Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, February 22, 2014

CERITA LUCU ABANG SANUSI & PEMUDA PAS KEDAH...

Saya ada terbaca tulisan Abang Sanusi Md Noor kita pasal perbualan dia dengan kawan sekolah rendahnya tentang harga getah sekarang. Seronok baca tulisan bekas Setpol arwah Ustaz Azizan yang teruk "dikerjakan" aktivis-aktivis PAS dalam Facebook tu...

Abang Sanusi ada sebut pasal harga lantai dan harga syiling. Harga lantai tu maknanya harga paling rendah dan harga syiling pulak ialah harga paling mahal bagi sesuatu barang. Dia juga ada sebut tentang prinsip asas ekonomi yang pernah saya belajar sikit-sikit masa tingkatan 4 dulu..

Abang Sanusi cadangkan supaya harga getah dikawal kerajaan. Maksudnya, dia mahu kerajaan tetapkan harga lantai untuk harga getah. Dia mau kerajaan tetapkan harga syiling getah sebanyak RM4.00 sebagaimana yang dituntut kawan-kawan Pemuda PAS dalam kebun getah baru-baru ni.. 

Tapi kawan dia tak setuju.. kawan dia nak RM5 sekilo...alasan kawan sekolah rendah Abang Sanusi ialah sebab dia motong secara pawah di kebun orang...Abang Sanusi kata, mendengar komen kawan dia tu, dia nak teriak pun ada, nak marah pun ada... hahahahahaaa....

Pada saya...dalam isu harga getah ni...


Pemuda PAS dalam kebun getah, Abang Sanusi dan kawan sekolah rendah dia tu tak patut la suruh kerajaan tetapkan harga lantai getah sebanyak RM4.00. Saya tak setuju... sepatutnya gesa la Kerajaan tetapkan harga lantai getah pada harga yang LEBIH TINGGI dari tu...

RM4.00? Tak cukup tu. RM5 ringgit sekilo? Pun tak cukup tuuuu... Sebab apa? Sebab macam kawan Abang Sanusi tu kata laaa.. RM4 tu dia perlu bahagi dua dengan pemilik kebun yang dia pawah tu... mana cukup RM2...tak cukup nak beli ikan tamban "geliat" dan duit sekolah anak hari-hari...

Sepatutnya, Pemuda PAS dan Sanusi buat demo besar-besaran desak Kerajaan tetapkan harga lantai getah sebanyak RM20 sekilo. Harga macam tu baru la patuttt...kan? Sebab kononnya sekarang ni "kos sara hidup tengah naik".. harga barang-barang semua "naikkkk"...

Ada sekali hari tu harga ikan kembung naik sampai RM12 sekilo. Harga ayam pun naik.. kalau sekilo RM4 saja sekilo, mana cukup nak beli ikan kembung, garam, gula, kunyit, rempah, santan, beras, dan semua barang-barang lain, kan? kan? kan? Heh!

Lagi pun, bukankah PAS ni suka ambil kesempatan..? Tengah harga jatuh ni la depa nak ambil kesempatan... Pemuda PAS suka kalau rakyat anggap depa "hero", kan? Kalau Pemuda PAS nak dilabel sebagai "hero pembela rakyat", mintak la RM20 sekilo. 

Saya yakin penoreh getah seluruh negara akan sokong Pemuda PAS...! Heh!

1 comment:

Anonymous said...

AWAT MASA DEPA PERINTAH DULU DEPA TAK TETAP HARGA LANTAI GETAH KAT KEDAH?????????

Bila Kak Su Bersuara... Heh!