Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, February 25, 2014

GEGAR..!!! ANWAR BAKAL CETUS KETEGANGAN AGAMA DI SELANGOR..!!!

Saya yakin, tidak lama lagi rakyat Selangor akan menerima padah yang lebih buruk. Sekiranya Anwar menang di Kajang, maka umat Islam di Selangor boleh tunggu malapetaka yang akan menimpa mereka di sana...

Sebagaimana yang kita maklum, Anwar memang setuju kalimah "Allah" digunakan di dalam Bible dan sebaran bertulis berbahasa Melayu. Itu satu hal. Hal yang saya yakin mengembirakan puak pelampau Kristian yang tak hormat pada perlembagaan dan enakmen syariah di negara kita.

Di Selangor, enakmen 1988 di negeri itu melarang kalimah "Allah" digunakan oleh golongan bukan Islam. Tapi jika Anwar menang di Kajang dan jadi MB Selangor, saya yakin umat Islam di negeri itu boleh ucap "bye-bye" pada enakmen yang melindungi kepentingan Islam tu...

Bukan itu saja... ada yang lebih dahsyat lagi...


Setelah berjaya membuat Anwar "tunduk" pada kehendak mereka, puak pelampau mubaligh Kristian itu tidak perlu lagi takut-takut berselindung untuk menyebarkan dakyah mereka di seluruh Selangor..Saya yakin, itulah agenda ke-2 mereka setelah berjaya yang pertama...

Sekarang misalnya, puak mubaligh Kristian dah mula sebar dakyah mereka secara terang-terangan. Terkini, depa sebar Kristian di USJ. USJ tu dalam kawasan Selangor. Dan undang-undang Selangor sebenarnya melarang agama lain selain Islam menyebar dakyah mereka di bumi Selangor..

Sekiranya Anwar tak kisah kalimah "Allah" digunakan oleh golongan bukan Islam, tak kisah memansuhkan enakmen yang kononnya "lapok", "kolot" dan "tidak terbuka", maka tidak hairan la kalau Anwar sedia membenarkan Kristian disebarkan di Selangor...

Lagipun, Anwar ni memang jenis "hati kering". Asalkan dia dapat undi dan kuasa, dia sanggup lakukan apa saja termasuk "meliwat" Islam itu sendiri... Kalau dia boleh menyebelahi rejim Yahudi Zionis Yahudi Israel dan membenarkan Palestin diserang, apatah lagi di Selangor... mudah baginya...

Orang Kristian dan masyarakat Cina yang beragama Kristian mungkin suka dengan Anwar dalam hal ni. Tapi depa tak sedar bahawa kegembiraan depa tu akan "makan diri"...

Apa mereka fikir umat Islam Selangor akan berdiam diri? Umat Islam di Selangor, terutamanya penyokong PAS dah lama memendam rasa, menyimpan luka yang dalam. Silap-silap jadi huru-hara nanti di Selangor bila keadaan antara agama tidak lagi harmoni... 

Bila jadi kekecohan, maka akan wujud pula provokasi. Keadaan mungkin tak aman lagi di Selangor. Time tu, nak cari makan pun susah. Nak business pun susah. Nak kerja pun susah. Haaa... time tu baru la nak menyesal? Lain kali undi la Anwar Berahim tak guna tu... pandai dia auta korang..

BANGI, 24 Feb –  Risalah Kristian berbahasa Melayu telah tersebar di Pinggiran USJ, Subang Jaya Jumaat lalu yang dipercayai dilakukan oleh Mubaligh Kristian untuk menyebarkan agama mereka.  

Risalah yang bertajuk ‘Semua penderitaan akan berakhir tidak lama lagi’ itu memuatkan mengenai keadaan manusia sekarang adalah serupa dengan apa yang telah dimuatkan dalam Bible.

Firman Tuhan menyingkapkan bahawa zaman kita dikenali sebagai hari-hari terakhir sistem ini.

Selain itu, risalah tersebut turut mempersoalkan siapakah yang berhak memerintah dan pemerintahan siapakah yang paling baik? Dapatkah manusia hidup lebih bahagia jika Tuhan tidak memerintah mereka? Mengapakah Tuhan tidak membinasakan Adam dan Hawa lalu menciptakan sepasang manusia yang lain? dan pelbagai lagi yang dinyata dan dipersoalkan dalam risalah itu.

Berdasar maklumat di  blog akarimomar.wordpress.com, dimaklumkan bahawa anggota sukarelawan pemantauan sekitar kawasan itu telah berjaya menahan pasangan warga asing yang berkemungkinan berasal dari Amerika Syarikat bersama seorang pemuda berbangsa Cina.

Menurut mereka, kumpulan Kristian itu dilihat menyebarkan risalah Kristian dalam Bahasa Melayu tetapi membuat helah dengan menyatakan bahawa risalah berkenaan hanya diberikan kepada orang berbangsa Cina dan India.

Bagaimanapun, apabila dipersoal tujuan mereka mengedarkan risalah tersebut kepada orang Cina dan India walhal diterbitkan dalam bahasa Melayu, dan jika mereka ingin mengedarkan risalah tersebut dalam bahasa Melayu, apakah mereka sendiri boleh berbahasa Melayu?

Jelas anggota sukarelawan, mubaligh Kristian jelas tidak dapat memberikan jawapan.sumber

2 comments:

Anonymous said...

siapa suruh mansuhkan ISA..!??

Anonymous said...

krisis air di Slangor sepatutnya sudah dapat diatasi sekiranya kerajaan negeri Selangor dibawah Mentri Besar Selangor Kalit Ibrahim dan Punaisehat Negeri Selangor Anwar Ibrahim.Punaisehat NegeriSelangor Anwar Ibrahim seorang yang dianggap world class leader dikalangan PKR sahaja. Nasihat Kerajaan Pusat diambil sepi oleh MB Selangor dan Punaisehat Selangor ...oleh kerana ego , sombong bodoh dan bodoh mengurus negeri Selangor krisis air berlaku di Selangor....Gaji MB Selangor naik 300% dan Gaji Punaisehat Negeri Selangor Rm1 tapi klaim elaun 15 juta setahun dan semua gaji adun naik 200% ...cukai perkhidmatan ,cukai Tanah dan cukai pintu naik 200% di Selangor tapi krisis air mencengkam rakyat Selangor....pada rakyat Selangor cukup2 lah kamu diperbodohkan oleh punaisehat negeri Selangor...Rakyat Kajang buka mata lu piker lah sendiri...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!