Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, February 18, 2014

DEDAH..!!! BUKTI PEMIMPIN PAS SUKA SEBAR CERITA TAK BETUL..!!!

Setahu saya, Rasulullah SAW menegaskan bahawa umat Islam dilarang sama sekali berbohong, walaupun pada orang kafir. Kita berdosa sekiranya berbohong. Malah kita disuruh untuk bercakap benar meskipun pahit untuk ditelan...kan?

Apabila kita dapat tahu tentang sesuatu perkara, adalah perlu bagi kita menyiasat kebenaran di sebalik berita tersebut sebelum disebarkan pada khalayak umum. Kalau terbukti benar, maka bolehlah kita sebarkan...tapi kalau tak benar, tidak wajarlah...kan?
 
Itu yang diajar Islam kepada umatnya. Begitu juga yang diberitahu pada saya oleh ustaz-ustaz. Tapi, mungkin Timbalan Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman tidak berfahaman begitu. Tak kira betul atau tidak, dia sebarkan dulu... kebenaran berita dia periksa kemudian...



Mula-mula dia tweet kat Twitter, kononnya ada kapal terbang Air Asia terhempas kat KLIA di Putrajaya. Habih kecoh kat Twitter gara-gara tweet dia tu... Kononnya dia bawak cerita "sensasi".. nak glamour la kot..?

Lepas tu, baru dia tanya sama ada berita yang dia tweet tu benar atau tidak? Tu diaaa.. dah sebar dah berita... lepas tu baru tanya kesahihan berita yang dia tweet tu?  Apa dia tak fikir ke sebelum dia tweet berita kontroversi tu?


Sampai Air Asia kena keluar kenyataan nafikan tweet berita kapal terbang depa terhempas? Sampai kena buat press statement pada media? Tu la dia penangan sebar cerita tanpa usul periksa oleh salah seorang pemimpin tertinggi PAS...

Kecoh seketika di dalam Twitter tentang sebuah pesawat syarikat penerbangan Air Asia dikatakan terhempas berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di dalam kawasan Putrajaya.

Amendalah Dr. Syed Azman Ni, Sebarkan Cerita Pesawat Terhempas Tanpa Usul Periksa!

Pemeriksaan lanjut mendapati tweet dibuat oleh Timbalan Setiausaha Agung PAS Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi melalui twitter beliau @syedazman.
“Air Asia AK5110 dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur terhempas beberapa minit lepas di KLIA dalam kawasan Putrajaya,” menurut tweet berkenaan.
Pada tweet kedua, barulah beliau bertanyakan sama ada ia berita yang benar atau sudah disahkan atau tidak kesahihannya.
Selepas diperiksa dengan pihak Perhubungan Korporat Air Asia, ia ternyata hanya sebuah berita palsu dan tiada pesawat yang terhempas di KLIA.
c5512c56a7f306e3d8d71827f191cfcf_XL
Soalnya, Syed Azman memperolehi sumber awal dari mana berkenaan nahas pesawat itu tanpa memeriksanya terlebih dahulu sebelum mahu membuat tweet berkenaannya.
Kejadian pesawat terhempas bukannya sesuatu yang boleh diperlekeh dan dibuat main-main kerana ia melibatkan ratusan nyawa.
7
Pada 16 Mei tahun lepas, Syed Azman turut dilaporkan pernah menyebarkan satu berita palsu berkaitan kenaikan harga barang namun sebenarnya ia tidak berlaku.
Syed Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok sebelum ini turut dikaitkan sebagai penyebar dakyah berhubung kenaikan harga barang termasuk gas memasak selepas Barisan Nasional (BN) memenangi PRU-13 tahun lepas. – Mynewshub.my

P/s: Apa agaknya hukum tindakan Dr Azman ni agaknya.. langsung takde mohon maaf pun dari dia!

1 comment:

Marsan Marsolo said...

Ini lah akibat berhipokrit dalam beragama ... Cakap pasal agama bagaikan mempunyai ilmu yang tinggi ... tetapi amalan ...kelaut

Bila Kak Su Bersuara... Heh!