Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, February 25, 2014

KEMELUT PBS: SURAT TERBUKA PADA KPM & CIKGU-CIKGI KITA...

Komen dari cikgu-cikgi kita la kot ni...
Saya dapat beberapa komen seperti di atas bagi tulisan saya klik di sini berkenaan cikgu-cikgi kita yang serba salah pasal PBS ni. Ketua Pengarah Kementeria cakap lain, Guru Besar cakap lain, dan cikgu-cikgi kita yang jadi mangsa...

Secara basicnya, saya faham apa yang cuba disampaikan oleh cikgu-cikgi kita kat atas tu... Kita tengok mudah, tapi sebenarnya beban yang depa terima tu memang memberikan tekanan pada depa. Boleh sakit kepala anytime... boleh stroke anytime macam ni...

Memang betul kata cikgu-cikgi kat atas tu. Kalau KPM cakap jangan buat PBS tu pun, depa TERPAKSA buat jugak sebab tak mau kerja depa jadi bertimbun bulan depan. Kalau depa stop, bermakna depa cari nahas...


Maksudnya, kalau la PBS tu diteruskan, cikgu-cikgi kita tetap kena key ini 2-3 eviden untuk satu bab.. 5 bab dalam 2 bulan yang sama dengan 15 eviden.. didarab pula dengan 40 orang murid, tu dah jadi lebih kurang 600 eviden. Kalau cikgu kita tu mengajar 6 kelas, tu dah jadi 3600 eviden, kan?

Tu baru nak key in eviden dalam PBS. Belum lagi cerita kerja-kerja hakiki sebagai seorang guru. Mengajar, selesaikan lesson plan (buku ringkasan), periksa buku (ingat satu buku ke kena periksa? banyak bebbb..), kurikulum, ko-kurikulum, uruskan perangai students, sukan, persatuan-persatuan, kadang-kadang nak berak pun tak sempat bro...

Di sebabkan PBS ni, boleh dikatakan cikgu-cikgi kita ni terpaksa bawak balik kerja ke rumah dan cuba selesaikan sampai larut malam 3-4 pagi. Bukan sekali sekala, boleh kata 3-4 malam depa stay up tiap-tiap minggu. Itu komitmen depa pada tugas depa dan KPM...

Bila jadi macam tu, family cikgu-cikgi kita ni ada yang terabai. Yang bujang pulak, nak pikir pasal bakal isteri pun tak sempat. Kepala asyik stress. Esok bila masuk kelas, tak cukup tidur, kualiti mengajar tak bagus, cepat marah, murung, mengantuk, pedih mata dan sebagainya...

Siapa yang jadi mangsa pulak? Anak-anak kita ka sekolah tu la yang jadi mangsa..kan? Lepas tu ibu bapa macam kita ni nak salahkan cikgu-cikgi kita 100%? Itu tak adil bro... Cikgu-cikgi kita pun manusia jugak, depa pun ada anak-anak jugak...

Ada cikgu yang stress kerja sampai keguguran, migrain, sakit teruk dan macam-macam lagi hanya disebabkan tanggungjawab kerja yang makin dilambakkan depa, khususnya lepas PBS dilaksanakan. Itu dah lari dari tujuan asal PBS yang kononnya "dapat memudahkan kerja guru".. dah jadi terbalik!

Sebenarnya, sama ada Ketua Pengarah kata tangguh atau tidak, kena buat atau tidak, cikgu-cikgi kita terpaksa buat jugak sistem PBS tu..kena key ini jugak eviden, markah dan sebagainya. Kalau depa tak buat, maksudnya kerja depa akan bertimbun...

Sebab? Sebab KPM tak beri kata putus.. KPM tak beritahu yang mana yang akan diteruskan, dan tugas mana yang akan dimansuhkan. Cikgu besar dan cikgu kecil kita perlukan kata putus secara praktikal dari KPM... 

Jadi kenyataan Ketua Pengarah hari tu memang tak bawa maksud apa-apa.. tak bermakna langsung bagi guru-guru tu.. silap-silap ia akan dipandang sinis dan dimomok pula...Saya fikir, mungkin Ketua Pengarah sendiri tak memikirkan kesan dan tak faham kenyataan yang dia berikan tu sebab dia bukan guru-guru yang perlu key in eviden-eviden tu...

