Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, February 10, 2014

GEMPARRR..!!! KANAK-KANAK MENINGGAL DI SWIMMING POOL RUMAH KHALID BERAHIM..!!!

Saya terkejut membaca laporan media tentang seorang kanak-kanak, Amanda Dany Shah, berusia 7 tahun mati lemas di dalam kolam renang di Kediaman Rasmi MB Selangor, semalam. Khabarnya insiden itu berlaku ketika Majlis Sambutan Tahun Baru Cina kat situ...

Saya kurang pasti sama ada adik yang meninggal dunia tu Melayu, Cina atau India sebab tidak dinyatakan. Adik Amanda tu anak katerer yang diupah untuk majlis sambutan tu la kot. Mungkin adik Amanda berbangsa Melayu beragama Islam...

Tak kira la apa bangsa sekalipun, kematian Amanda memang mengejutkan sebab dia meninggal dunia dalam kawasan RUMAH MB..!

Biarpun pihak PDRM mengklasifikasikan kematian itu sebagai "kematian mengejut", saya kira perkara tersebut tidak semudah itu untuk dijadikan jawapan. Betul ke adik Amanda "mati lemas secara tidak sengaja"? Dalam kawasan rumah MB pulak tu...kan?


Saya teringat bagaimana SPRM teruk dibuli puak-puak NGO dan Pakatan Haram dulu. Ingat lagi Teoh Beng Hock? Ingat lagi Ahmad Shaabani? Kes-kes kematian melibatkan TBH dan arwah Shaarbani dapat liputan meluas media ekoran dipertikai puak Pakatan Haram...
 
Saya dimaklumkan bahawa SPRM terpaksa berhempas pulas dan membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk mengendalikan kes kematian TBH dan Ahmad Shaarbani. Malah reputasi SPRM ketika itu teruk dimanipulasi sehingga rakyat memandang serong terhadap agensi bebas itu...

Puak Pakatan Haram buat macam-macam masa tu, termasuk Nizar selamba ber"vigil" memegang lilin macam dah jadi paderi Kristian pulak! Tu belum sebut lagi depa buat kecoh sana sini dan berdemo sakan... tu semua keluar belanja tu... banyak pulak duit depa...

Bila berlaku kematian dalam kawasan SPRM, depa tuduh pulak SPRM yang bunuh TBH dan Ahmad Shaarbani. SPRM dianggap macam Suruhanjaya "Pembunuh" pulak... Teruk jugalah SPRM nak menjawab time tu... naik turun mahkamah bebbb...

Bila berlaku kematian di kediaman rasmi MB Selangor, kenapa depa tak tampil ke depan suruh siasat betul-betul? Berpuas hati dengan alasan "mati lemas" dan "kematian mengejut"? Apa kat rumah MB tu takde CCTV ke? Mana perginya pengawal keselamatan? Sebok makan lokam?

Atau Pakatan Haram dan NGO "belaan depa" tu malas nak ambil peduli pasal kematian adik Amanda? Sebab adik Amanda tu takde kepentingan politik untuk depa campur tangan dalam hal kematiannya? Begitu? Mudahnya depa "main wayang", kan?

Mungkin memang benar adik Amanda tu meninggal dunia kerana lemas atau kemalangan sendiri. Jatuh ke kolam dan lemas hingga meninggal dunia. Mungkin itu sebenarnya yang berlaku. Okay.. fine...

Tapi mungkin juga TBH dan Ahmad Shaarbani jugak membunuh diri, kan? Memang kuat hujah dan bukti yang menunjukkan kedua mereka membunuh diri dan SPRM tiada hubung kait dalam insiden sehingga kedua mereka terbunuh...

Jadi kenapa puak Pakatan Haram tak boleh terima kenyataan tu? Sampai bertahun-tahun depa "belasah" SPRM dan agensi bebas tu terpaksa pulak layan kerenah depa.. macam takde kes lain pulak nak buat selain kena layan depa... imej SPRM ditarnish teruk..naya je SPRM kena...

Sebab Pakatan Haram "serang" SPRM? Heh! Mudah saja.. sebab nak burukkan imej Kerajaan BN laaaaa.. ada kepentingan politik, sebab tu la depa serang habis-habisan. Cuba takde kepentingan macam kes adik Amanda...kena pulak kat tempat depa.. depa buat bodoh saja laaa...kan?

Tengok la perangai puak tu. Double standard. Perkara yang tak ada, mereka sengaja ada-adakan. Perkara yang betul, depa pertikaikan. Perkara yang tak betul, depa kata betul. Itu pun masih ramai lagi yang percaya dan sanggup dipergunakan di jalanraya? Heh! Betul-betul emosi tak pakai akal!

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!