Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, February 5, 2014

GEMPARRR..!!! BLOGGER TERSOHOR PAKATAN HARAM JUAL KERETA KERANA TAK TAHAN INSURANS NAIK HARGA?

Alamakkk..! Betul ke ni? Saya dengar blogger-blogger PAS, penyokong-penyokong Pakatan Haram dan pemimpin depa semuanya pakat jual kereta depa beramai-ramai. Betul ke? 

Semuanya gara-gara Bank Negara umumkan kenaikan kadar premium insurance kenderaan secara berperingkat. Kerana tak tahan dan tak mampu dengan harga baru insurance tu, depa jual kereta dan motorsikal masing-masing? Tu diaaaaa... teruk tu!

Mungkin insurance tu naik sampai RM2,000 - RM3,000 untuk sebuah kereta kot? Kalau dulu kita bayar lebih kurang RM200-RM300 untuk kereta kancil third party, mungkin sekarang kena bayar RM8,000 kot noooo..? Sebab tu la depa jual kereta kot... tak mampu nak bayar la kot tuu...



Saya ingat, saya pun nak kena jual la kereta saya. Kereta saya 1000 cc jer. Kereta kecik buatan Malaysia. Dah buruk dah pun...pasal insurans naik, maka wajar ke saya jual kereta saya tu? Agaknya berapa saya kena bayar? RM10,000 setahun insurance?

Setahu saya, kadar kenaikan tu sikit je sebenarnya. Cuba tengok kat atas tu... Pasal RM1 - RM3.50 setahun tu maka Pak Mat kena jual motor kapcainya... Pak Mat beli rokok tiap-tiap hari sekotak RM12... tapi Pak Mat tak mampu nak bayar lebih RM3.50 setahun untuk insurance motor dia tu?

Pak Maun pulak terpaksa jual kereta Camry baru dia... mana la Pak Maun mampu nak bayar extra RM34 setahun untuk insurance kereta dia tu...Tapi jangan risau.. Pak Maun masih lagi mampu lepak minum kopi Starbuck harga RM14 secawan tiap-tiap hari sambil belanja Makcik Leha...

Kenapa insurance naik harga agaknya? Bank Negara dan Kerajaan BN sengaja suka rakyat marah kat depa kot? Depa suka rakyat maki hamun depa macam puak PAS, PKR dan DAP buat tiap-tiap hari tu kot..?

Cuba letak diri tu jadi company insurance... dulu tahun 2000, harga bumper kancil baru RM80. Tahun 2005, bumper tu naik harga jadi RM100. Lepas tu tahun 2010, harganya RM120. Sampai tahun 2014, bumper tu dah berharga RM150...

Tapi kena cover insurance pelanggan tetap harga lama...tahun 2000 insurance harga RM200, tahun 2005 pun RM200, tahun 2010 pun RM200... tahun 2014 pun nak harga RM200 jugak? Tak naik-naik jugak... sejak bila orang meniaga insurance company tu jadi Jabatan Kebajikan Masyarkat?

Bro... goreng pisang pun naik harga bro.. Nak masuk toilet pun naik harga bro.. dulu sekupang, lepas tu naik 2 kupang...sekarang ni dah 3 kupang bro... semua harga naik la bro... tapi takde pulak saya dengar orang Malaysia mati tak makan sebab barang atau bayaran perkhidmatan naik harga...

Betul di India, China dan beberapa negara luar ada yang mati kebuluran tak makan. Tapi kat Malaysia ni tak pernah pulak la saya dengar mati tak makan. Semiskin-miskin rakyat Malaysia ni, masih lagi mampu makan dan hidup walau sesusah mana pun, kan?

Kerja kuat bro... usaha lebih sikit... nak pendapatan lebih, kerja la kuat sikit. Kalau nak kaya, kerja lebih kuat dari orang lain. Kalau orang kerja 10 jam, kita kerja 8 jam sehari, macamana kita nak dapat pendapatan lebih dari orang kerja 10 jam, kan?

Paling utama, solat jangan lupa. Mintak rezeki lebih dari Allah. Jangan lupa bersyukur dengan rezeki tu. Kalau rezeki sikit pun bersyukur jugak, insyaAllah, Allah akan tambah rezeki hambaNya yang bersyukur... kalau asyik komplen jer...lepas tu salahkan orang... macam tu nak dapat rezeki lebih? Heh! Agak-agak laaaa...!!!


2 comments:

CEO Siber said...



'Please Note'

- Pelaburan jutaan ringgit 'skuad sayang selangor' sepanjang 5 tahun untuk merampas kembali selangor di tangan PKR tidak berhasil. Malah memberi 8 lagi kerusi Dun kepada PR.

- Walaupun beribu kali lakonan @ provokasi yang dimainkan oleh media UMNO BN ia tidak lagi relevan untuk Rakyat Selangor. Begitu juga Kelantan dan Pulau Pinang. Ia tetap akan menjadi milik kekal PR.

- Terengganu juga bakal mengikut jejak selangor... Lihat saja pru 13 hanya 2 kerusi sahaja berbeza dan kemerosotan ketara BN...

- UMNO BN akan membubarkan 'Skuad Sayang Selangor' dan mengantikan 'Skuad Sayang Terengganu' pula. UMNO BN yakin bila perlaburan jutaan ringgit diberikan kepada rakyat Terengganu terutama anak muda akan mengekalkan Terengganu ditangan mereka.

- UMNO BN akan kekal memerintah Terengganu jika pelaburan mereka berjaya dalam 'Skuad Sayang Terengganu'... Lihat saja bukti jelas apabila pelaburan RM15,000 untuk satu keluarga FELDA dapat mengekalkan undi mereka kpd UMNO BN walaupun sedikit merosot... Jadi apa sangat bezanya level pemikiran anak muda FELDA dan Anak muda Terengganu?

- UMNO BN tetap akan membubarkan 'Skuad Sayang Selangor' apabila Anwar berjaya menjadi MB selangor. Aura Anwar yang kian kuat kpd anak muda Selangor hanya menjadikan usaha mereka sia2. Lebih baik mereka tumpukan Negeri lain yang juga akan jatuh ke tangan PR...



Akhir Sekali, adakah UMNO BN akan menyumbat kembali Anwar ke penjara untuk tempoh 10 tahun lagi untuk menghalang daripada menjadi MB Selangor??..... Tetapi yang pasti, UMNO BN akan 'ketandusan strategi' untuk merampas kembali Selangor dan menemui 'jalan mati' untuk menarik sokongan pengundi muda dan pengundi baru yang sudah terdidik sejak 5 tahun dulu..

Anonymous said...

Hahaha...mana ada bubar skuad sayang selangor..skuad sayang memang ada 1 Malaysia le...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!