Pada saya yang bukan guru ni, saya rasa KPM tak perlu mansuhkan PBS tu 100%. Sistem database, prasarana, peralatan dan kemudahan sokongan perlu diberi perhatian untuk laksanakan PBS. 

Sistem database perlu diperbaiki terlebih dahulu. Selalu hanged..congested.. slow.. semua tu kena baiki dulu. Itu masalah yang jadi rungutan utama guru-guru kita. Pasang internet berkelajuan tinggi di sekolah, super wifi 20MG. Line kena pastikan selalu stable.

Kena bekalkan lappy pada setiap guru, bukan terhad pada guru-guru terpilih saja. Jangan la bagi laptop cap ayam yang pakai processor "zaman purba" pulak. Outdated dan menyusahkan guru-guru. Lepas tu standby 10 PC hi-end kat sekolah sebagai "back up"...khas untuk PBS...

Jangan ingat mudah nak buat semua tu. Banyak lagi sekolah yang pakai papan hitam kapur cap ayam sedangkan sepatutnya dah tukar pada whiteboard dan mengajar pakai projector. Masih ada lagi bilik darjah yang plug rosak, kipas rosak sampai berpeluh cikgu dan anak-anak murid dalam kelas...

Banyak lagi masalah yang perlu diselesaikan KPM sebelum laksanakan PBS ni. Saya faham kehendak KPM untuk laksanakan PBS. Tapi kalau KPM sendiri tak bersedia dan cerita "yang cantik-cantik" saja pada Pak Menteri, maka hasilnya macam sekarang la...

Pada saya, mansuhkan dulu PBS ni. Kaji semula PBS, buat perancangan teliti selama 2 tahun, lengkapkan segala persediaan di peringkat KPM dan sekolah-sekolah, termasuk latihan pada guru-guru, lepas semua dah bersedia, baru lancarkan sistem.. 

Lancarkan sistem PBS yang sudah dibaik pulih, yang dah lengkap, yang dah sedia dari pelbagai sudut. Tak pakai nama PBS pun takpa.. apa ada pada nama? Nama tak memudahkan kerja guru-guru kita dan tak memudahkan KPM... kalau buang nama PBS maka anak-anak murid jadi bodoh ke?

Jangan fikir saya mengkritik KPM bererti saya menentang kerajaan. Ini bukan soal politik. Kalau nak tahu, saya kenal beberapa guru yang jadi blogger pro-UMNO yang berjuang di alam siber ni. Depa pun cakap perkara yang sama... cuma depa tak berani tulis sebab risau KPM ambil tindakan kat depa...

Membina atau tidak kritikan saya ni, saya lakukan demi kebaikan KPM sendiri. Saya yakin KPM yang dipenuhi cerdik pandai tu boleh settlekan masalah ni cara bijak. Cuma masalahnya, ada kat KPM tu yang sebenarnya takdak background cikgu dan tak tahu masalah sebenar di peringkat grassroot.. kalau tak boleh settle, elok beri tugas tu pada yang boleh settle...masuk kementerian lain...

Jangan la pasal nyamuk, kita bakar kelambu. Matang la sikit bila nak selesaikan masalah. Kenyataan pada media dan pekeliling pun biarlah yang menyelesaikan masalah, bukan sekadar "melepaskan batuk ditangga"...

Saya belajar dari cikgu..saya hormat semua guru, ustaz, dan ustazah saya... selain ibubapa saya, depa la yang ajar saya jadi manusia, praktikkan ilmu yang saya ada dalam hidup. Guna akal dan bukan kehendak hati..rujuk pada Islam, insyaAllah selesai semua perkara...kan?


7 comments:

Anonymous said...

saya stuju. Mansuhkan skali penjawat PTD di pejabat pendidikan. Orang pendidikan tahu.

Anonymous said...

