Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, February 27, 2014

ANWAR NAK TOLONG? DAH LAMBAT.. MARUAH HADI DAH CEMAR...

Bila mahkamah dah jatuh hukum baru Anwar kata dia nak cuba selesai? Baru nak campur tangan kes tu? Sebelum ni suruh PKR Terengganu je yang settle? Nampak sangat la Anwar tu macam "sengaja" nak kenakan Ayah Chik... macam tak penting je maruah Presiden PAS..?

Dia ingat orang-orang PAS bodoh seperti yang dia sangka? Sorry bebbb... tak semua yang bodoh. Walau ada pak lebai yang sanggup pegang bendera DAP baring tengah jalan, tak semua lebai PAS begitu... ada yang meluat tengok bendera DAP.. apatah lagi muka Kit Siang..!

Apa pun, sekarang ni maruah Ayah Chik dah tercemar. Kalau Anwar nak bertindak pun dah terlambat. Sekarang ni saya cadangkan PAS sendiri yang settle masalah ni. PAS ada peguam sendiri, kan? Peguam DAP pun malas nak tolong PAS... PAS terkemut-kemut la sorang-sorang lagi...kesian...


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan parti itu sedang berusaha untuk menyelesaikan isu melibatkan saman RM2 juta antara Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bekas calon PKR Dun Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, walaupun keluarga Mohd Shamsul berkeras untuk meneruskan saman tersebut namun pemimpin PKR di peringkat pusat telah memberikan nasihat kepadanya berhubung perkara tersebut.

“Pimpinan telah nasihat dulu. Keluarga berkeras. Saya telah jelaskan kepada Abdul Hadi. Kita sedang usahakan,” katanya yang dipetik daripada laman mikro Twitter miliknya.

Terbaru, PKR melalui Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution berkata, pemimpin parti telah mengadakan rundingan dengan plaintif untuk menyelesaikan isu tersebut.

“Kita telah hubungi Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail untuk menyelesaikan isu tersebut dengan pelbagai cara. Kita juga minta untuk tidak teruskan saman terhadap Abdul Hadi.

“Kita ada petunjuk positif untuk selesaikan perkara itu dengan baik daripada Mohd Shamsul,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Abdul Hadi diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul berhubung kes saman fitnahnya terhadap bekas calon PKR Dun Bukit Besi itu. – SINAR HARIAN

1 comment:

Anonymous said...

SEKARANG GUE MAHU TANYE, ORANG PAS NAK BUAT APE DENGAN ANUAR, PKR? PRESIDEN DAH KENA KENCING PUN TAK KAN TAK SERIK DAN MASIH NAK JILAT JUBUQ NUAR? KALAU KORANG MASIH JILAT JUGAK, SEMEMANG KORANG MINTA BALA ALLAH KEATAS PAS DAN AHLI.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!