Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, February 12, 2014

BAR COUNCIL SILAP TEMBAK, BUAT MALU ANWAR SAJA LAAAA..!!!

Malaysiakini buktikan Anwar kempen awal sebelum waktu kempen dibenarkan bermula...
Saya ingatkan Majlis Peguam Malaysia ni hebat-hebat belaka.. Ingatkan depa ni semua bijak pandai sangat pasal undang-undang ni... tapi rupa-rupanya depa pun hampehhhh..!!! Bar Council kononnn... dengan SPR pun depa kena "tibai"... heh!

Baru ni Bar Council ni nak "tunjuk baik".. kononnya depa ni prihatin dan suruh SPR ambil tindakan kat mana-mana parti yang berkempen PRK DUN Kajang sebelum masa berkempen secara rasmi bermula...

Kononnya depa nak "tibai" SPR la kot... Sebab tu depa kalut sangat buat statement sampai tak sempat check buku undang-undang yang depa susun kat opis depa tu....heh! Rupa-rupanya...


Depa lupa pulak yang SPR ni hanya ada kuasa ambil tindakan begitu time masa berkempen bermula saja. Masa tu saja SPR berkuasa ambil tindakan sebenarnya... Kah! Kah! Kahhh..!!! Bar Council silap "tembak" la tuuuu..! Kah! Kah! Kahhhh!

Sepatutnya, PDRM dan PBT la yang patut ambil tindakan kat Anwar Berahim yang berkempen awal sebelum waktu berkempen secara rasmi bulan depan. Bukan SPR punya kerja, tapi PDRM dan PBT...

PDRM dan PBT ni sebagaimana maklum hanya akan bertindak bila ada laporan polis dibuat. Lepas laporan dibuat, baru la kertas siasatan dibuka... itu standard biasa PDRM dan PBT...

Jadi, apa kata kalau Bar Council pergi ke IPD Kajang dan buat laporan polis. Lepas tu singgah pulak kat Majlis Perbandaran Kajang dan buat laporan yang sama.. Baru la kena dan tak memalukan Bar Council..kan?

Saya sebagai "bekas" pengamal undang-undang, agak malu la bila Bar Council buat perangai macam ni.. heh! Dulu sokong LGBT.. mentang-mentang la Ambigam tu Ex-Presiden Bar Council, moral pun sanggup Bar Council ketepikan.. lepas tu sokong pulak isu murtad? Apa Bar Council ni Kristian yang fund ke?

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang telah mula berkempen bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kajang memandangkan tempoh rasmi berkempen belum bermula.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, suruhanjaya itu hanya boleh bertindak selepas tempoh rasmi untuk kempen bermula iaitu pada 11 Mac depan, selepas selesai penamaan calon sehingga 12 tengah malam 22 Mac.

Abdul Aziz menjelaskan sepanjang tempoh itu SPR bertanggungjawab sepenuhnya memantau sebarang kempen dalam PRK Kajang seperti mana yang termaktub dalam Akta Pilihan Raya 1958, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5), Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981, Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dan Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.

“Bagaimanapun, sebelum daripada tarikh itu (tempoh rasmi berkempen) tanggungjawab untuk memantau sebarang aktiviti kempen terletak di bawah agensi lain termasuk Polis DiRaja Malaysia dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), manakala SPR hanya boleh menasihati sahaja,” katanya kepada Bernama di sini, Selasa.

Abdul Aziz mengulas gesaan Majlis Peguam Malaysia yang mahu SPR mengambil tindakan terhadap parti politik yang sudah berkempen bagi PRK Kajang sedangkan tempoh rasmi untuk berbuat demikian hanya bermula bulan depan.

Menjelas lanjut Abdul Aziz berkata, tiada mana-mana pihak boleh mendakwa diri mereka sebagai calon PRK Kajang dan turun berkempen selagi tiada pengumuman rasmi dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO) kawasan itu Datuk Hasan Nawawi Abdul Rahman pada 11 Mac depan.

“Hanya RO yang ada kuasa untuk umum sama ada terdapat pertandingan? Siapa yang bertanding? Berapa pertandingan? Sebelum tarikh itu (11 Mac), pada SPR tiada sesiapa pun calon pilihan raya itu.
“Tapi bagi mereka yang merasakan diri mereka calon…janganlah buat sesuka hati dengan berkempen. Ikutlah undang-undang lain yang ada,” katanya.

PRK Kajang diadakan berikutan peletakan jawatan penyandangnya Lee Chin Cheh dari Parti Keadilan Rakyat pada 27 Januari.

Setakat ini PKR telah menamakan Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon parti itu untuk PRK tersebut. – BERNAMA

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!