Kalau nak cerita stress...jadi blogger pun stress...kalau nak cerita stress sampai keguguran kerja swasta pun belambak menghadapinya....kadang-kadang benda yang susah itu melengkap kita menjadi yang lebih baik...kalau nak fikir susah pakccik penoreh dan pesawah lagi susah bila ada bencana....Abang kontraktor juga boleh kena strok bila kos bahan mentah naik sedangkan harga kontrak buget tak naik....
Bila kita jumpa kesusahan jangan mudah nak salahkan orang...cuba perbaiki...jadi kuat, insyaallah ada jalannya. Perkara yang susah pun jadi senang, dan yang mudah pun jadi serabut jika kita anggap itu susah.

Anonymous said...

kekadang pelik gak dengar masalah cikgu. mana yang jujur dan amanah didalam pekerjaan dan betui betui menghadapi kesulitan didalam menghadapi tugasan mereka kita salute dan hormat mereka. yang menjadi tandatanya waris ialah pertama nya segala kemudahan yang melampau diberikan kepada cikgu gaji tinggi, kenaikan pangkat lah dan lain berbanding kakitangan dari sektor yang lain. adakah tidak setimpal dengan tanggung jawab dan tugasan guru pada masa ini. kedua nya masih ada guru guru yang memberi tution kepada pelajar pelajar. sekiranya tidak cukup masa mana mungkin buat tution. yang ketiga saya tidak paham mengapa guru sk sahaja yang mengadu guru guru sjk tak buat kerja ke. tak dengar dia orang bising pun. saya melihat sistem baru ni mcm sistem ISO je. sapa yang pernah terlibat dengan cara kerja menggunakan ISO akan faham. saya dulu pun bising banyak format nak diisi tetapi di hujung ia memberikan satu cara kerja yang bersistem. baru baru ini ada lah manusia masuk dlm facebook kata sistem pendidikan dimalaysia ni tak betui tak mcm korea dan jepun yang jauh lebih maju dibanding negara ini dalam jangka masa sama. salah kan kerajaan yang ubah ubah sistem pendidikan. saya pelik bukan ape buat lah ape sistem semua tak setuju buat semua mata pelajaran bm bising, buat 2 subjek bi pun bising, budak ambil byk subjek bising ambil sikit subjek pun bising, budak asyik belajar pun bising, budak kena ambil periksa byk bising, sampai la ni tak ade periksa pun bising ape yang kita nak saya pun tak tau jadi saya pun ikut bising bising.

Anonymous said...

rasanya sistem kuno era 60 - 70 an lebih baik...simple jer aku tengok....cikgu cikgu zaman tu sempat melepak lagi kat kedai kopi lepas waktu sekolah ....hujung minggu pulak boleh siap tengok wayang kat bandar ......hasilnya menjadi jugak murid murid yg di didik....sekarang
terlampau canggih...tapi murid perangai nya @#$%^&* ( baik sikit dari setan jer)

Anonymous said...

Bukan soal kerja ke, gaji ke, kemudahan ke. Itu semua x pyh cerita sbb aku tau tggjwb aku. Yg jd masalahnya, kata putus. Aku nk kata putus. Diteruskn atau dimansuh. Senang aku nk buat kerja.

Mlm td dh bgtau diteruskn tp akn ditambah baik supaya x beban guru. Masalahnya apa dia yg nk ditambah baik ni? Soalan ke? Eviden ke? Sistem ke? Cara pelaksanaan ke? Apa dia? Dh nk masuk bulan 3 ni wei. Aku ngajar mmg dh sampai bab 5 pun. Aduh, pening aaarrr...

Pentaksir Matematik said...

Tambah baik? Hampeh...
aku tengah terfikir sama ada nk terus menipu eviden atau tak. Student aku setiap minggu 2 hari ponteng. camana nak setelkan evident kalau dah budaknya takde.
nak tunggu dia dtg, banyak nau masa aku nak mengadap muka depa. Baik aku mengadap muka budak2 yg hari2 datang nak belajar.
Ada 99 evident kena setel....mau nangis aku ni...hua...hua...

Pentaksir Matematik said...

Tambah baik? Hampeh...
aku tengah terfikir sama ada nk terus menipu eviden atau tak. Student aku setiap minggu 2 hari ponteng. camana nak setelkan evident kalau dah budaknya takde.
nak tunggu dia dtg, banyak nau masa aku nak mengadap muka depa. Baik aku mengadap muka budak2 yg hari2 datang nak belajar.
Ada 99 evident kena setel....mau nangis aku ni...hua...hua...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!