Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, February 12, 2014

SIAPA MAK BAPAK BUDAK-BUDAK BERTATOO NI..?

Saya tak tahu budak-budak ni anak siapa. Tapi gambar ni saya dapat lewat malam tadi. Kerana gambar ini, saya berdebat panjang dengan seorang rakan yang akhirnya mengaku kalah dan mengakui kebenaran hujah saya.

Simple. Mula-mula kawan saya tengok gambar ni, dia marah pada guru yang tangkap budak-budak ni. Lepas tu dia salahkan guru kononnya golongan pendidik tak reti asuh anak-anak murid di sekolah. Dia balun cikgu-cikgu kita...

Saya tersengih. Saya kata....

1. Bagus la kalau budak-budak ni ditangkap dalam keadaan begini. Apa yang nak disembunyikan? Nak jaga nama baik sekolah? Sampai bila? Nak jaga nama baik ibu bapa budak ni? Baik sangat ke nama depa?

Pada saya, gambar begini elok dirakam sebagai bukti perangai anak depa...cantik tak perangai?

2. Siapa yang patut asuh pemikiran anak-anak? Guru atau ibubapa? Anak ni kurniaan Allah. Kita pandai cakap, anak tu amanah Allah ibarat kain putih dan kita la yang akan corakkan anak tu. Saya nak tanya, ada ke kita kata "cikgu-cikgu kat sekolah la yang akan corakkan anak kita"? 

Sekarang kita nak lari dari tanggungjawab dan amanah tu, kemudian nak letakkan tanggungjawab dan amanah tu pada cikgu-cikgu kat sekolah anak kita? Banyak cantik muka..!

3. Cikgu kita ada ke ajar anak-anak kita lukis tatoo kat lengan, kaki atau badan? Mungkin budak-budak ni kenal tatoo masa tengok TV atau layari internet kat rumah. Saya nak tanya, apakah cikgu-cikgu kita tu perlu datang pantau setiap anak-anak muridnya di rumah mereka? 

Kalau anak muridnya ada 120 orang (3 kelas), dia nak kena pergi ke 120 buah rumah setiap hari dan pantau anak-anak murid dia tu? Agak-agak laaa.. saya sendiri pun kalau jadi ibubapa akan malu kalau cikgu datang pantau anak sendiri di rumah...heh!

Akhirnya, saya kata kat kawan saya... saya tak salahkan budak-budak ni 100%. Depa ni tak tahu apa-apa lagi. Depa tahu nak seronok saja, tapi tak tahu nak pilih antara yang tindakan yang betul dan yang salah...Budak-budak ni mungkin 5% saja salah sebab tak pakai akal yang Allah berikan...

Saya salahkan mak bapak budak-budak ni 95%. Sebab depa tak pantau dan ajar anak-anak depa betul-betul. Di zaman yang makin mencabar macam sekarang ni, kita perlu lebih mengajar dan memantau anak-anak kita. Ni tidak... salah sendiri, tapi alihkan kesalahan tu pada cikgu-cikgu.. 

Wajar ke begitu? Kalau letak diri kita kat tempar cikgu, apa kita rasa? Rasa nak pelempang je mak bapak tu, kan? Tapi cikgu anak-anak kita tu takde la macam kita yang kira nak lempang jer... depa tu dah cukup baik dah sebab bersabar dengan kerenah anak-anak kita...kan? Salute cikgu!

4 comments:

Anonymous said...

saya setuju dgn saudara dan mak bapak lah kena pantau. masaalah kita orang melayu islam ia lah suka tuding jari pada orang lain.

Anonymous said...

Ape nak kisah. Yang mengajar idea macam tu semua adalah pemimpin2 PR juga. Kalau ada je masalah, semua salah UMNO. Salah diri sendiri tak mengaku. Yang buat filem porno dengan cinadol, yang menenggek bontut jantan, yang main dalam jamban, yang spendar besor, yang kaunseling pukul 3 pagi, yang menyerang polis, yang naik harga barang, yang blackout, yang upah bangla, yang tak reti asuh anak, yang tak dapat tawaran menyanyi, yang rembat duit derma, yang tak pandai tadbir negeri, yang itu dan yang ini, semua nya di salah kan UMNO. Secara ringkas macam cerita dia atas lah.

Mohd Azlan Mohd Seth Tan said...

Ko ni bangang ke bebal? Isu dia sekarang didikan dan pantauan ibu bapa..apa ken mengena ngan isu politik PR atau UMNO? Nak porno bagai? Sebelum komen tu pakai otak boleh? Didikan bermula dari rumah bukan PR ke UMNO. Elok ko tak payah lahir kat dunia ni pun takpe kurang sikit orang bebal

Anonymous said...

Azlan shit yg pendokong anuar. Sayanggg anuwarrrr

Bila Kak Su Bersuara... Heh!