Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, February 11, 2014

PENGALAMAN MENARIK DI MASJID AL-AQSA, BATU TERGANTUNG.. SEBARKAN...

Alhamdulillah, dua lokasi yang menjadi cita-cita saya untuk dilawati telah dimaqbulkan Allah SWT. Saya telah dijemput sebagai "dhuyuffur rahman" pada hujung tahun lalu. Itu bermakna saya pernah berada di Masjidil Haram dan Masjid An-Nabawi As-Shareef... dua lokasi idaman saya...

Cuma satu lagi saja lokasi impian saya yang belum dipenuhi... Masjid Al-Aqsa. Baru-baru ni saya ada terbaca mengenai catatan perjalanan seorang pendakwah terkenal, Ustaz Amin, ke Masjidil Aqsa. Memang menarik pengalaman beliau untuk dikongsi bersama...

Saya sebenarnya sedang mengumpul wang untuk ke sana. InsyaAllah, kalau dah cukup nanti, saya akan ke sana juga, bergantung pada izin dari Allah SWT. Doa-doakanlah ya... Sebelum saya dan rakan-rakan ke Masjid Al-Aqsa, kita ikuti pengalaman menarik Ustaz Amin ke sana di bawah...



PADA ketika menjejakkan kaki ke al-Quds ini, barang pertama yang saya ingin lihat ialah masjid al-Aqsa. Masjid yang digalakkan oleh Nabi saw untuk berusaha datang dan beribadah di dalamnya.

Selepas itu, yang ingin saya saksikan ialah batu tergantung seperti yang selalu diceramahkan oleh para ustaz di Malaysia. Saya nak saksikan sendiri keadaan batu tergantung ini.

Ketika saya menjejakkan kaki di dalam Kubbah as-Sakhra’ Dome of Rock, mata saya terus mencari di manakan batu tergantung ini.

Sekeliling batu ini ditutup dengan kanvas untuk urusan baik pulih. Saya menyelak kanvas penutup dan saya saksikan batu bewarna putih, coklat dan kekuningan, tempat di mana Rasulullah saw diangkat ke langit untuk Mikraj.

Saya rasa terharu melihat batu ini kerana mempercayai peristiwa isra dan mikraj merupakan sebahagaian dari iman. Ia termasuk beriman kepada kitab iaitu mempercayai apa yang disampaikan oleh kitab (al-Quran).

Saya berjalan-jalan di keliling masjid as-Sakhra ini. Jaraknya antara al-Aqsa lebih kurang 400 meter.
Pada hari Jumaat ia menjadi tempat solat bagi orang perempuan.

Di satu tempat saya melihat ada satu kubah kecil. Kubah kecil ini terdapat satu lubang semuat lengan. Ia adalah satu lubang untuk kita memasukkan tangan dan menyentuh batu ini. Kita dapat menyentuh batu yang menyaksikan mikraj Nabi ini. Ada lekukan pada batu yang dikhususkan untuk kita memegang ini, lekukan ini sebesar tapak kaki. Pemandu kami menyatakan bahawa ia bekas tapak kaki Nabi saw.

GAMBAR: Wujudkan Batu Tergantung Di Masjidil Aqsa?
Di satu sudut, ada satu pintu ke bawah. Rupanya, di as-Sakhra terdapat satu gua. Ia disebut sebagai al-Magharah (gua). Gua ini tidak sampai 1/3 dari saiz batu yang berada di atasnya. Ramai orang yang bersembahyang di dalam gua ini.

1. 4 di dalam sakhra (2)
Di satu sudut terdapat lekukan semulajadi pada batu ini. Penjaga di sini memberi tahu, di sini ialah tempat Nabi sembahyang. Ketika Nabi mula masuk ke dalam gua ini, gua ini kecil dan batu ini melekuk untuk mengelakkan Nabi dari terhantuk pada batu di dalam gua ini. Walau bagaimana pun, lekukan batu ini tidak terdapat di dalam mana-mana hadith Sahih.

5. dalam kubah
Di tengah-tengah gua ini terdapat satu lubang semuat badan naik ke atas batu. Orang di sini ada yang memberi tahu, dari bawah gua inilah Nabi mulai naik Mikraj ke langit.

Saya tidak melihat batu ini tergantung.

Jadi, kenapa orang banyak mengatakan batu ini tergantung?

Untuk menjawab soalan ini, saya telah bertemu dengan imam masjid al-Aqsa. Syeikh Yusuf Abu Sunainah untuk berbincang mengenainya.

Beliau ialah imam utama di al-Aqsa dan telah menjadi imam selama 29 tahun di sini. Beliau juga merupakan pensyarah di Jaamiah Ibrahimiah.

IMG_9414
Pertemuan kami dengan Syeikh hingga ke Maghrib.

Beliau menyatakan, mengenai batu tergantung tidak terdapat di mana-mana ayat al-Quran mahu pun hadith yang sahih, tetapi ramai para Ulama’ yang menulis mengenainya.
Antaranya ialah,
Syeikh Muhamamd Jamal, di dalam kitabnya “Sirah ‘an Fadail Bait al-Muqaddis.

Syeikh Abdul Ghani al-Nablisi di dalam kitabnya ” al-Rahlah al-Unsiyyah Ila Diyar al-Qudsiyyah”

Catatan Imam al-Ghazali yang tujuh tahun duduk di al-Quds dan selalu sembahyang di dalam al-Magharah ini. al-Rihlaat fi Bilad as-Syam.

