Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, February 4, 2014

RAMAI CINA BANKRAP GULUNG TIKAR TAHUN KUDA 2014..?

tahun kuda
Masih lagi di dalam “mood” Tahun Baru Cina. Tahun ini adalah Tahun Kuda. Saya masih lagi memenuhi jemputan rumah terbuka di rumah beberapa rakan kaum Tiong Hua di utara semenanjung. Banyak juga makan “lokam”, nyaris sakit perut dibuatnya…

Berkawan dengan rakan dari kaum Cina tidak salah dari sudut syarak. Atas dasar persahabatan, saya hadir dan berkongsi kemeriahan hari kebesaran mereka. Pun begitu, saya tidak pulang dengan “tangan kosong”, ada cerita di sebalik Tahun Kuda kali ini…

Rata-rata kawan Cina saya kurang menggemari politik. Mereka lebih gemar pada “ringgit Malaysia”. Kalau dapat “dollar” atau “pound sterling”, mata mereka lebih “bersinar”. Biasalah, kan? Jadi tidak hairan jika ada di kalangan rakan saya yang bekerja di UK, Singapura dan Australia. Bagi mereka, cari kekayaan adalah satu kemestian…

Saya tertarik pada perbualan mereka pada tahun baru Cina kali ini. Pada mulanya mereka bercerita tentang desas-desus yang mengatakan bahawa rakyat Malaysia “susah cari makan” pada tahun 2014. Malah ada pula yang mengatakan bahawa mereka mungkin bankrap dan mati keburuan pada akhir tahun ini…


Mereka menjangkakan kos sara hidup rakyat Malaysia akan meningkat pada tahun ini. Dan itu akan menyebabkan “shopping complex” tutup, lapangan terbang akan lengang, restoran lebih banyak kerusi dari pelanggan dan mungkin tidak ada sebuah premis atau bangunan pun akan terbina pada tahun ini. Semuanya gara-gara “kos sara hidup meningkat”!

Saya hanya diam saja ketika mereka berbual. Sekali sekala saja saya menyampuk. Itu pun kerana minta dihulurkan botol air coca-cola di hujung meja. Peliknya, mereka bercerita tentang “kesusahan rakyat”, tapi wajah mereka ceria dan ketawa setiap kali “bersungut”… kenapa?

Rupanya saya tersilap! Rupanya kata-kata mereka itu hanyalah momokan sahaja. Mereka menyindir sebenarnya. Menyindir? Menyindir siapa? Rupanya mereka menyindir seorang dua rakan yang memang malas bekerja dan suka menyalahkan orang lain dalam semua hal…

Sebenarnya, rakan-rakan Cina saya majoritinya tidak percaya mereka akan hidup susah pada tahun ini. Meskipun ada dakwaan mengatakan kos sara hidup meningkat tahun ini, namun seorang rakan yang merupakan seorang “tukang tukar tiub motor” di sebuah bengkel menafikan dakwaan tersebut…

Kata mereka, hanya mereka yang pemalas dan bodoh saja yang akan termakan dengan dakwaan itu. Mereka menegaskan bahawa dakwaan itu hanyalah semata-mata untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah nenek kebayan yang menceritakan tentang hikayat mitos dongeng kolot!

Mereka berhujah, kos sara hidup tetap meningkat setiap tahun. Sama ada disedari atau tidak, ia tetap meningkat dan kita tidak dapat lari dari normal ekonomi itu. Misalnya mereka mendakwa bahawa kos majlis perkahwinan orang Cina di zaman ini mampu mencecah sehingga RM100,000 sedangkan dulu hanyalah sekitar RM10,000 sahaja.

“Satu meja sekarang pun paling murah RM999.. ada yang sampai RM1999. U ingat nanti tahun 2020 pun harga kahwin Cina akan kekal macam tu saja ka? Mesti naik punya maaaa..”, kata mereka.

Mereka berkata, peliknya, tidak ada pula yang kecoh memprotes kos sara hidup meningkat setiap tahun! Kenapa? Kerana memang orang Cina menguasai perniagaan dan mereka sentiasa mencari jalan untuk kekal untung setiap masa. Bezanya hanyalah “margin” keuntungan, sama ada untung besar atau sedikit…

Mereka berhujah, selalunya orang yang malas bekerja, tak tahu menilai harga pasaran dan tak tahu menguruskan kewangan sendiri saja yang akan mengeluh serta bimbang dengan kenaikan kos sara hidup. Jadi, tak hairanlah jika ramai orang Melayu yang bersungut dengan kenaikan kos sara hidup…

Kata-kata mereka itu membuat muka saya jadi “merah”. Saya Melayu dan sudah tentulah saya terkesan dengan hujah mereka itu, bukan? Tapi mereka mungkin kenal kawan mereka ini lantas berkata,”Takpa.. U tarak hal punya.. U rajin punya orang…”, kata mereka memujuk…

Saya memikirkan perbualan rakan-rakan saya itu sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Sambil memandu, saya menyimpulkan kebenaran pada hujah rakan-rakan saya itu. Kos sara hidup meningkat? InsyaAllah, kalau Allah sudah tetapkan rezeki saya, kos sara hidup meningkat setinggi mana pun saya yakin saya tidak akan mati kebuluran…

Sambil tersengih-sengih di sepanjang perjalanan, saya ternanti-nanti penghujung tahun 2014 ini. Adakah rakyat Malaysia yang akan “mati kebuluran”? Apakah Sogo akan bankrap dan gulung tikar? Bagaimana pula dengan Mydin, Giant dan Tesco? Apakah kedai mamak yang jual Nescafe Ais berharga RM2.50 akan tutup kedai akibat tiada pelanggan?

Sama-samalah kita nantikan hujung tahun 2014 nanti. Kononnya tahun ini merupakan tahun rakyat susah mati kebuluran? Kita sama-sama saksikan nanti…

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!