Hari ini, dengan tidak semena-mena Agensi Berita Nasional (Bernama)
menghantar sebuah berita bertajuk Penganalisis: BN Tak Perlu Tanding PRK
Kajang.
Bagi penulis, berita tersebut agak pelik kerana ia seolah-olah
membawa persediaan Barisan Nasional (BN) untuk menentang Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang ke dalam gear reverse (gear mengundur).
Kalau BN bersedia untuk berperang, sepatutnya ia memainkan gendang perang dan bukannya berbincang untuk mengelakan konflik.
Bila agensi berita rasmi kerajaan mengeluar bahan berita demikian,
maka mahu atau tidak pastinya terlintas di fikiran apakah BN tidak akan
bertanding dalam PRK Kajang?
Penulis bertanya kepada rakan yang rapat dengan Jabatan Perdana
Menteri mengenai tanggapan penulis itu, beliau hanya memberitahu BN
masih belum putuskan sebarang perkara yakni akan berperang atau
sebaliknya.
Penulis gemar menggunakan perkataan berperang dari bertanding kerana
PRK Kajang sebenarnya mempunyai implikasi politik yang sangat besar
untuk BN dan Pakatan Rakyat serta Anwar.
Untuk menjatuhkan Anwar, perang harus dilancarkan… dan kemenangan BN bermakna detik penamat kepada kerjaya politik Anwar.
Pendedahan mengenai tabiat seks Anwar bukan jawapan untuk mencabut
nyawa politik Anwar tetapi kekalahan dalam pertandingan face to face
adalah jawapannya.
Namun, BN ternyata goyah untuk berdepan Anwar.
BN tidak mempunyai keyakinan diri… itu harus penulis sebutkan di sini.
Tapi… kenapa perlu begitu?
Anwar pun manusia biasa yang sifat kelebihan dan kelemahan.
Cuma sudah tiba masanya BN melihat Anwar sebagai cabaran politik yang harus dihormati dan diperangi dengan pendekatan …“Kita berdepan dengan seorang ahli politik yang handal… bukan sekadar seorang bekas banduan atau peliwat”.
Pengalaman seharusnya mematangkan BN untuk melihat Anwar dari sudut yang baru sebelum diperangi.
Berikan Anwar penghormatan yang sewajarnya sebelum beliau dibawa ke medan perang… then we will see a different kind of outcome.
Bagi penulis, BN perlu berperang… kalau BN tewas pun ia tidak akan
mencalarkan imej BN kerana yang diperangi itu Anwar… Ketua Pembangkang….
Kalau lawan anak-anak Karpal Singh yang bodoh-bodoh tu semua dan
hanya bergantung pada legasi bapa meraka dan tewas memanglah agak
memalukan… namun kalau kalah pada Anwar takda apa kesan sangat pun…
orang akan faham.
Apa pun… setakat detik 12.15 malam ini, penulis menulis hanya bersandarkan andaikan semata-mata.
Jawapan sama ada BN akan bertanding atau tidak akan hanya diketahui
selepas sembahyang Jumaat esok apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin mengadakan sidang media khas berhubung isu sama ada BN
bertanding atau tidak.
Secara peribadi penulis berharap BN akan bertanding, namun jika ia
tidak pun, sudah pasti ada pertimbangan yang jitu diberikan sebelum
keputusan diambil.
Dari satu segi mungkin bagus jugak kerana mengelak diri daripada melayan permainan politik pentingkan diri Anwar. - Mynewshub.my
1 comment:
Tak payahlah bertanding menang pun tak ada maknanya. Kita tgk apa kesudahan episod kalau anuar menang apa akan jadi dgn kerajaan selangor. Biar mereka berperang sama sendiri berebut jawatan. Apakah dato khalid mau dirinya turun pangjat jadi adun biasa. Biar rakyat selangor tahu erti hidup bersyukur kepada tuhan.
Post a Comment