Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, February 20, 2014

APAHAL KETUA POLIS NEGARA SAMPAI PERLU MERAYU KAT TERESA KOK NI?

Saya tak tahu kenapa sampai Ketua Polis Negara terpaksa merayu pada ahli politik. Setahu saya, SOSMA telah digubal dan diluluskan untuk menggantikan akta ISA yang didesak puak Pakatan Haram untuk dimansuhkan. 

Kenapa perlu Tan Sri Khalid Abu Bakar merayu pada ahli politik? Gunakanlah SOSMA tu.. tak guna gubal kalau tak boleh dikuatkuasakan terhadap ahli politik yang seolah-olah sengaja cetus kontroversi cuba membakar api perkauman di negara kita...

Setahu saya, pemimpin politik DAP yang suka buat provokasi. Saya hentam mereka-mereka yang buat provokasi sahaja. Pada masyarakat Cina atau mana-mana kaum yang tak terlibat, tak wajarlah kita hentam depa jugak, kan? Be fair dalam perkara macam ni...

Cuba baca berita kat bawah ni.. Sampai Ketua Polis Negara kena merayu pada ahli politik ni apahal? Kalau dulu boleh buat Ops Lalang, takkan sekarang tak boleh?


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memohon ahli politik yang terbabit dengan video klip kontroversi sambutan tahun baru Cina lalu berhenti melakukan provokasi lagi.

“Kita akan teruskan siasatan dan saya minta orang yang membuat video ini untuk berhenti, khabarnya dia nak buat dalam versi bahasa Malaysia pula, saya minta cukuplah, orang Malaysia faham walaupun dalam bahasa Cina.

“Cukuplah dengan kempen benci-membenci yang menanamkan sifat-sifat kebencian terhadap orang-orang tertentu, apa faedahnya, ia akan meruntuhkan lagi kerukunan masyarakat kita, saya meminta mereka ini teruskan membina negara kita dari buat perkara tidak berfaedah,” katanya.

Tan Sri Khalid turut memaklumkan bahawa Polis telah membuka satu lagi kertas siasatan berhubung dakwaan pelanggaran Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012) berkaitan berkempen awal bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

“Ini menjadikan sejumlah empat kertas siasatan dibuka berhubung perkara sama kerana individu terbabit tidak mengemukakan sebarang kenyataan bertulis 10 hari sebelum melakukan kempen.”

“Yang melanggari APA 2012 dan sebagainya kita akan ambil tindakan dan sememangnya kita telah buka siasatan dan kita akan berunding dengan pihak peguam negara.

“Ada kertas siasatan yang sudah lengkap. Setakat ini ada empat kertas siasatan yang telah kita buka dan kita tidak menjurus kepada individu yang sama. Biarlah kita siasat dulu, dah selesai nanti, kita tuduh di mahkamah baru tahu individu terbabit nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di majlis penganugerahan surat penghargaan kepada pengguna jalan raya berhemah dan kontinjen atau daerah terbaik Op Selamat 4/2014 sempena Tahun Baru Cina di KL Sentral di ibu negara hari ini.

Sebelum ini Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar dilapor mengesahkan tiga kertas siasatan dibuka terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menurut Seksyen 9(5) akta itu kerana pihaknya tidak menerima sebarang notis pemberitahuan berhubung kempen yang diadakan.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata pihaknya sedang berunding dengan Peguam Negara untuk memperkemaskan lagi siasatan terhadap kes klip video membabitkan Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok yang didakwa berbaur fitnah. -Mykmu.net

5 comments:

Anonymous said...

Wahai PDRM apa nak jadi ni? Sultan melaka tu 8 je laporan polis dah kena. Tapi tang politician cina beratus2 laporan polis dia masih bebas dan bermaharajalela menghasut rakyat. Kenapa takut sgt dgn politician cina?

anjingBaruababi said...

SOSMA ada...kuasa polis tak ada....banyak kerenah birokrasi untuk melaksanakan SOSMA.....Polis seperti tiang-tiang TNB/Telekom di tepi jalan yang boleh ditampal dengan berbagai poster tapi tak mampu untuk menghalang anjing memancut kencing padanya

ajai62 said...

Assalam Bro

katanya SOSMA tu undang-undang yang tak ada kuku tapi pendek, ada buah tapi kecut... Kan KPN dah cakap kalau boleh Akta ISA dihidupkan semula... SOSMA ni kena tanya sama AG yang bijak tak boleh di ajar tu.... SOSMA- dah macam sos masakan mak..hihihihhhi... sian jadi polis sekarang ni... bawa pistol macam pistol mainan...

Anonymous said...

ini bukan merayu tapi amaran cara halus dan berhemat..kalau buat lagi maknanya bersiaplah dengan bala yang akan menimpa..

Anonymous said...

Kalau aku jadi KPN dah lama teresa ni aku masukan kedalam guni.......

Bila Kak Su Bersuara... Heh!