Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, February 2, 2014

BUAT SAHABAT-SAHABAT DI SABAH & SARAWAK...

Semalam saya dapat cerita dari seorang sahabat dari Sarawak yang mengadu tentang sentimen terkini yang makin hangat diperkatakan di sana...

Katanya, rakyat Sarawak sedang hangat memperkata tentang sentimen "anti-Kristian" dan "anti-Borneo", khususnya berkaitan penggunaan kalimah "Allah". Perkara ni turut dapat perhatian Pak-Pak Menteri dari Sarawak seperti Tan Sri James Masing...

Betul ke kita "anti-Kristian"? Betul ke kita "tak suka orang Sabah & Sarawak"? Jom kita cerita sikit...



Terus terang saya katakan, saya tidak anti-Kristian. Saya tak larang pun orang Kristian nak amalkan agama depa di Semenanjung, apatah lagi di Sabah & Sarawak.

Cuma, ada sedikit perbezaan antara Semenanjung jika dibandingkan dengan Sabah & Sarawak dari sudut amalan beragamanya. Itu termaktub dalam perlembagaan...

Contohnya, Islam diberikan hak keistimewaan di Semenanjung dan agama lain tak boleh pertikai keistimewaan tu. Agama lain juga tak boleh sebarkan agama mereka pada umat Islam. 

Tapi di Sabah & Sarawak, perkara tu dikecualikan. Itu memang termaktub masa Sabah & Sarawak nak masuk Malaysia dulu. Jadi, di Sabah & Sarawak, mana-mana agama pun bebas untuk berdakwah sama ada Kristian, Islam dan lain-lain agama...faham, kan?

Jadi, bila menyentuh tentang isu kalimah "Allah", maka ia juga sama dengan contoh di atas. Ia tidak dibenarkan di Semenanjung, tapi dibenarkan di Sabah & Sarawak. 

Justifikasinya mudah, ia adalah kerana majoriti di Semenanjung adalah beragama Islam dan di kepulauan Borneo ramai pula yang beragama Kristian. Adil dan kena pada tempatnya, bukan? Tiada pertikaian dalam soal ini dan kita saling hormat pada hak masing-masing...

"Anti-Borneo"? Saya ingatkan, persepsi ini sudah lama berkubur. Tapi ada lagi? Terkejut juga saya bila sentimen ini dimainkan semula. 

Siapa agaknya dalang yang hidupkan kembali sentimen "paranoid" ini? "Geng Facebook" yang kuat berkempen nak pisahkan Sabah & Sarawak dari Malaysia, kah? Tak ada kerja lain selain nak memecah belah negara? Suka sangat jadi "pengkhianat"?

Saya memang kuat semangat Islam dan jatidiri nasionalis. Namun saya tak pernah "anti-Borneo". Masa saya di universiti dulu, memang saya rapat dengan Borneoian. Malah saya pernah "serumah" dengan depa.. I'd learned a lot from them as they did...kami memang ngam habis!

I did hanged out dengan Sabahan and Sarawakian dulu. Lepak sama-sama. Event I lived kat Sarawak for several months! Memang mula-mula tu tak keluar rumah. Bukan sebab takut kena pukul, tapi sebab tak reti dan tak faham cakap Sarawak! Lepas tahu sikit-sikit, baru la keluar rumah.. hehehee..

Sebenarnya, orang Semenanjung tak "anti-Borneo" pun. Langsung tak ada sentimen tu. Tak tahulah kalau ada pihak-pihak tertentu yang sengaja jadi "batu api" dalam hal ni. Mungkin depa sengaja nak create pepecahan dan permusuhan untuk kepentingan depa.. "golongan pemisah" misalnya, kan?

Orang Semenanjung hormati hak Sabah & Sarawak. Misalnya, kami tak pertikai pun tentang pass imigresen setiap kali kami nak masuk Sabah & Sarawak walaupun Borneoian tak payah isi pun pass imigresen setiap kali nak masuk Semenanjung. 

Sebab kami tahu, semua tu adalah hak dan keistimewaan Sabah & Sarawak yang dipersetujui masa negeri-negeri tu bergabung dengan Semenanjung dulu.. we respect all that, bro.. No prob...

Cuma saya mintak, hati-hati la dengan "golongan" yang suka porak perandakan negara kita ni. Diorang tu memang terdiri dari golongan profesional.. ye laaa.. diorang lawyers, engineers, bisness tycoon and so on... tapi apa motif depa? Dah tentu ada motif dan niat yang buruk di sebaliknya..kan?

Bagi James Masing or Pak-Pak Menteri, jangan la risau sangat. You all sit down dan bincang cari jalan terbaik untuk selesaikan hal ni. Kalau nak ajak saya makan rojak sotong pun boleh... saya suka.. sedap tuuu...heh!

Saya ni bukan la tahu sangat pasal rakyat Sabah & Sarawak ni.. tapi saya memang rapat dengan orang Borneo... istilah ciptaan "Borneoians" memang always my brothers and sisters.. Kami berbeza agama dan bangsa, tapi tu semua tak mampu pisahkan kami sebagai Malaysians.. that's the fact!

1 comment:

Anonymous said...

Ini orang yang masukkan jarum perkauman mesti suka , Cari dalangnya dulu pastu fikir apa bentuk hukuman yang harus dijatuhkan ,pada pengkhianat bangsa

Bila Kak Su Bersuara... Heh!