 28, berkata, sepanjang berada di Mekah, dia cukup selesa dengan pemakaian hijabnya sehinggalah ketika pulang ke tanah air, dia nekad mahu kekal dengan imej tersebut.

“Sepanjang menunaikan Umrah, saya rasa cukup selesa dengan berhijab dan ketika pulang ke tanah air pada Isnin lalu, rasa pelik pula apabila tidak berhijab.

“Kemudian saya nekad mahu kekal berhijab. Lagipun memang dari dahulu lagi saya berniat mahu menutup aurat. Alhamdulillah, Allah memberi hidayah kepada saya ketika di Mekah,” katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada petang Rabu.

Tambah Rabecca, dia kini berasa lebih tenang selepas melakukan penghijrahan dalam hidupnya selain sudah menutup aurat.

Dalam pada itu dia juga bersyukur apabila suaminya turut memberikan sokongan terhadap perubahannya dalam menjadi seorang wanita Muslim yang lebih baik.

Sementara itu, ditanya pula mengenai komen-komen negatif beberapa pihak yang menyifatkan dia sengaja mahu menunjuk-nunjuk kerana memuat naik video-video dia mengaji di Mekah, Rabecca berkata, dia tidak kisah dengan kritikan tersebut

Kata Rabecca, tujuan dia memuatkan pelbagai video dia sedang mengaji kerana begitu teruja apabila dapat melakukannya di Mekah, di mana tidak semua orang berpeluang berbuat demikian.

“Sedikit pun saya tidak mempunyai niat mahu menunjuk-nunjuk. Perasaan saya teruja apabila dapat mengaji di Mekah di mana selama ini rutin itu hanya dilakukan di rumah.

“Rasa teruja itu sama seperti kita bercuti di negara orang, itu sahaja. Bagaimanapun saya langsung tidak kisah dengan kritikan itu kerana sudah lali dengan cemuhan orang,” ujarnya. – mStar Online

5 comments:

Anonymous said...

kalau tak menunjuk2, tak perlu la upload... inilah ragam artis Malaysia...

Anonymous said...

Nak ingatkan diri sendiri juga......kalau kita menunjuk-nunjuk, tu tanda riak. Bila riak, apa saja amalan kita akan terpadam. Sebab tu aku tak mahu buka akaun FB.....takut jadi riak.....mesti ada sikit niat nak tayang biar orang tengok. Berhati-hatilah.....

Anonymous said...

Alhamdulilah!..walau apa pun kita hanya hmbanya.Nasihat saya carilah Islam ini dengan sungguh bukan hanya mengikut saja.Guru kita hanyalah Allah SWT dan kitab Al-quran yang diturunkan (main).Ingat sabuah Hadis Rasulalah dimana berbunyi "Sesaorang yang keluar dari sembayang tetapi maseh lagi melaku pekara-pekara yang mungkar maka orang ini belum sembayang lagi". Adakah sembayang waktu itu atau sebelum-sebelumnya?.Carilah ilmu bukan mengikut buta tuli.Hanya untuk ingat dan meningati.Asalamualaikum!.

Anonymous said...

Aku berani beri jaminan kalau dia ni cuma boleh bertahan paling lama 1tahun bertudung ....kah kah kah macam tak kenal....

Anonymous said...

Baru saya tahu pakai tudung itu satu hijrah? Datuk nenek kita dulu banyak yang tak hijrah?
Akhir-akhir ini ada yang kita tengok dalam internet, orang pakai tudung pegang anjing dan babi. Malah baru-baru ini ada orang pakai tudung 'mengeji' Allah?
Banyak juga yang memakai tudung menguploadkan kelakuan tak senonoh mereka!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!