Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, February 21, 2014

INI JAWAPAN JAKIM PADA KASSIM SELAMAT.. EHH.. KASSIM AHMAD..!!!

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyelar bekas aktivis politik dan pemikir kontroversi, Kassim Ahmad kerana membuat kenyataan yang dianggap boleh menggugat akidah umat Islam dan ketenteraman awam.

Sehubungan itu Jakim menggesa umat Islam negara ini supaya menjauhi aliran pemikiran dan doktrin-doktrin yang disebarkan oleh Kassim yang salah dan bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, Kassim antaranya mempertikaikan dua kalimah syahadah dengan menganggap syahadah yang kedua sebagai mendewa-dewakan Nabi Muhammad S.A.W.


Kassim turut mempertikaikan rambut sebagai aurat wanita dan memperlekeh wanita yang berhijab dan mempertikaikan kredibiliti ulama dan menyamakan ulama sebagai kasta paderi.

Beliau turut mempertikaikan hadis sebagai sumber hukum dan menuduh Imam Shafie yang memulakan doktrin baharu dengan menyatakan hadith sebagai satu sumber hukum sama seperti al-Qur’an.

“Kassim mentafsirkan semula al-Qur’an berdasarkan logik semata-mata dan menolak tafsiran ulama terdahulu dan mengiktiraf Kod 19 oleh Rashad Khalifa sebagai pentafsir al-Qur’an bagi menggantikan hadith,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu Jakim mengeluarkan jawapan kepada semua hujah Kassim tersebut seperti berikut:
Mengucap Dua kalimah Syahadah merupakan rukun Islam yang pertama bagi setiap muslim yang mengaku dirinya sebagai orang Islam. Mempertikaikan syahadah boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada agama Islam. Justeru, orang yang berbuat demikian wajib segera bertaubat.
Ulama telah bersepakat bahawa aurat wanita adalah keseluruhan badannya kecuali muka dan kedua tapak tangannya. Mempertikaikan hukum yang telah disepakati boleh membawa kepada kesesatan.

Ulama adalah pewaris Nabi yang berperanan menyampaikan ajaran Islam dari satu generasi ke satu generasi. Mempertikaikan kredibiliti ulama muktabar dalam mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah suatu yang bercanggah dengan disiplin ilmu yang diwarisi daripada sahabat dan salafus salih.

Hadis adalah sumber kedua perundangan Islam dan sebagai pentafsir kepada al-Qur’an berdasarkan ijma ulama. Penafsiran semula al-Qur’an berdasarkan logik akal tidak boleh diterima kerana pentafsiran al-Quran memerlukan disiplin ilmu agama yang telah ditetapkan dalam ajaran Islam.

Teori “Kod 19” oleh Rashad Khalifa yang dipegang oleh Kassim Ahmad mengandungi pelbagai penyelewengan akidah dan tidak wajar digunakan untuk mentafsirkan al-Qur’an.

Oleh itu, Othman berkata, sebarang tindakan untuk menarik semula pengharaman buku tulisan Kassim adalah tidak wajar kerana ia menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar seperti yang telah difatwakan.

“Saya telah meminta pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk mengambil tindakan dengan pendekatan yang bersesuaian dalam perkara ini.

“Saya juga memohon kerjasama Jabatan Agama Islam negeri memantau dan memberi perhatian terhadap isu ini secara berkesan dan wajar dan mengambil tindakan berdasarkan undang-undang sedia ada sekiranya bersesuaian,” katanya.

Selain itu, kata beliau, Jakim dan Jawi juga berhasrat menjemput Kassim bagi memberi penjelasan terbaik terhadap pelbagai dakwaan beliau yang dianggap boleh menjejaskan akidah umat Islam. - mynewshub.my

7 comments:

Anonymous said...

Inilah contoh orang sesat dan menyesatkan

Allen Sulong said...

Salam utk semua,

Allah SWT tdk akan melaknati org2 yg mengkaji, mempertahankan dan mempertinggikan kitab Al-Quran, malah mereka ini adalah manusia pilihan yg akan masuk syurga tanpa dihisab (35:32). Tetapi Allah SWT akan melaknati dan membawa azab yg pedih lagi menghina kepada sesiapa yg memperlekehkan AL-Quran dan mengadakan kitab2 baru utk bertanding dgn Al-Quran (34:38), kononnya Al-Quran itu tdk lengkap dan memerlukan kpd kitab2 lain.

