Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, February 10, 2014

GEGARRR..!!! SEORANG LAGI USTAZ PAS SOKONG KRISTIAN..!!!

Saya terbaca pasal sorang Ustaz PAS ni yang menyebut gejala murtad ni disebabkan kelemahan pihak berkuasa agama Islam sendiri seperti Jabatan Zakat, JAKIM dan Jabatan-Jabatan Agama Islam Negeri...bukan kerana salah mubaligh atau penyebar dakwah Kristian katanya....

Dia berhujah dengan memberi contoh Jabatan Zakat yang dikatakan gagal membela nasib orang Islam yang miskin sehingga didekati pihak Kristian untuk menghulur bantuan.

Dia juga menyalahkan JAKIM yang mendakwa orang Islam masuk Kristian kerana penggunaan kalimah "Allah" di dalam Bible berbahasa Melayu yang cuba dipraktikkan pelampau Kristian di Malaysia...

Dia kata, takde pun dalam Al-Quran atau yang menunjukkan kalimah "Allah" tu hak eksklusif umat Islam. Katanya semua ni salah sentimen Melayu... Kononnya orang Melayu la yang mengada-ngada nak hak eksklusif penggunaan kalimah "Allah" ni...

Itu kata Ustaz PAS.. itu kata Wan Ji... Tapi betul ke hujah dia tu? Adil ke? Sesuai ke kita pakai hujah dia tu? Ini pula pandangan saya yang bukan "Ustaz"...


Betul ada kelemahan dalam Jabatan Zakat dalam mengagihkan bantuan sampai ada umat Islam miskin yang tercicir.. Tapi tak ramai... Ada yang dapat bantuan, tapi tak mengaku... Ada yang dapat bantuan zakat dan JKM, tapi depa kata "tak cukup"...

Saya tak salahkan Kristian kalau depa ikhlas hulurkan bantuan untuk orang miskin. Itu social charity namanya.. Tapi jangan la ambil kesempatan berdakwah pulak sebab ia dilarang sama sekali oleh perlembagaan dan undang-undang Malaysia.. itu namanya menangguk di air yang keruh..kan?

Pasal pendakwah Kristian langgar undang-undang dan ambil kesempatan tu la yang kita marah. Sebab apa? Sebab depa "cucuk jarum holy water" kat umat Islam yang mengharapkan pertolongan. Orang Islam miskin tu hanya perlukan makan minum, pakaian untuk hidup, depa tak perlu tukar agama pun... tapi dek kerana "cucuk jarum holy water", depa terpaksa rela tukar agama dalam diam!

Jadi, tak wajar la Ustaz PAS tu salahkan Jabatan Zakat 100%, kan? Pada saya, kelemahan 20% Jabatan Zakat tu diambil kesempatan untuk jabatan itu dipersalahkan. Padahal, 80% kesalahan dan punca ketegangan agama tu berpunca dari pendakwah Kristian..!

Bab agama ni memang sensitif. Sebab tu ada ketetapan dalam undang-undang Malaysia dan undang-undang tubuh negeri. Semua tu dibuat bagi mengelak bergaduh di antara agama dan memelihara kepentingan Islam di negara kita.

Memang tak ada disebut dalam Al-Quran atau Hadith yang mengatakan kalimah "Allah" tu hak eksklusif bagi umat Islam. Memang tak ada. Macam dadah la.. dadah pun tak disebut dalam Al-Quran atau Hadith, tapi difatwakan haram jugak...kan?

Jadi, Wan Ji tak boleh ikut hukum "takde dalam Al-Quran atau Hadis, maka tak boleh digunapakai fatwa tu"... Tak kena tu...sebab dalam Islam masih ada lagi Ijma' dan Qias yang menjadi sumber perundangan Islam...kan? 

Awat Wan Ji tak sebut pasal Ijma' dan Qias dalam kenyataannya?

Sebab Ijma' dan Qias ulama muktabar di Malaysia ni memfatwakan hukum penggunaan kalimah "Allah" yang bertentangan dengan "fatwa" Wan Ji, kan? Mungkin sebab tu Wan Ji langsung tak sebut pasal Ijma' dan Qias dalam hujahnya...kan?

Bukan apa... DYMM Yg DiPertuan Agong dah bertitah bahawa kalimah "Allah" tu hak eksklusif umat Islam di Semenanjung Malaysia. Wan Ji fikir DYMM Agong bertitah tu tanpa sebarang nasihat atau pandangan dari Majlis Fatwa Kebangsaan, Mufti-Mufti dan ulama muktabar di Malaysia?

Sebagai Ketua Tertinggi Agama Islam yang dikelilingi Majlis Fatwa Kebangsaan, Mufti-Mufti dan ulama-ulama muktabar dari seluruh negara, Wan Ji nak bantah titah Tuanku Agong? Siapa Wan Ji? Hebat sangat ke fahaman agamanya? Wan Ji ni Sunni atau Syiah?

Paling best, Nik Aziz sendiri pun dah buat "U-turn" dalam soal penggunaan kalimah "Allah" ni. Nik Aziz sendiri larang kalimah "Allah" digunakan dalam Bible berbahasa Melayu. Apatah lagi disebarkan di kalanga umat Islam di Semenanjung Malaysia ni... 

