Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, February 27, 2014

SIAPA KATA MASALAH AIR SELANGOR SELESAI..? TUNGGU LA LOJI TU SIAPPP...HEH!

Siapa kata masalah air di Selangor selesai? Siapa kata? Khalid? Percaya ke kat dia ni? Anwar? Lagi la takleh caya....

Dah bertahun-tahun dah masalah air melanda Selangor. Dulu tahun 2010 dia kata air di Selangor cukup sampai 2019. Tapi start dia cakap tu, setiap tahun dari 2010 sampai la 2014, teruk rakyat Selangor dibuli Khalid kena angkat baldi air naik tingkat 13... 

Semalam  Khalid Berahim ada sign MOU dengan Maximus Ongkili (KeTTHA). MOU struktur semula air di Selangor. Disaksikan PM dan TPM, musuh ketat Anwar Berahim. Khabarnya Khalid sign MOU tu tanpa "restu" Anwar Berahim... heh! Khalid "main belakang" Anwar le ni...



Saya tetap cakap masalah air di Selangor belum selesai. Apa? Ingat lepas sign je MOU tu paip air kat Selangor tu keluar air laju-laju? Heh! Jangan harap la beb... kalau keluar setitik dua tu dah cukup baik dah tu.. ada yang dah 19 hari setitik air pun tak keluar dari paip rumah diorang...azab betul..!

Sebenarnya, rakyat Selangor kena tunggu Loji Langat 2 tu siap dan beroperasi dulu, baru la boleh bernafas sikit paip air kat rumah diorang. So tunggu la 1-2 tahun lagi..baru okay kot...Itu pun belum tentu dapat selesai seluruh masalah...

Langat 2 ni patutnya dah start bina 2010 dulu dan siap lebih kurang tahun ni. 4 tahun jangkamasa. Kalau baru nak bina, agak-agak bila boleh siap? Kenapa lambat bina? Sebab Khalid laaa.. dia la punya angkara.. tiba-tiba je dia "sengaja" tangguh Langat 2...

Dia nak buat teknologi membran la.. air lombong la.. macam-macam plan dia.. satu pun tak nampak bayang... tapi bila Anwar dikatakan nak gulingkan dia dari kerusi Menteri Besar, terus dia "kowtim" dengan Kerajaan Pusat...heh! Boleh pulakkk! Tak payah tangguh dah? Dah terlambat dahhhh...

Saya heran... tetiba je Khalid Berahim "baik bebenor" dengan Kerajaan Pusat. Masa dia sign MOU dengan Maximus Ongkili tu, Najib dan Muhyiddin pun ada jadi saksi.. "lain macam" betul, kan? Errrr... Anwar tak takut ke? Nak gulingkan Khalid? Kalau Khalid "lompat" camana? Heh!

Khalid perlu ingat.. dia berjaya "beli" 4 syarikat konsesi tu berdasarkan dana dari Kerajaan Pusat. Bukan sikit bro.. RM2 billion! Bukan million (juta), tapi billion! Bukan duit rakyat Selangor saja, tapi tu duit rakyat dari seluruh Malaysia tau...

Khalid perlu ingat.. duit rakyat tu adalah pertolongan dari Kerajaan BN, Najib, Muhyiddin dan KeTTHA. Duit tu BUKAN dari Azmin Ali, BUKAN dari Anwar Berahim mahupun Rafizi Ramli. Azmin nak pelingkup Khalid ada ler.. Anwar Berahim? Jangan harap la nak dapat duit "punahsihat RM1" tu kalau Khalid bukan kroni... Rafizi? Dia tahu ke "strategi" nak dapatkan RM2 billion? Heh!

Jadi, berterima kasih la sikit kat Najib, Muhyiddin, Kerajaan BN dan rakyat Malaysia. Duit tu Kerajaan BN bagi kat Kerajaan Selangor demi rakyat Selangor dan Lembah Klang... supaya depa semua dapat bekalan air bersih.. ingat..BN beri kat Kerajaan Negeri, jangan masuk kocek pulak!

Bila dah handle air Selangor sendiri, pandai-pandai la Khalid lepas ni. Tak payah lagi la nak nayakan SYABAS kalau air takde.. Kalau takde air, sila salahkan diri sendiri... kalau rasa tak tahan sangat, ludah ke atas.. biar kahak tu jatuh betul-betul kat dahi sendiri...faham, kan?

Pada Kerajaan BN, tahniah la sebab dah selesaikan masalah rakyat. Cuma hati-hati saja la dengan Khalid tu... kita dah tolong dia...harap dia tak "gigit" kita balik... jangan jadi macam "melepaskan buaya tersepit" dah ler.. (sengaja tukar "anjing" jadi "buaya", nanti Khalid spin cakap saya kata dia "anjing" pulakkk..)

So, rakyat Selangor... jangan ingat esok rumah korang semua ada air melimpah ruah. Tunggu je la loji tu siap... kalau rasa nak marah sangat, sila marah Khalid Berahim. Kalau agak Khalid Berahim tak makan saman, marah je Anwar Berahim ke.. Rafizi ke... heh!

1 comment:

Anonymous said...

sementara nak tunggu loji air tu siap....mati kering la rakyat selangor.....pak lebai bahalol PAS pun tak boleh nak mandi junub....yg senyum gembira ialah tokey kedai tong air yg rata rata penyokong DAPigs....pusing kat mana pun, mereka tetap untung.....

Bila Kak Su Bersuara... Heh!