Cuba tanya pada diri sendiri di manakah keimanan kita yg sebenarnya? Mahu percaya kpd Allah SWT atau percaya para alim ulama (tdk ramai ulama yg benar2 mengkaji Al-Quran, mereka hanya baca tafsir2 yg terdahulu maka sbb itu mereka sendiri tdk nampak kehebatan dan kekuatan Al-Quran)? Para ulama tdk nampak kehebatan Al-Quran sbb mereka baca Al-Quran seperti burung kakak tua, mereka tdk menggunakan akal fikiran mereka! Mereka tdk mengkajinya dgn mendalam dan bersungguh2.

Allah SWT mengatakan Al-Quran adalah kitab yg lengkap, sempurna, dan menjelaskan segala perkara. Al-Quran adalah lebih baik dari segala-gala kitab, Al-Quran mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya. Malah Allah SWT menyuruh Nabi Muhammad SAW berdakwah dgn Al-Quran bukannya Al-Hadith (percakapannya sendiri) (50:45) sbb Al-Quran adalah bukti yang paling jelas akan kewujudan, keesaan, dan keperkasaan Allah SWT.

Fikirkanlah siapa yg sesat dan siapa yg beriman? Adakah orang yang anti-hadith atau org yang anti-Quran? cubalah baca blog2 yg mgkaji Al-Quran seperti harunyahya.com atau http://kajian-quran.blogspot.com/ dan sbgnya. Adakah org2 yg memperjuangkan Al-Quran itu sesat atau para ulama yg tdk faham kehebatan dan kemukjizatan Al-Quran?

Anonymous said...

Tangkap saja sesiapa yang lari dari akidah, cakap banyak buat apa,lagi kafir seronok.

Anonymous said...

Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah berulang kali memerintahkan umat Islam mentaati-Nya dan mentaati Rasul-Nya, Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam. Mentaati Allah bermaksud mentaati al-Qur’an al-Karim manakala mentaati Rasulullah bermaksud mentaati sunnahnya yang membentuk hukum syari‘at.[1] Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Wahai orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berpaling daripadanya, sedang kamu mendengar (Al-Qur'an yang mewajibkan taatnya). [al-Anfal 08:20]

Perintah ketaatan ini Allah Subhanahu wa Ta‘ala kaitkan dengan sifat iman dan taqwa seseorang kerana iman dan taqwa tidak boleh berpisah daripada ketaatan kepada al-Qur’an dan al-Sunnah. Firman-Nya:

Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah dan perbaikilah keadaan perhubungan di antara kamu, serta taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, jika betul kamu orang yang beriman. [al-Anfal 08:01]

Persoalan keimanan sekali lagi dihubung-kaitkan dengan ketaatan kepada al-Qur’an dan al-Sunnah sebagaimana firman Allah:

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Uli'l-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.

Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. [al-Nisa’ 4:59]

Dalam ayat di atas kita dapati Allah Subhanahu wa Ta‘ala memerintahkan ketaatan kepada Ulil Amri juga, iaitu para ulama’ dan pemimpin negara. Akan tetapi perhatikanlah bahawa Allah tidak meletakkan perkataan ‘taat’ sebelum perkataan Ulil Amri sebagaimana Allah meletakkannya sebelum perkataan Allah dan Rasulullah. Ini tidak lain membawa maksud bahawa ketaatan kita kepada perintah Allah dan Rasul-Nya adalah mutlak manakala ketaatan kita kepada Ulil Amri hanya apabila mereka melakukan perkara-perkara yang selari dengan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya, iaitu al-Qur’an dan al-Sunnah.

Hanya dengan mentaati ajaran al-Qur’an dan al-Sunnah kita akan diberikan ganjaran Syurga sebagaimana janji Allah:

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar. [al-Nisa’ 4:13].

Mereka yang taat kepada al-Qur’an dan al-Sunnah akan bergembira di dalam Syurga bersama-sama para Nabi, Siddiqin, Syuhada dan Salihin sebagaimana keterangan ayat berikut:

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang Siddiqiin, dan orang yang syahid, serta orang yang salih. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang yang taat). [al-Nisa’ 4:69].

Lebih dari itu hanya dengan mentaati ajaran al-Qur’an dan al-Sunnah kita dijanjikan Rahmat oleh Allah sebagaimana janji-Nya:

Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, supaya kamu diberi rahmat. [‘Ali Imran 3:132].

Anonymous said...

Dengan mengikuti dan mencontohi sunnah Hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, kita akan memperolehi keampunan Allah Subhanahu wa Ta‘ala sebagaimana firman-Nya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu.” [‘Ali Imran 3:31].

Dengan mentaati dan mengikuti sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kita juga dijanjikan hidayah petunjuk oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Dan jika kamu taat kepadanya (Muhammad) nescaya kamu beroleh hidayah petunjuk.[al-Nur 24:54].

