Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, February 19, 2014

DEYYY..!!! SUMBER KERAJAAN DEDAH "RAHSIA" WAYTHAMOORTHY..???

BEKAS timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) P Waythamoorthy dimaklumkan membuat tuntutan supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bertulis termasuk peruntukan wang yang jelas tidak mengikut peraturan.

Memetik sumber-sumber kerajaan,  jaminan bertulis oleh Najib itu dikehendaki Waythamoorthy untuk satu peruntukan berjumlah RM750 juta kepada Waythamoorthy atas nama melaksanakan agenda pembangunan kaum India.
“Beliau mahu Perdana Menteri beri jaminan bertulis untuk menyalurkan peruntukan sebanyak RM750 juta kepada beliau untuk laksana agenda pembangunan kaum India, tuntutan ini tidak teratur dari segi peraturan,” kata sumber itu.

Selain peruntukan berkenaan, Waythamoorthy yang juga Pengerusi Persatuan Hindraf Malaysia (PHM) ketika menjadi Timbalan Menteri turut berharap disokong oleh sebuah jabatan khusus dengan 50 orang pegawai dengan peruntukan sebanyak RM4 bilion.

“Perlantikan beliau sebagai timbalan menteri adalah merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk jalin kolaborasi dengan Hindraf dalam menyelesaikan isu-isu kaum India.
“Dari awal lagi beliau menghadapi kesukaran untuk sesuaikan diri dan memahami sistem pentadbiran kerajaan yang mungkin tidak dapat memenuhi keperluan beliau,” menurut sumber-sumber kerajaan itu.

Sumber itu berkata pendekatan kerajaan untuk menangani isu kaum India adalah secara sederhana dan berperingkat-peringkat, kerana ia mengambil kira aspek praktikaliti dan sensitiviti pihak lain dalam kerajaan.

“Kerajaan memberi peruntukan RM750 juta kepada kau India yang disalurkan melalui pelbagai kementerian dan agensi untuk menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh Hindraf.

“Kerajaan berusaha selesai isu melibatkan kaum India melalui pelbagai saluran,” katanya.

Sumber itu berkata selain itu, banyak tuntutan yang dibuat oleh Hindraf kepada kerajaan adalah bercanggah dengan Perlembagaan dan semangat Barisan Nasional (BN) dan tuntutan itu sukar untuk ditunaikan.

Kenyataan itu dibuat menjawab beberapa kritikan diberikan Waythamoorthy ketika muncul dalam satu sidang media hari ini.

Waythamoorthy muncul buat kali pertama selepas kira-kira seminggu meletakkan jawatnnya dalam kabinet.

Waythamoorthy turut meletakkan jawatannya sebagai Ahli Dewan Negara.

Dalam sidang media yang sama, beliau mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pembohong dan khianat kepada komuniti India.

Wathamoorthy turut menggesa Najib meletakkan jawatan yang dipegangnya kerana tindakan itu.
Sememtara itu, tweet Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin di bawah mengesahkan bahawa Waythamoorthy telah membuat tuntutan dalam jumlah yang besar terus ke bawah namanya.




SEMENTARA itu Ketua Pemuda Umno Malaysia Khairy Jamaluddin berkata adalah tidak adil bagi P. Waythamoorthy menyalahkan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana kegagalan bekas senator dan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu melaksanakan perubahan.

Menteri Belia dan Sukan itu dalam tulisan di twitternya berkata Waythamoorthy tidak bertindak sebagai peserta pasukan dan tidak melaksanakan apa yang diperjuangkannya.

Beliau berkata Waythamoorthy mendesak supaya semua bajet kerajaan untuk masyarakat India diletakkan di bawah budi bicaranya kerana beliau mahu mengawal wang, dengan mengetepikan agensi dan kementerian.

“Bila beliau tidak mendapat ini, beliau berhenti dan menyalahkan Perdana Menteri,” kata Khairy.
Beliau berkata bila Waythamoorthy membawa hal-hal tertentu ke perhatian Najib, segalanya diselesaikan.

Khairy berkata sekalipun ketiadaan Waythamoorthy, kerajaan tetap komited memajukan masyarakat India dan menyelesaikan isu seperti pendidikan dan kemiskinan.

Minggu lepas, Waythamoorthy melepaskan semua jawatannya, dengan mendakwa kerajaan tidak melakukan perubahan sosio-ekonomi untuk membantu masyarakat miskin India. – Mynewshub.my

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!