Syeikh Mujiruddin al-Hambali di dalam kitabnya “Unsi al-Jalil fi Tarikh al-Quds wa al-Khalil.”
Kenapa ulama ini menulis seperti ini.

Mustahil mereka berbohong atau berkhayal.

Jadi ada tiga pendapat mengenai batu tergantung yang ditulis oleh para Ulama ini.

1. Memang ia tergantung setelah Allah membukakan keajaiban peristiwa ini pada ulama kita yang tidak diihat oleh orang lain. Ia dilalui secara kasyaf (hijab mata yang dibuka) untuk ulama ini hingga mereka dapat melihatnya. Mungkin pada lailatul Qadar. Ia tidak dilihat oleh orang awam. Status pengalaman ini boleh diceritakan tetapi tidak boleh dijadikan syarat untuk diyakini kerana ia tidak terdapat di dalam al-Quran atau Hadith yang sahih.

Bagi orang awam yang tidak melihat ia tergantung, jangan kecewa atau terdetik mengenai yang tidak baik. Jika kita melihat ia tidak tergantung maka, ia tidak tergantung. Orang yang melihat tergantung, alhamdulillah, itu rezki mereka.

Tetapi untuk mengatakan ia tergantung sedang dia melihatnya batu ini tidak tergantung, ia tidak boleh. Ia boleh menjadi perkataan yang dusta. Kecualilah perkatannya disandarkan kepada ulama yang menulis seperti katanya :-
“menurut Syeikh Abdul Ghani al-Nablisi di dalam kitabnya, dia menyatakan bahawa……”
2. Pendapat kedua ialah para ulama menulisnya sebagai tergantung sebagai istilah memuliakan peristiwa ini. Oleh kerana peristiwa ini peristiwa ajaib, maka, cara penceritaannya juga digayakan dengan istilah-istilah ajaib dengan penggunaan istilah bahasa sastera yang mempunyai makna tersirat.

Sebagai contoh, di dalam duduk antara dua sujud, kita ada meminta pada Allah “war fa’ni” (dan angkatlah aku) Angkat di sini bukannya angkat sebenar terapung-apung. Tetapi angkatlah darjat aku. Jadi istilah sastera yang digunakan mempunyai makna kiasan yang perlu diteliti.

Ia sama seperti istilah taman tergantung Babylon. Kita juga menggunakan istilah seperti ini contohnya “masjid terapung.” Ia tidak benar-benar terapung, tetapi istilah, kerana seolah-olah ia nampak terapung. Tujuannya menyatakan istimewanya masjid ini.

3. Dengan wujudnya al-Magharah (gua) ini, batu ini seolah-olah terapung.

Ketiga-tiga pendapat, sama ada ia tergantung sungguh, atau istilah bahasa, atau seolah-olah nampak tergantung menjadikan para ulama menulis mengenainya.

Selain dari itu, ketika saya berbincang hal ini dengan calon Phd di Universiti Of Jordan (saya bertamu di rumahnya malam ini sebelum bertolak ke Turki esok), dia berpesan, agar lebih berhati-hati jika membaca kitab yang dicetak dari Beirut.

Di sana kebanyakannya syiah dan banyak kitab-kitab ulama kita yang telah diubah. Jika ingin membeli kitab lebih baik dari cetakan Kaherah Mesir, Damascus Syria atau Riyadh Saudi.

Perbahasan mengenai perkara ini merupakan perbahasan yang panjang.

Bagi kita yang menyaksikan, terpulanglah apa maknanya.

Walaupun dari sudut zahirnya ia tidak tergantung, tetapi ia menjadi batu yang menyaksikan peristiwa Mikraj ini.

1. aqsa
Datanglah dengan niat untuk bersembahyang di al-Aqsa kerana ini yang pernah disebut di dalam hadith.

As-Sakhra hanyalah satu tempat di mana mikrajnya Nabi.

Tergantung atau tidak itu bukan matlamatnya, matlamatnya ialah menyaksikannya, menambahkan keyakinan kita terhadap rukun iman iaitu percaya pada kitab (al-Quran).

Tempat adalah penting, tapi yang lebih penting adalah penghayatannya. Jika kita melihat ia tergantung, kemudian mengagungkannya lebih dari mengagungkan Allah, ia tidak memberi makna apa-apa.

Semoga, semakin hari, semakin iman kita terpelihara dari perkara yang boleh mengguris kesahihannya.

Ustaz Muhammad bin Abdullah (www.ustazamin.com)

3 comments:

Muslim said...

Sekadar pandangan peribadi saya, saya tidak beranggapan bahawa Mi'raj Nabi saw adalah pergerakkan dari bawah / bumi naik ke atas langit dunia spt yg difahami yg kbnykn org, tetapi adalah perjalan Nabi saw dr satu langit / alam ke langit / alam yg seterusnya melalui pintu pintu yg dijaga oleh Malaikat Malaikat tertentu.
Tidak ditemukan Hadis yg menerangkan pergerakkan Nabi saw dr bawah ke atas yg melepasi awan gemawan, kemudian bulan matahari dan bintang bintang sbgmn yg boleh kita fikirkan bila kita bergerak dr bumi ke langit dunia sebelum melepasinya.

Akmal Lia said...

Sekadar pandangan...dari apa yg pernah sy baca kisah israq mikraj nabi, cerita di atas tdk mbantu untuk sy memahami cerita sebenar..

002396089- x A'base Swim Camp said...

Terima kasih banyak atas informasinya.wassalam ustaz.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!