Dengan mentaati al-Qur’an dan al-Sunnah dengan sebenar-benar taat dan ikhlas, seseorang muslim itu akan beroleh kejayaan dan kemenangan yang hakiki sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala melalui firman-Nya:

Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang yang beriman ketika mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: “Kami dengar dan kami taat”; dan mereka itulah orang yang beroleh kejayaan.

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, dan takut melanggar perintah Allah serta menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah maka merekalah orang yang beroleh kemenangan. [al-Nur 24:51-52]

Dalam memberikan perintah dan peringatan kepada umat Islam untuk mentaati-Nya dan Rasul-Nya, yakni al-Qur’an dan al-Sunnah, Allah ‘Azza wa Jalla juga memberikan amaran serta ancaman keras kepada sesiapa yang enggan melakukan sedemikian. Antara amaran tersebut ialah firman-Nya:

Dan tidaklah harus bagi orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. 

Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata. [al-Ahzab 33:36].

Allah ‘Azza wa Jalla juga mengingatkan umat Islam yang sengaja beramal dengan sesuatu yang tidak dianjurkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah bahawa amalan mereka itu akan menjadi batal. Amaran Allah dalam al-Qur’an:Wahai orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul, dan janganlah kamu batalkan amal-amal kamu! [Muhammad 47:33].

Anonymous said...

Allah Ta‘ala juga mengingatkan umat Islam yang mengingkari ajaran serta perintah Rasul-Nya dengan amaran:

Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahnya (Muhammad), beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya. [al-Nur 24:63].

Amaran ini diteruskan kepada balasan api neraka kepada mereka yang tetap berdegil dan enggan bertaubat. Mereka ini dijanjikan Allah dengan:

Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk (yang dibawanya) dan dia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang yang beriman, kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya dan (pada Hari Akhirat kelak) Kami akan  memasukkannya ke dalam Neraka Jahanam dan Neraka Jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. [al-Nisa’ 4:115].

Demikianlah peritnya azab yang dijanjikan Allah kepada mereka yang enggan mentaati ajaran al-Qur’an dan sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.

Di kalangan umat Islam ada yang keterlaluan dalam mentaati ajaran mazhab sehingga mereka membelakangkan ketaatan kepada al-Qur’an dan al-Sunnah. Sikap seperti ini dikenali sebagai Syirik fi Tawhid al-Ittiba’ yang bermaksud menyekutukan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya sebagai penyumber syari‘at dengan sesuatu yang lain.[2] Ini kerana ketaatan dalam hal syari‘at hanyalah kepada Allah dan Rasul-Nya iaitu al-Qur’an dan al-Sunnah. Apabila seorang manusia menjadikan manusia yang lain sebagai sumber syari‘at Islam yang ditaatinya, maka dia telah menjadikan sesuatu yang lain setaraf dengan AllahSubhanahu wa Ta‘ala.

Yusuf al-Qaradhawi berkata:

Telah diketahui dengan pasti bahawa tidak ada kewajipan kecuali apa yang diwajibkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Sedangkan Allah dan Rasul-Nya tidak mewajibkan kita mentaati orang-orang tertentu sekalipun memiliki ilmu yang luas …… Tindakan (mentaati ajaran mazhab) bererti menempatkan para imam mazhab sebagai pembuat syari‘at atau menganggap pendapat mereka sebagai dalil syari‘at yang tidak boleh dibantah …… sehingga menyerupai perbuatan para Ahli Kitab yang menjadikan rahib-rahib dan pendeta-pendeta mereka sebagai tuhan selain Allah.[3]

Mentaati ajaran mazhab sehingga membelakangkan dalil al-Qur’an dan al-Sunnah adalah juga merupakan suatu perbuatan yang membatalkan iman seseorang berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

 Maka demi Tuhanmu, mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau  (wahai Muhammad) hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah dihukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya. [ al-Nisa’ 4:65]

Ayat ini menerangkan bahawa jika seorang Muslim itu tidak menerima atau merasa berat dan tidak rela dengan apa yang dihakimi oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallamdalam urusan agama maka dia tidak disifatkan beriman.[4]

Anonymous said...

Kepada allen sulong janganlah engkau cuba untuk mengelirukan orang. Tahukah engkau bahawa menta'ati Rasullullah saw ialah perintah Allah swt seperti yang difirmankan-Nya dalam Al-Quran.

Sehinggakan Allah Ta‘ala memberi amaran kepada umat Islam yang mengingkari ajaran serta perintah Rasul-Nya:

"Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahnya (Muhammad), beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya". [al-Nur 24:63].

Bila Kak Su Bersuara... Heh!