Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, February 17, 2014

BILA GILA KUASA, ANWAR SANGGUP "TUNDUK" PADA SALIB..!!!

Saya rasa, mungkin ramai yang dah tahu tentang insiden Anwar masuk berkempen di Gereja Holy Family, di Kajang. Memang itu yang hangat diperkatakan tentang "Pak Syeikh" itu sejak semalam...

Saya kira, mungkin para pembaca sudah tahu bagaimana Anwar disambut oleh Paderi gereja, Father George Harrison, sampai menyifatkan "Pak Syeikh" Anwar tu sebagai "saudara kami" oleh masyarakat Kristian di sana...

Bila Anwar menegaskan dalam ucapannya bahawa dia konsisten menyokong kalimah "Allah" digunakan masyarakat Kristian di Semenanjung Malaysia, makin hangatlah sorakan menyokongnya di gereja itu...

Hebat tak Anwar? Sesumpah ke apa ke korang nak kata, dia tolak ke tepi. Demi nak menang jadi ADUN kat Kajang, masuk gereja pun dia sanggup... bersaudara dengan orang Kristian pun dia rela... Tapi korang setuju ke dengan tindakan dia tu?


Setahu saya, orang Islam hanya bersaudara dengan sesama penganut agama Islam sahaja. 

Sebagaimana firman Allah, "Innamal mukminuuna ikhwah..." kan? Mafhumnya.. "sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara sesama mereka...". Jadi mana-mana saudara seagama maka kita bersaudaralah... 

Tapi.. setahu saya Allah SWT takde pulak sebut kita bersaudara dengan penganut agama lain. Apatah lagi agama Kristian yang pernah memerangi umat Islam dulu, kan?

Tapi mungkin bagi Anwar semua tu dia tak kisah. Asalkan dia menang di Kajang, dia rela segalanya. Asalkan lepas ni dia naik jadi MB Selangor, mungkin dia selesa bersaudara dengan orang Kristian...

Terus terang, saya tak marah pada Anwar kalau dia berpandangan begitu. Cuma saya sedih sikit la tengok Anwar sampai "sesat" sebegitu rupa hanya disebabkan kuasa dan politik. Patut pun dia rapat dengan rejim zionis... surat khabar Israel pun sokong dia brooo..!!! Apa nak kata lagi?

3 comments:

Anonymous said...

PAS pak sanggup je.

Anonymous said...

Betul kah Anwar seorang Jesuit?

Anonymous said...

Biar lah biarlah anwar dengan caranya....persoalannya apakah tindakannya selari dgn kehendak agama.....kita tgk apa dan bagaimana beliau d akhir hayatnya...Allah Taala bayar cash je la ni....kita jgn dok promo bangsat tu...biar lah dia di adili dgn keadilan Allah taala.....bkn lama lagi pun....yakinlah bahawa ketentuan Allah lbh tepat dan tiada siapa nlh sangkal.....saya sabar menunggu saat dan ketikanya.....cikit2 dah dpertontonkan kpd kita....yg besar2 taklama lagi....

Bila Kak Su Bersuara... Heh!