Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, February 25, 2014

KEMELUT PBS: MANSUH ATAU TIDAK? KENYATAAN TERKINI KPM..!!!

Berikut adalah kenyataan terkini Menteri Pendidikan ke-2, Datuk Seri Idris Jusoh mengenai kemelut PBS yang dibanyak masalah tu...

“Kementerian tidak akan memansuhkan sistem ini, namun akan memperbaharui semula sistem PBS dan melihat cara berkesan untuk penambahbaikan,” - Idris Jusoh, 25 Feb 2014.

Maknanya, PBS tidak dimansuhkan. Jadi cikgu-cikgi kita tak payah risau dan teruskan key in eviden seperti biasa....kalau tak nanti bertimbun pulak kerjanya...

Cuma...


Yang sedap di dengar ialah tentang "penambahbaikan" yang dikatakan KPM tu... macamana pulak bentuknya penambahbaikan tu? 

Saya harap semua penyelesaian tentang PBS ni diterima dengan hati yang terbuka dan ikhlas. Kalau asyik nak komplen je tapi tak mahu berfikiran positif tu payah la jugak, kan? 

Apa pun, Idris Jusoh kata PBS yang dibaikpulih akan diperkenalkan pada 1 April ni... so tunggu je la... okey? Teruskan key in... jangan layan sangat Ketua Pengarah KPM yang suruh stop sehingga diberitahu tu... kerja dan amanah kena jaga, kan?

2 comments:

Anonymous said...

Tuan, bukan masalah guru tak mau nak input data, tapi SERVER yang macam jahanam je semput. Bayangkan internet dikawasan pedalaman Sarawak ni lagilah macam siput tambah lagi server tak dapat nak access. Betul juga ada guru yang kerja sampai dinihari nak input data tak dapat-dapat. Saya sokong Pengarah untuk menghentikan excercise ini sehingga prasarana diperbaiki. Mana perginya CON-sultan yang menyarankan kerja ni dulu-senyap sunyi je, duit dah dibayar!

Anonymous said...

Statement cliche mcm ni yg buat org marah. Tambah baik, apa yg nk ditambah baik? Nti bila complain mula cerita gaji cikgulah, kemudahan cikgulah, semua benda nk bisinglah, itulah, inilah...

Tp bg statement mcm ......... Aduhai. Kita ni nk kerja. Kalau buat kerja x betul kena hamun. Tp nk buat kerja mcm mana kalau panduan pun x da lg.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!