Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, February 6, 2014

LAWAKKK..!!! ABANG MISAI VS KJ...! KAH! KAHH..!! KAHHHH..!!!

Memang lawak cerita benar ni. Cerita ni baru je terjadi antara KJ dan "abang Misai". Pada saya, cerita ni memang lawak dan jadi iktibar bagi sesiapa yang suka hentam pemimpin secara melampau...

Betul, saya tak suka KJ. Saya ada alasan saya. Tapi saya tak pernah la maki hamun KJ dengan kata-kata kesat atau mencarut begini. Melampau sangat cara tu... lagipun yang paling utama, Islam larang saya buat macam tu walaupun pada pemimpin atau penyokong Pakatan Haram...

Kadang-kadang, ada di antara kita kat Facebook ni seolah-olah "hero". Kononnya kita pengkritik paling hebat, sadis, berani dan paling kental di alam maya. Tapi bila kat depan? Silap-silap bila diajak berdepan pun tak berani.. tak gitu "abang Misai"? Heh!

Cuba baca kisah benar kat bawah ni.. tersengih-sengih saya baca.. kah! kah! kahhhh..!!!





Mat Misai Tak Datang Jumpa KJ

Setelah Puas Maki Hamun, ‘Mat Misai’ Enggan Sahut Cabaran KJ Untuk Bersemuka

Bermula daripada sekeping gambar yang dimuatnaik di Twitter menunjukkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin bermain golf bersama rakan-rakan, seorang pengguna Twitter dengan tweet handle Zainal Amal mengepos status yang amat kasar.

Status itu dipercayai untuk memerli KJ yang bermain golf di saat isu penghinaan video Teresa Kok sedang hangat dibicarakan.

Namun tak dapat dinafikan, bahasa digunakan sememangnya terlalu keras.
misau


Tak hairanlah, KJ pun boleh naik angin tapi beliau masih mampu mengawal diri.

Justeru, KJ membalas tweet tersebut dengan meminta Zainal Amal yang dipanggilnya Abang Misai supaya datang dan mengucapkan kata-kata tersebut secara berdepan jam 10 pagi semalam.

jumpadepanbangunan

Bagaimanapun ternyata, Abang Misai tak muncul-muncul dan ini disahkan oleh KJ sendiri apabila ada yang bertanya.
tammuncul

Hai Abang Misai, kalau tengok gaya bahasa kat Twitter tu memang pailang habis. Takkan takut nak jumpa depan-depan kot?

keyboard warrior

Ingatlah, budi bahasa budaya kita. Kalau nak perjuangkan bangsa sekalipun tapi budi bahasa tak ada, apa bezanya kita dengan puak yang kurang ajar tu? -MNH

2 comments:

Anonymous said...

akupun malas nak pegi jumpa semata2 nak membutuhkan kj tu..ntah2 mamat tu tinggal jauh...mungkin suatu hari ditakdirkan mamat tu terserempak ngan kj...masa tu le kot dia butuhkan kj tu...lain org lain sikapnya...ada yg suka mkn pedas2 ada gak yg tak suka pedas2...sesekali elok gak kj kena...tengok le apa yg dia buat bila islam dihina??senyap je! ketua pemuda umno ke tu!?


azhar

Anonymous said...

Ok....betul betul betul....hehe.....nak runjuk lagak lagi arr 2.....hehe

Bila Kak Su Bersuara... Heh!