Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, February 24, 2014

GEMPARRR..!!! ANWAR NAK MASUK UMNO SEMULA..???!!!

Seorang rakan bukan Melayu menghantar print-screen dari Malaysian Insider di atas kat saya baru-baru ni. Cerita pasal Anwar... saya ada baca berita tu... antara petikan menarik, Anwar berkata...
"Before I was from Umno. I don't hate Umno members. What I am against, and will fight, is their policy of corruption that continues to burden the people.
Dan di akhir berita tu.. Anwar ada kata...
"I know who I am. At one point I was the acting prime minister. Then, I was also put in jail."

Kita semua tahu, Anwar pernah berada dalam UMNO. Bukan sekadar ahli biasa, dia pernah jadi Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan PM.. bukan Timbalan Menteri tau, tapi TPM. 

Dari ayat kat atas tu, Anwar sendiri mengaku dia tidak membenci ahli UMNO. Itu pendirian terkini Anwar dalam menghadapi PRK Kajang. 

Apa yang dia mahu sekarang ialah "lawan dengan polisi yang korup yang membebankan rakyat". Maknanya, dia nak lawan "rasuah" yang kononnya ada dalam UMNO la tu... itu kata Anwar...

Saya yakin, Anwar punya kenangan pahit dalam UMNO. Tapi rasanya tak siapa dapat nafikan betapa "indahnya nostalgia Anwar" masa dia dalam UMNO. Dia cepat naik. Dia seolah-olah "anak emas" Tun M. Dia betul-betul "express" terus ke atas...


Masa dia jadi student, dia pernah kena tahan ISA dengan Ibrahim Ali sebab berdemo. Tapi lepas keluar dari Kamunting, Tun M kutip dia, ajar dia dan Anwar naik dari satu tangga ke satu tangga, sampai la dia jadi Timbalan Presiden UMNO...

Macamana Anwar naik? Cara Anwar naik memang hebat. Ramai yang tahu... Anwar tabur "pink form" dan "beg-beg penuh berisi duit". Setakat sampul kecik-kecik ni dia tak main laaa... Sebab tu saya heran bila dia kata dia nak "fight against policy of corruption" tu...


Saya yakin, sepanjang karier Anwar, dia takkan lupa segala yang dia dapat dalam UMNO. Walau UMNO tidak la semewah seperti yang disangka, Anwar akan ada-adakan kemewahan tu untuk dirinya. Orang lain tak berani kata apa.. maklum la.. "anak emas" Tun M...

Privilege yang Anwar dapat tu memang terlalu istimewa. Dia dapat "red carpet" di US masa tu. Imej Anwar memang "clean" habis... seolah-olah, dia la "hero idaman Malaya". Siapa yang tak "kembang hidung" bebbb..? Saya yakin Anwar ingat segala kenangan tu...

Saya ingat lagi, masa dia dilepaskan dari penjara Sg Buloh oleh Pak Lah, ada ura-ura mengatakan Anwar nak masuk UMNO semula. Khabarnya, Anwar dah deal dengan Pak Lah yang teruk diserang Tun M dulu...Tak tahu la "rumors" tu betul atau tidak...

Difahamkan, cerita tu memberitahu Pak Lah sebagai Presiden UMNO akan ampunkan Anwar dan terima Anwar masuk UMNO semula. Tapi "rumors" tu mati begitu saja bila ramai pihak dalam UMNO bantah sekeras-kerasnya Anwar masuk UMNO semula... sebab tu la Anwar tak jadi masuk UMNO balik time tu kot...


Ada satu lagi dakwaan bahawa Anwar dikatakan pernah bersusah payah bertemu Najib di rumahnya secara rahsia sebelum ini membincang sesuatu yang serius. Khabarnya pasal kes liwat dia dengan Saiful Bukhari vs isu fitnah Altantuya terhadap Najib. Kononnya Anwar nak "trade in", tapi Najib "reject"...

Saya berpandangan bahawa Anwar masih "setia dan rindu" pada UMNO. Rasanya Anwar seolah-olah nak masuk UMNO semula, tapi dia risau. Kalau orang tanya, dah tentu la dia tak mengaku...kan?

Saya yakin, Anwar sedar bahawa dia hanya boleh jadi PM dengan selesa sekiranya dia berada di dalam UMNO. Kalau dia jadi PM dalam Pakatan Haram, Anwar mungkin sedar dia hanya "PM boneka" yang perlu dengar cakap DAP dan PAS.. maklum la.. PKR tu minoriti..! Heh!


Jiwa Anwar dikatakan "jiwa UMNO". Kalau dia "jiwa PAS", dah lama dia dia ikut bapa angkatnya, Allahyarham Yusuf Rawa masuk PAS...Tapi Anwar pilih UMNO...Anwar tak masuk UMNO sebelum ni sebab ramai pihak yang bantah dia masuk UMNO semula...

Persoalannya, apakah Anwar akan sekali lagi berusaha senyap-senyap ke rumah Najib dan merayu nak masuk UMNO semula? Percayakah kita bahawa Anwar tidak suka kenangan-kenangannya dalam UMNO dulu kembali semula untuk dirinya?

Kaki Anwar dulu pernah selangkah berada di kerusi PM. Namun akibat gopoh, rahsianya pecah dan terhumban ke penjara. Apakah UMNO akan menerima Anwar semula? Sebelum ni ramai pemimpin derhaka pada UMNO yang diterima masuk semula..kan? Bersediakah kita menerima Anwar?

Secara peribadi, saya katakan TIDAK SAMA SEKALI..!!!


5 comments:

Anonymous said...

Nehi....seram o....

Tak pe biar la kat PAS...

Anonymous said...

Habislah peluang Mamakutty nak tabalkan Mukhriz tidak kesampaian kalau Anwar masuk UMNO.

Patutlah Mamakutty dah panik sekarang.

Anonymous said...

Cukup² lh weii. Takkan dah ludah nak jilat balek kahak tu.

Anonymous said...

TIDAK sama sekali.Saya dah kenal anwar sejak 1977.Semasa dia dalam UMNO/BN, saya tak pernah mengundi.Kalau dia masuk UMNO/BN lagi, sayonara.saya akan kempen lagi supaya jangan mengundi semasa pilihanraya

Anonymous said...

TIDAK sama sekali. saya kenal dia sejak 1977.semasa dia dlm UMNO/BN saya dan ramai lagi tidak pernah mengundi.kalau dia masuk UMNO atau BN,saya akan kempen lagi supaya jangan mengundi semasa pilihanraya.undi pembangkang pun tidak

Bila Kak Su Bersuara... Heh!