Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, February 7, 2014

PAS "CUCI MANGKUK" ATAU MAHFUZ YANG "MANGKUK"..?

l.u.n.c.h..."LAUNCH"..!!! Makan tengahari laaaaahhh..!!!
Huyyyoooo..!!! Takutnya saya bila Mahfuz sebut pasal balakkkk..! Rasa gigil satu badan... macam nak demam sebulan...!!! Takut giler nihhhh..... Hebat Mahfuz niiii... Patut pun depa lantik jadi "Boss" PAS Kedah... Amirudin dan Phahrolrazi pun tak layak bebbb...!

Mahfuz dan budak-budak tukang bodeknya ugut nak bawak isu pembalakan di sekitar TEKIH Highway tu kepada SPRM... Kononnya ada pembalakan haram oleh UMNO la kottttt... Kononnya UMNO nak balun balak la kotttt..?

PAS ingat UMNO ni macam PAS ka? PAS memang tak reti cari duit selain balun balak habis-habisan dalam masa 5 tahun memerintah. Lepas tu bagi laporan kat arwah Ustaz Azizan, kononnya depa dapat RM80 juta dengan jayanya dari hasil balak...! Hebatttt... hebat wayang depa...

Kononnya depa ada info dari Jabatan Hutan? Jabatan Hutan mana tu? Jabatan "Hutan Kampung" ka? Hutan Kampung mana ada jabatan daaaa....


Tapi saya yakin, bila berita ni keluar, Mahfuz akan "sentot"... dari balak cara "cuci mangkuk ala-gapPAS", mungkin "mangkuk" tu akan berpindah pada Mahfuz dan tukang-tukang bodeknya... cuba baca fakta kat bawah...

Kelulusan tender dan konsesi aktiviti pembalakan dibuat oleh kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pas sebelum ini.

Pengarah Jabatan Perhutanan Kedah, Ku Azmi Ku Aman berkata, kelulusan itu diberikan kepada syarikat pembalakan secara berperingkat manakala pengeluaran beberapa lesen operasi termasuk di kawasan hutan Padang Terap dikeluarkan beberapa bulan lalu.

Beliau berkata, pemberian lesen operasi mengeluarkan balak itu mengambil masa sehingga setahun setengah sebelum sesebuah syarikat dibenarkan menjalankan aktiviti pembalakan.
“Kelulusan konsesi adalah berbeza dengan pengeluaran lesen iaitu kelulusan diberikan lebih awal sebelum lesen dikeluarkan.

“Kita mengambil masa agak lama untuk keluarkan lesen kerana prosesnya membabitkan kerja mengenal pasti kawasan (tanah) serta menanda pokok yang boleh ditebang (matang),” katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman di sini, semalam.

Hadir sama Exco Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan, Badrol Hisham Hashim dan Adun Pedu, Kama Noriah Ibrahim.

Katanya, pihaknya tidak boleh menyekat pengeluaran lesen kepada syarikat balak selepas tender diluluskan.

Bagaimanapun, ia akan memastikan prosedur yang ketat agar pembalakan berlaku secara terancang dan sistematik bagi mengurangkan kesan alam sekitar mengikut akta ditetapkan.

Dalam pada itu, beliau berkata, pembalakan yang berlaku di kawasan hutan simpan hanya membabitkan hutan simpan pengeluaran dan bukan hutan simpan perlindungan.

Menurutnya, terdapat 300,000 hektar kawasan hutan simpan bagi seluruh negeri manakala hutan simpan pengeluaran 180,000 hektar.

“Daripada keluasan itu, hanya 2,800 hektar dibenar untuk dilesenkan. Ini yang berbeza dengan kelulusan. Kelulusan banyak tapi yang dilesenkan tidak banyak.

“Ia dilakukan secara terkawal iaitu mengamalkan sistem penebangan terpilih dengan kriteria ditetapkan di samping mematuhi syarat iaitu perlu memperoleh sijil Malaysian Criteria and Indicator untuk mengeksport kayu hidup,” katanya.

Ditanya kemungkinan wujud penyelewengan di peringkat proses kelulusan, Ku Azmi berkata, perkara itu tidak berlaku kerana pihaknya mengambil semua permohonan dan kerajaan negeri memberi kelulusan atas cadangannya.

“Dari perspektif jabatan, penyelewengan tidak berlaku kerana setiap permohonan dikenakan premium RM12,000 sehektar. Setiap permohonan yang dibuat perlu disertakan dengan premium sebelum diluluskan,” katanya.

Sementara itu, kira-kira 80 peratus hutan di negeri ini adalah kawasan hutan terpulih yang melalui proses penebangan 30 tahun lalu.

“Aktiviti pembalakan yang dilakukan terhadap hutan di sini mengikut sistem giliran iaitu 30 tahun sekali. Jika ikut statistik, purata pertumbuhan pokok satu sentimeter (cm) setahun, kalau 30 tahun bermakna 30 cm pertumbuhan.

“Pertumbuhan itu jika ditambah saiz yang sedia disimpan iaitu 50 cm akan menghasilkan saiz pokok sudah matang,” katanya.
Amacam Mahfuz? PAS cuci mangkuk atau Mahfuz yang "mangkuk"? Atau kedua-duanya sekali? Heh! Macam badut la Mahfuz.... dah... pi cari modal lain...Heh!

1 comment:

Anonymous said...

Tak payah layan si Mahmpus ni, SRP pun takde...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!