Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, February 12, 2014

GEGARRR..!!! TAKUT KAT "DATUK", ANWAR LARI KE LUAR NEGARA..???!!!

Amacam? Bertemu buku dengan ruas? Awat yang Anwar takut sangat kat Datuk ni pun saya tak tahu. Tengok gayanya, Anwar betul-betul takut dan tak mahu Datuk ni bercakap atau berbahas dengannya...Apa rahsia Datuk ni agaknya?

Mungkin bila Datuk ni bukak mulut, maka Anwar akan terkucil dan terus gagap. Mungkin bila Anwar disoal Datuk ni, maka dia tak boleh nak tipu-tipu lagi dah... kalau dia tipu pun, dia akan senang-senang dikantoikan...

Mungkin jugak Anwar tahu dia tak boleh "makan" Datuk ni...


Saya maksudkan Datuk Muhammad Shafee Abdullah

Mahkamah Persekutuan pada Selasa menolak rayuan kali kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes liwatnya.

Keputusan rayuan Ketua Pembangkang itu diumumkan di sini sebentar tadi.

Anwar, 66, memfail permohonan kedua bagi membatalkan kelayakan Muhammad Shafee dengan menggunakan maklumat dari akuan bersumpah bekas ketua CID Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim bagi menyokong permohonan itu.

Permohonan pertamanya ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 17 September tahun lepas, berikutan itu beliau merayu di Mahkamah Persekutuan, tetapi juga ditolak.

Pada 9 Januari tahun lepas, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di sebuah unit kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 ptg dan 4.30 ptg pada 26 Jun, 2008.

Muhammad Shafee, seorang peguam kanan, dilantik oleh Peguam Negara dengan kuasa di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Prosedur Jenayah (CPC) dan Artikel 145 (3)Perlembagaan Persekutuan bagi mengendali rayuan di Mahkamah Rayuan.

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!