Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, February 10, 2014

GEMPARRR..!!! DEMI ANWAR, MB SELANGOR UMUM LETAK JAWATAN ESOK PAGI..???!!!

Adoi laaa.. hang nak dolak dalih apa lagi Khalid Berahim weiiii.. Cakap je la terus terang kat media tu.. nak sembunyi-sembunyi apa lagi? Dah jadi "open secret" dah.. cakap je la yang betul.. at least nanti hang tak dibalun rakyat sebab menipu...

Ramai sangat dah orang dok sebut Anwar akan take over kerusi MB Selangor kalau dia menang di PRK DUN Kajang. Bukan orang BN yang kata, tapi orang PKR sendiri yang heboh sana sini.. cuma Khalid Berahim dan Faekah saja yang dok pertahan tak mahu "diguling"...

Common sense, ada 2 perkara akan berlaku. Satu, Khalid Berahim kekal jadi MB Selangor, Anwar jadi ADUN atau dilantik jadi "special" EXCO. Dua, Khalid Berahim letak jawatan, Anwar jadi MB Selangor... itu dua saja kebarangkalian kalau Anwar menang di PRK Kajang...

Pada saya... dua perkara ni cukup "mendera" Khalid Berahim dan kroni-kroninya.. banyak yang dia "sembunyi"kan dalam lebih 5 tahun pentadbirannya di Selangor... kita ulas sikit apa yang dijangka akan berlaku dibawah...



1. Khalid kekal MB, Anwar jadi ADUN atau dilantik "special" Exco.
Pada saya, dalam hal ini Khalid akan jadi MB Boneka. Walaupun Khalid MB Selangor, rasa-rasa Anwar nak dengar ke arahan Khalid Berahim? Heh! Walaupun nama bapak depa sama, rasa-rasa "boss PKR" nak dengar ke cakap "budak suruhan" dia?

Selain itu, Khalid dijangka akan dapat tekanan yang lebih teruk berbanding sekarang. Silap-silap, tiap-tiap hari Anwar dan Azmin "tagteam" hentam Khalid sampai MB Selangor tu sakit jiwa dan resign sendiri... heh!

Khalid sanggup ke terima semua tu? Mana harga diri Khalid? Kalau tak berhadapan rakyat sekalipun, di mana maruah Khalid nak letak bila berdepan anak isteri dia? Khalid nak anak dia tengok bapanya jadi "puppet" di Selangor? Teruk nanti anak Khalid dipermain di sekolah...tension budak tu...

Lambat laun... Khalid akan resign jugak nampaknya. Khalid boleh tahan ke pressure tu? Baru kena taruk sikit sampai kena telan ubat... sampai tertidur depan kamera.. heh! Udah-udah la Khalid...

2. Khalid letak jawatan MB, Anwar jadi MB Selangor.
Pada saya, senario ni memang dah dijangka. Bila jadi begini, Azmin la manusia yang paling lebar senyumannya. Kalau boleh dia nak senyum sampai ke telinga. Rafizi pun serupa. Boleh la "trio" tu "rompak" Selangor pulak.. Takkan Khalid Berahim nak bolot sorang-sorang saja..kan?

Jangan lupa, Azmin merupakan Pengerusi PKR Negeri Selangor. Maksudnya, Azmin tu "boss" dalam PKR Selangor. Jadi, jangan terkejut kalau nama Khalid Berahim akan "tercicir" pada PRU ke-14 nanti. Mungkin namanya akan "sengaja" dicicirkan...

Faekah pula mungkin tak defend Khalid dah time tu. Dia mungkin terpaksa cari balik Law Firm partner dia dulu. Kesian Faekah... kalau ada jodoh, mungkin dia kawen je dengan mana-mana lelaki.. beranak, jaga anak dan kerja macam biasa...
Jadi, berdasarkan dua senario "selepas PRK DUN Kajang" tu, tak payah la Khalid nak dolak dalih lagi, kan? Cakap je terus terang. Cakap je "saya akan letak jawatan untuk beri laluan pada Anwar jadi MB Selangor", kan senang cerita? 

Tak payah dah media sebok-sebok tanya...bukan itu sebahagian dari rancangan strategi Rafizi yang didedahkan tu ke? Dah teruk dah Khalid kena "lanyak" dengan puak Azmin, lagi Khalid mau "main wayang" sana sini? Udah-udah la Khalid...

Saya bukan apa.. agak kesian pulak tengok Khalid "kena main" dengan Anwar-Azmin-Rafizi. Teruk betul dia kena "liwat" beramai-ramai. Memang dia dilantik jadi "Pengarah PRK DUN Kajang". Itu taktik AAR nak kenakan Khalid.. Kononnya MB Selangor "restu" Anwar bertanding kat Kajang...

Padahal lepas PRK Kajang nanti, depa akan cipta pulak "game" kat Khalid.. "takkan Khalid nak suruh boss jadi macai dia dalam DUN Selangor, kot? Khalid takde hormat Sivaji Da Boss, ke?".. Lepas tu mahu atau tidak, Khalid faham-faham sendiri laaa. letak jawatan jugak dia...

P/s: Pi mai Pi mai Tang tu jugak la.. Anwar yang untung, Khalid jugak yang rugi... heh! Itu pun lagi mau sokong kaaaa..? Heh!

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!