Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, February 2, 2014

KHALID BERAHIM DOAKAN ANWAR KALAH DI KAJANG..?!!!

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan akan bertanding di pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang berikutan wakil rakyat sebelum ini dengan tidak semena-mena meletak jawatan bagi membolehkan pemimpin kesayangannya bertanding dan menjadi Menteri Besar Selangor.

Jadi, sekarang semua pihak faham bahawa untuk meredakan pergaduhan antara Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali yang dah sanggap sangat nak jadi Menteri Besar dengan Tan Sri Khalid Ibrahim, maka Anwar Ibrahim harus dilantik ke jawatan itu.

Entah hapa-hapa punya langkah politik yang penulis tak berapa nak faham la kan… melainkan menggunakan rakyat untuk menyelesaikan masalah dalaman politik yang gagal ditangani oleh Anwar Ibrahim dengan berkesan.


Cuma, kalau itulah penyelesaiannya… ok… selain perkenan Sultan Selangor yang Mynewshub dimaklumkan hampir pasti tidak akan diberikan kepada Anwar, maka cabaran pertama adalah untuk Anwar menang di Kajang.

Ni bukan Permatang Pauh … tidak semudah itu untuk Anwar menang.

Anwar boleh la cakap Barisan Nasional (BN) tak perlu bertanding apa semua… itu mulut dia, hakikatnya tidak semudah kata-kata.

Bayangkan kalau Anwar kalah… PKR akan hanya tinggal 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)… PAS dan DAP masing-masing akan ada 15 kerusi.

Perbezaan dua kerusi sudah menjadi terlalu besar sebenarnya.

DAP tidak boleh menjadi MB kerana syarat ke jawatan itu perlulah Islam dan Melayu… mereka tidak ada ADUN yang memenuhi syarat berkenaan.

Dengan kelebihan kerusi, dengan memenuhi syarat Melayu serta Islam… takkan PAS akan sekali lagi berdiam diri dan membiarkan PKR melantik calon mereka ke jawatan itu?

Kemungkinan besar jika Anwar kalah… maka Khalid Ibrahim akan kekal Menteri Besar… memang beliau tidak akan meletak jawatan kerana ribut akan melanda pentadbiran Selangor.

Kalau Anwar kalah dan Khalid letak jawatan… tengoklah macam mana PKR, DAP dan PAS bergaduh mahukan jawatan MB nanti.

Silap hari mahu PKR terlepas jawatan MB berkenaan. Jadi, kalau Anwar kalah, Khalid akan kekal.
DAP akan terus memberikan sokongan kepada Khalid tetapi fikir lojik akal… Khalid sah akan menjadi boneka DAP… (situasi yang macam pernah ku lihat… tapi di mana yea?)

ngeh-nizar-nga.jpg w=455

Dan yang pasti diperbodohkan dan kekal dalam sakit hati yang teramat adalah Azmin.

Lepas seorang ADUN letak jawatan… buat PRK…Anwar bertanding…(kalah)… Azmin tetap juga tak jadi MB akhirnya…

Terasa bodoh tak kalau kita berada di kedudukan Azmin ketika itu?

Sambung balik yea… Lepas seorang ADUN letak jawatan… buat PRK Anwar bertanding…(kalah)… kerusi PKR makin kurang… PAS masih melopong sedangkan dah berhak sangat mengambil alih kerusi MB.

Lepas seorang ADUN letak jawatan… buat PRK Anwar bertanding…(kalah)… Khalid kekal MB tetapi semakin menjadi boneka kerana bertahan atas restu DAP.

Dalam situasi rakyat dipergunakan… tak nampak satu penyelesaian yang masuk akal… inikah sahajakah strategi yang mampu difikirkan Rafizi Ramli?

Kalau Anwar menang dan tidak dapat perkenan pulak… apa nak jadi?

Masaklah rakyat Selangor nak tengok drama politik tidak berkesudahan nanti. -Mynewshub.my

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!