Wan Ji bantah Nik Aziz ke? Mentang-mentang la Nik Aziz dah tak jadi MB Kelantan, Wan Ji nak rendahkan martabat Nik Aziz? Wan Ji nak masuk syurga ke tidak ni? Nik Aziz tak bagi "tiket" nanti baru ngelabah sakan...heh!

P/s: Saya ni bukan "ustaz"... tapi ada la belajar agama sikit-sikit untuk topup bekalan ke akhirat nanti...

5 comments:

Anonymous said...

Ust Wan Ji ni menyanggah ayat2 Allah tentang puak2 Kafir yg tk henti akan menyerang Aqidah umat Islam.. dia boleh bela puak Kristian dan salahkan JAKIM? celaka punya ostad2 PAS..apa menda pun bela sekutu mereka..!

mamak kuti mamat said...

Kekadang aku pun naik rimas dengan lambakan ustaz2 yang menjadikan forum surau dan masjid sebagai pentas promo diri, atas alasan tarbiah ilmu...tidak kurang juga sebagai pendakyah politik..Lumayan juga sehingga ada yang pakai Honda Stream, Alfard dan Golf GT siap sport rims dan sound sistem yang solid.

Satu yang jelas dalam kebanyakan keadaan, ustad2 ini membawa persepsi bahawa audien majoriti mempunyai otak kelaghah, telinga bernanah bila dikaitkan pemahaman Islam, aqidah dan iman.

Pendekatan yang digunakan tidak berbeza dengan Kristian Evangelista yang menganggap bahawa audien perlu diselamatkan dari kesesatan dan doomed!! Sedangkan pendekatan yang dibawa oleh Rasulullah lebih kepada Addin, cara hidup sempurna dari Jahiliah.

AlQuran dan Hadith diterjemah secara literal, lebih menyusahkan daripada memudahkan pemahaman.. Percambahan pemikiran kritikal sedikit sekali dikalangan audien.

Dari sini keluarlah kain-kain rentang serata masjid dan surau, dengan wajah-wajah berkopiah, berjanggut kambingan menjadi ustad/penceramah setiap hujung minggu, semata-mata demi menunjukkan bahawa AJK Masjid ada menjalankan aktiviti...Topik, bebas..mana-mana yang syok didengar, kalau musim perlu apologitik kepada Kristian musuh Islam, apologitik lah ustad2 ini, dan dikorek lah nas-nas tertentu yang hanya dia sendiri saja yang faham.

Audien menjadi pendengar setia, dalam kebanyakan tempat kumpulan yang sama, day in day out, masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

Tarbiah pun perlukan kepada transformasi, pedagogi yang berkesan.

Anonymous said...

Komentar saya sekitar artikel di atas saja kerana saya tak baca tulisan Wan Ji itu. Jika itu tulisan Wan Ji, memang tak beza dengan tulisan² dia yg pelik sebelum² ni. Saya tak nak jawab berkaitan katanya tentang Kalimah Allah bukan hak eksklusif Melayu kerana dah jelas semuanya melainkan pemutar alam saja yg akan berputar². Saya tertarik dengan katanya yg kata kelemahan di pihak Islam itu. Saya rasa dia patut tambah PAS antara puncanya. Kalau tak kerana PAS yg sokong segala tindak tanduk DAP, Kristian tak naik kepala. PAS yg suka bermain-main dengan hukum-hakam agama seperti bermain bola inilah antara punca Islam lemah di negara kita. Brbalik kepada Wan Ji, dulu dia ada tulis berkaitan "Fiqh Tawaqqu'". Dari hujah dia dalam artikel admin ini, nampak sangat yg dia hanya guna istilah agama tapi tak tau samada dia guna saja tanpa faham atau apa² niat yg dia sembunyikan. Jika menurut "Fiqh Tawaqqu'", sepatutnya dia akan bersama pihak yg menegah penggunaan Kalimah Allah oleh Kristian bukan menyokong penggunaannya. Sikit cukuplah. Ustaz² PAS bukan semuanya reti. PAS merosakkan agama seperti juga Ikhwan kat Mesir yg mengguna pakai nama agama untuk bergerak cara depa.

Anonymous said...

Antara ciri keimanan adalah mengakui kesalahan dan dosa sendiri, bertaubat dan memperbaikinya.
Antara sifat kekufuran, sentiasa menyalahkan org lain, hingga setelah tiada apa lg nak disalahkan Tuhan pun dipersalahkan dgn alasan Takdir dan Kehendak Tuhan, katanya.

Anonymous said...

Siapa kata Kalimah Allah bukan Hak Ekklusif Orang Islammmm.... Cuba teliti Surah AlIkhlas.. " Katakanlah wahai Muhammad bahwa Allah itu Esa ".... Siapa yang disuruh berkata2... Tentulah Nabi Muhammad yang beragama Islam DAN agama ape yang mengESAkan tuhan... Cuba bagi tahu.... TITLE USTAZ belum tentu menunjukkan seseorang itu alim dengan ilmunya .... PAS hanya harap Serbandan jubah sahaja... bodoh nak mampuss.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!