Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, February 26, 2014

HADI AWANG KINI "KESEORANGAN"...?

Adoiii.. makin kesian pulak saya kat TG Abdul Hadi Awang. Dah la blogger pro-PAS Kedah seolah-olah tidak menggalakkan penyokong PAS solat hajat untuk Presiden PAS tu.. khabarnya banyak pulak bunyi kot belakang pasal Ayah Chik.. ngumpat le tuhhh...

Tapi saya yakin, masih ada lagi dalam PAS yang sayang dan sokong Ayah Chik... mereka-mereka inilah yang marah bila PAS seolah-olah diperkotak-katik oleh PKR dan diperbudak-budakkan oleh DAP...depa ni memang dah lama suruh PAS keluar Pakatan Haram...

Standard la.. bila Ayah Chik diperintah bayar saman RM2 juta, ramai yang lari tak mau duduk dekat dengannya. Kawan time senang memang mudah dicari... tapi time susah macam ni semua tak mau dok dekat la... ajak solat hajat pun fikir 2-3 kali...

Saya ada cadangan untuk para penyokong PAS yang masih sayangkan kepimpinan Ayah Chik ni... Maksud saya, cadangan yang membina...


Apa kata kalau saudara-saudara semua buat memorandum minta Anwar guna budibicaranya suruh budak PKR yang saman Ayah Chik tu tarik balik saman tu. Selesai cara baik kat luar... bukan ke PKR dan PAS tu bersaudara?

Lepas tu kita tengok apa tindakan Anwar. Kalau dia nak settle, memang dia boleh sangat tolong Ayah Chik settle hal ni dengan budak PKR kat Terengganu tu. Tapi kalau Anwar malas nak tolong... maka faham-faham la... mungkin Anwar yakin "geng dia" dalam PAS dah cukup kuat untuk ketuai PAS...

Kita tak kisah kalau PAS takmau bersaudara dengan UMNO (walaupun hakikatnya memang begitu kehendak Islam). Tapi takkan la PKR tak boleh selesaikan masalah secara saudara seagama kot? Ayah Chik bukan jahat macam Zionis Yahudi Israel kawan Anwar tu...

Saya heran... kalau sesama saudara seagama, kita cukup berkira. Pantang silap sikit, terus balun, tak cukup balun, terus saman.. lebih teruk lagi, ada yang sanggup bertumbuk berterajang. Tapi kalau dengan kawan baik Yahudi, dengan kafir harbi, terang-terang berdosa pun depa sanggup bela...

Macam-macam la perangai akhir zaman ni. Risau jugak la saya tengok. Saya takde la kata saya ni sempurna.. Rasulullah SAW saja yang sempurna pada saya... tapi gaya saya tegur orang PAS lain dari cara saya balun PKR dan DAP... kenapa agaknya yer?

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!