Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, February 26, 2014

CUBAAN UNTUK BUSUKKAN NAMA PETANI & PESAWAH..?

Saya tak mahu tulis banyak kali ni... tapi rasanya dah ada bukti seseorang yang memalukan golongan petani di Kedah... hasil dari penulisannya seolah-olah menggambarkan para petani di utara semenanjung tidak tahu bersyukur... 

Saya rasa mamat yang menulis ni bukan petani atau buat bendang pun... lebih pada propaganda saja.. cuba cetus persepsi dan ajar masyarakat petani untuk tidak bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan... 

Kononnya dia "bela petani"... kononnya "anak tani"... RM296.55 sebulan memang tak cukup... konon? Rezeki terpijak pun tak cukup...? Saya kira para petani yang buat bendang ada banyak lagi sumber cari makan lain... mamat ni je yang lebih-lebih.. "kesat airmata petani" kononnn... 

Cuba baca tulisan kat bawah ni... dia ni tak reti bersyukur pada Allah ke?


Ayuh, bersama mengesat air mata pesawah

Semalam, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumumkan pembatalan dua musim penanaman padi yang melibatkan 29 blok pengairan di 12 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dalam Parlimen Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Kubang Pasu, Jerai serta Arau dan Kangar di Perlis.

Keputusan itu diambil bagi membolehkan kerja pemulihan tanah jerlus dijalankan di kawasan sawah seluas 6,962 hektar. Kerajaan telah meluluskan wang ihsan berjumlah RM36.8 juta untuk diagihkan kepada setiap pesawah padi terbabit yang akan menerima RM2,645.50 bagi setiap hektar sawah yang dibatalkan musim penanaman.

Jika kita meninjau kawasan sawah padi di Kedah dan Perlis, sememangnya masalah ini agak kritikal sehingga banyak kawasan tanah yang tidak dapat diteruskan proses penanaman padi. Masalah sangat dirasai ketika musim membajak dan menuai.

Kekadang kita melihat ada kawasan sawah padinya yang sedang menguning, namun hasilnya tidak dapat dituai kerana jentera penuai yang tidak dapat masuk ke kawasan sawah padi akibat tanah jerlus. Ia berpunca daripada masalah pengairan berkaitan air keluar masuk ke kawasan sawah, ditambah dengan iklim yang tidak menentu.

Tidak seperti beberapa tahun lalu, kebiasannya musim kemarau sekitar bulan Januari dan Februari membantu memulihkan tanah ini. Iklim dan cuaca adalah ketentuan Allah s.w.t. Apa yang boleh kita usahakan ialah berkaitan sistem pengairan.

Pengairan di kawasan tanah padi bukan sahaja berkaitan pengairan masuk, namun ianya juga perlu diteliti berkaitan pengairan keluar air dari sawah pada waktu-waktu tertentu. Apabila pengairan air keluar dari sawah tidak berlaku dengan sebaiknya, maka masalah ini akan berlarutan.

Justeru, Jaringan Anak Tani Se-Malaysia (Anak Tani) menyambut baik cadangan pihak kerajaan untuk memulihkan keadaan tanah yang sangat memberi kesan kepada produktiviti padi beras negara.

Kebajikan pesawah harus diteliti sehalusnya

ANAK TANI meneliti kira-kira yang dibuat oleh NGO Belatani yang begitu komited memperjuangkan kebajikan pesawah padi hari ini. Mereka memperjuangkan soal harga siling padi yang relevan dengan keadaan semasa ketika mana rakyat dihimpit dengan kos sara hidup yang tinggi.

Dalam kira-kira yang dibuat, sekiranya seorang pesawah padi mengusahakan 5 relong (“relong” biasanya digunakan dalam kira-kira keluasan tanah di negeri seperti Kedah, Perlins dan Pulau Pinang) sawah padi, pendapatan bersih mereka sebulan hanyalah sekitar RM700 (setelah ditolak kos pengeluaran dan sewa tanah). Masih di bawah tahap gaji minima. Sememangnya pesawah padi hari ini amat terbeban dengan kos sara hidup yang meningkat.

Kerajaan berjanji akan mengagihkan kepada pesawah padi yang terlibat RM2,645.50 sehektar. Jika sehektar tanah bersamaan sekitar 3.5 relong, bermakna, pesawah padi akan memperolehi RM755.87/relong.

Sekiranya sewa serelong tanah RM400, bermakna pendapatan bersih pesawah padi  dalam tempoh “pembatalan” ini ialah RM355.87. Sekiranya pesawah padi tersebut mengerjakan sawah seluas 5 relong, pendapatannya semusim hanyalah RM1,779.35.

Kawasan MADA ini ialah kawasan penanaman padi setahun 2 kali. Dengan menganggarkan semusim bersamaan 6 bulan, pendapatan pesawah tadi hanyalah kira-kira RM296.55 sebulan. Bukan lagi tahap miskin, tetapi sangat fakir miskin.

Kesusahan pesawah harus dirasai bersama

Sekiranya anda memeperolehi RM296.55 sebulan, bagaimana anda ingin menguruskan ekonomi hidup anda? Makan minum? Belanja anak ke sekolah? Bil air dan elektrik? Motosikal? Kereta? Minyak?

Anak Tani ingin mengajak seluruh rakyat merasai keperitan hidup pesawah. Isu padi bukan isu pesawah sahaja kerana pengorbanan mereka begitu besar terhadap rakyat dan negara. Pesawah padi bukan hanya bekerja untuk sara hidup mereka sahaja tetapi mereka menyediakan makanan kepada berjuta rakyat Malaysia. Tugasan mereka juga besar bagi menjamin keselamatan negara kerana padi di Malaysia signifikan dengan “food security”.

Semua pihak perlu memikirkan kesusahan mereka. Alternatif harus disedikan untuk membantu mereka. Mungkin yang perlu kita fikirkan, sementara kerja memulihkan tanah ini diusahakan ialah apakah mungkin pesawah padi boleh mengusahkan tanaman alternatif (seperti sayur-sayuran, jagung, pisang, tebu dan lain-lain) di kawasan-kawasan tertentu bagi menampung sara hidup mereka?

Apakah kerja lain yang boleh mereka lakukan untuk menyara keluarga? Apakah perlu dibuka kawasan baru sementara untuk pertanian kelompok pesawah padi sementara penanaman padi “dibatalkan”?

Ayuh, bersama mengesat air mata pesawah!

Penulis ialah Penyelaras Jaringan Anak Petani Se-Malaysia (Anak Tani).

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!