Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, February 5, 2014

PENJELASAN SEBENAR TUJUAN ANWAR PAKAI JERSI SELANGOR..?

Tak pernah pulak tengok dia pakai Jersi Penang ke.. Jersi Perak ke... Tetiba pakai jersi Selangor ni apahal? Desperado sangat nak "beli jiwa" orang Kajang nihhhhh... Wayang kuatttt...
Amboi.. bukan main sedap lagi Anwar Berahim pekena KJ... Hahahahaaa... mentang-mentang la KJ tu jadikan Anwar sebagai "mentor", sedap je dia "bahan" KJ... Muahahahaa.. elok la tu... balun "bakal menantu tak jadi"... Kah! Kah! Kah!

KJ balun Anwar kat Twitter. KJ kutuk Anwar pakai jersi Selangor. Dia kata... Anwar desperate nak jadi orang Selangor! Kah! Kah! Kah! Tak betul ke sindiran KJ tu? Kalau saya jadi Anwar.. memang saya malu sebab betul-betul tepat kena di dahi sendiri..!

Tapi mungkin Anwar ni jenis muka tembok tak tahu malu, dia kaki spin punya orang...maka dia putar alam sindiran KJ tu... Dia pun balun KJ balik... Anwar kata...



"Menteri (Belia dan) Sukan tanya saya kenapa saya pakai jersi Selangor apabila saya dari Pulau Pinang. Saya nampak orang pakai jersi Manchester (United)… adakah mereka dari Manchester?,"

 "Saya turut tinggal di Kamunting selama dua tahun,"

 "Saya juga pernah tinggal di Selangor selama berpuluh-puluh tahun,"

Maka riuh rendah la orang Kajang dengar kata-kata Anwar tu... Satu dewan komuniti gelakkan KJ..Member saya kata, ada sorang pakcik tu sampai goyang-goyang kepala gelakkan KJ... seronoknya dia... Hahahahaaaa...

Seronok ye? Betul laaaa.. memang lemah IQ puak penyokong Pakatan Haram ni... benda macam tu pun tak boleh fikir dengan baik...

KJ kata tu memang tepat. Dan apa yang Anwar kata tu memang "sampah"... 

Anwar kata dia dah berpuluh tahun duduk di Selangor. Pernah duduk di Kuala Kangsar dan Kamunting, Perak. Mak bapak Anwar pun dari Penang. Anwar sendiri pun Ahli Parlimen dari Penang...

Soalannya, ada pernah nampak Anwar pakai jersi Perak? Jersi Penang? Selama berpuluh tahun Anwar duduk kat Selangor tu, pernah nampak dia pakai jersi Selangor?

Ehhh..!!! Tiba-tiba je pakai jersi Selangor ni apahal? Haaaa... dah tentu la sebab dia nak jadi bertanding kat Kajang! Nak jadi ADUN Kajang, kan? Sebab tu la KJ cakap dia "desperado" nak jadi rakyat Selangor.. Sampai sanggup pakai jersi Selangor bebbb..! Gila desperate..!!!

Saya ada jersey Man U. Saya ada jersi rugby All-Black. Original saya beli hasil "menabung dari kecik"... Tapi saya pakai jersi-jersi tu tak semestinya sebab saya nak jadi orang Manchester United atau jadi orang New Zealand, kan? kan? kan?

Paling jelas, saya takkan la nak bertanding jadi ADUN kat Man U atau New Zealand! Heh! Gila ke apa?

Berbanding dengan apa yang dibuat Anwar, maka nampak jelas beza tujuan pemakaian jersi tu. Jadi, betullah sindiran KJ tu tepat! Abis tu yang pakcik tu gelak sampai terhinggut-hinggut kepala tu apasal? Gelakkan Anwar atau gelakkan KJ? Heh! 

Siapa yang wajar ditertawakan sekarang? Siapa yang betul dan siapa yang salah? Siapa yang bijak dan siapa yang bodoh? Itulah bezanya IQ budak UM lulusan sastera cukup-cukup makan berbanding otak Oxford! Heh!

Saya ni bukan la sokong ideologi KJ. I'm not interested pun kat KJ tu atas sebab-sebab tertentu. Malah memang saya anti-KJ dalam UMNO pun. Tapi itu tidak bermaksud saya tak setuju dengan pandangan KJ dalam hal ni... 

Kalau KJ salah dari kacamata saya, memang saya tibai dia..kalau dia betul, maka dia betullah. Adil la sikit bila menulis tu, kan? Yang benar maka benarlah dia.. kalau dia salah pun kita nak kata dia benar, maka tu dah jadi "something wrong" tu... kena "beli" ke? Hehehee... larikkkkk..!!!

1 comment:

Anonymous said...

Habislah kalau politik Pakatan Rakyat dah masuk dalam bola sepak. Jadi macam skuad bola Kedah time Pas perintah dulu. Hancur. Jaga-jaga peminat Selangor.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!