Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, February 6, 2014

GEMPAR..! TAIB MAHMUD NAK LETAK JAWATAN KETUA MENTERI SARAWAK..?

Sudah 33 tahun beliau mentadbir. Rasanya beliaulah ahli politik paling hebat dalam sejarah politik Sarawak. Oleh kerana terlalu lama memegang tampuk pentadbiran Sarawak, banyak perkara bergantung pada beliau, khususnya sosio-ekonomi negeri tu...

Orang bisnes kata, kalau Taib Mahmud letak jawatan, mungkin mampu gugat ekonomi Sarawak sebab Ketua Menteri Sarawak tu punya pengaruh yang kuat dalam banyak sudut. Ekonomi paling penting untuk dijaga dalam sesebuah negeri, kan?

Masa PRN Sarawak dulu, musuh politik BN desak beliau letak jawatan. Depa guna hujah "dah lama dahhh" dan tuduh Taib Mahmud macam-macam. Padahal fitnah depa tu terjawab bila Taib Mahmud saman depa kat mahkamah... depa kalah! Fitnah mana boleh menang, kan?



Bila lama mentadbir, dah tentu la ada yang suka beliau dan ada yang tak suka. Itu normal. Orang lama memang suka kat Taib Mahmud sebab orang lama tahu jasa beliau. Tapi orang muda yang celik mata Sarawak dah maju, dah tentu la tak suka kat beliau.. apatah lagi kalau Pakatan Haram cucuk jarum beracun..kan?

Khabarnya Taib Mahmud akan letak jawatan dalam masa terdekat ni, betul ke? Saya tak tahu kesahihan berita. Tapi itulah yang diceritakan di sini...

Taib pernah kata masa PRN Sarawak pada tahun 2011, pilihanraya kali tu adalah yang terakhir baginya. Itu membayangkan beliau berniat untuk bersara dalam penggal tu...

PRN Sarawak dijangka akan berlangsung kira-kira setahun dua dari sekarang. Saya menganggap 2 tahun selepas PRN Sarawak 2011 merupakan tempoh peralihan kuasa yang agak baik bagi menjamin kestabilan politik dan sosio-ekonomi negeri Bumi Kenyalang tu...

Ye laaa.. takkan la Taib Mahmud nak letak jawatan secara drastik... tungging terbalik Sarawak nanti.. kan? Kena pentingkan kestabilan Sarawak terlebih dahulu...lepas tu baru boleh buat keputusan apa pun...

Apapun, saya tertarik nak tengok siapa pengganti Taib Mahmud nanti. Adenan Satim? Abang Joe? Takkan James Masing kotttt..? Tak sesuai laaa.. Mungkin Adenan Satim atau Abang Joe. Adenan Satim tu orang kanan Taib Mahmud. Abang Joe pulak ramai grassroot dan rakyat yang suka beliau...

Masing-masing punya kelebihan masing-masing. Jangan nak terover lobi-melobi pulak. Perkara macam tu rakyat tak suka tengok. Macam gila kuasa pulak, kan? Apapun, saya yakin BN akan terus kuasai pentadbiran Sarawak.. sebab? Sebab orang Sarawak memang pro-BN...tu yang Anwar marah sangat kat orang Sarawak tu...heh!

1 comment:

Anonymous said...

adenan satim pakai jantung bateri pun hg nak dia jadi cm ka

Bila Kak Su Bersuara... Heh!