Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, February 13, 2014

ADUSSSS..!!! INI CERITA JIRAN AZIZUL-SHALWATI DI SWEDEN..?

Ya. Kita jauh di Malaysia. Stolkholm tu kat Sweden, jauh dari sini. Kita sebenarnya tak tahu sangat apa yang berlaku di sebalik kisah pasangan Malaysia yang didakwa memukul anak oleh pihak berkuasa di sana, kan?

Apa yang kita tahu dan diberitahu, pasangan Azizul dan Shalwati ditahan kerana memukul anak mereka kerana tidak solat. Itu yang kita diberitahu. Anaknya dipukul di tangan, murung di sekolah dan cikgu kat sekolah tu report kat pihak berkuasa bila anaknya cerita kenapa dia murung...

Lepas tu cerita pasangan tu meletop kat Malaysia. Ramai yang simpati. Ramai yang berdoa agar pasangan Azizul dan Shalwati tu dilepaskan. Tapi tiba-tiba semalam kecoh pulak pasal komen jiran pasangan Malaysia yang sedang didakwa tu...

Apa komen jiran Azizul dan Shalwati? Cuba baca kat bawah ni...


KES penahanan pasangan suami isteri warga Malaysia di Sweden mendapat liputan meluas hingga ke peringkat antarabangsa.
Rata-rata rakyat Malaysia bersimpati dengan nasib pasangan ini apatah lagi mereka dikatakan memukul anak-anak hanya kerana tidak solat.
Begitu pun, kini tersebar pula satu print screen status Facebook yang dikatakan dimuat naik oleh bekas jiran pasangan berkenaan ketika mereka tinggal berdekatan di Sweden.
Tidak pasti sejauh mana kebenarannya namun ia mungkin memberikan dimensi baru bagaimana kes ini boleh menjadi sebesar ini hingga melibatkan tindakan undang-undang.

Status tersebut berbunyi:
1

“Win kenal sangat Shalwati dan Azizul kat Stockhold tu. She herself seorang yang sangat sombong dan berlagak coz hubby pengarah Tourism, the hell. She’s so biadap.
Once, she went out, winter lagik, sejuk beku and her kids came back home from school cant enter. Luckily, her daughter was smart, came to my house, just 300m away, and tol me that she needs to call mum.
Speaker on and mak dia maki dia semacam babe. Kesian the kids, Aisyah, Adam, Amar and Amir they were good kids. The mum yang bengis macam singa betina. Cakap pukul anak pasal tak sembahyang itu alasan cheap defense jer.

Menurut ‘jiran’ berkenaan, pihak sekolah sudah memanggil kaunseling selama dua kali bagi menjernihkan keadaan namun si ibu dikatakan sering memberikan alasan ia adalah ‘cara Islam’.
2
Lagi pun Stockholm Int School dan 2 kali panggil diorang counselling coz mother sooo biadap and always say, “this is muslim way”
School check with other muslim parents from Saudi, Iran, Iraq, Jordan, Qatar.. other muslims mum said no, We never hit our kids, Muslim is kind to kids.
Memalukan Malaysian jer, luckily im not there anymore. Anway just pity the kids, if only mak depa SABAR dalam mendidik anak, kan sabar itu separuh daripada iman.”

Apa pun, marilah kita sama-sama doakan semoga kebenaran akan berada di pihak yang betul dan kanak-kanak tidak berdosa tidak menjadi mangsa keadaan.
Hanya Allah dan keluarga itu tahu apa sebenarnya yang berlaku…Wallahualam. -Mynewshub.my

14 comments:

Anonymous said...

Dah agak dah. Tengok muka pun aku dah tau. Pastu dari klate pulak tu. Tak lah aku heran sangat, coz rumah aku kat putrajaya pun ramai ramai pegawai gomen naik toncang camtu. Lagi pulak, org sweden tak kan lah gila pulak yer.

Anonymous said...

kahkah..pompuan kelantan rupanya...patut ler hancus.

Anonymous said...

Perangai sombong antara dia dengan pencipta tp rakaman video pengakuan 4 orang anak dan bagaimana mereka dipukul.....adakah mudah untuk dinafikan? Ish ish....pukul belakang kepala sampai muka tersembam dlm pinggan.....mengajar anak cara apa ni?

Anak aku kata, kalau seseorang anak dah sampai peringkat mengadu dengan cikgu, itu maknanya kes teruk. Setakat kena pukul kat tangan sikit dan mengadu....alamat kena gelak dgn kawan.

Anonymous said...

Emmm.....ontahh lahh....

Coba check tah2 komen readbin...

Redbin ni mcm2 teknik diaorg ni...

Anonymous said...

Saya pun dah agak awal-awal lagi...kat Malaysia ni ramai juga Ibu Bapa yang anak-anak tidak solat tapi tidak pula sampai pukul anak mesti ada STORY lain..Kalau tengok betul-betul muka anak-anak lelaki pasangan tersebut anak-anak tu semacam dalam keadaan TRAUMA jer...Dan muka pun semacam jer..Undang - undang patut diguna pakai kat Malaysia..tegas tidak kira Ibu Bapa pukul anak atau Anak pukul Ibu Bapa...

Anonymous said...

For sure, tang anak2 dikhabarkan murung di sekolah itu yang mencerminkan memang parenthood mereka ini tak betul. Aku pun biasa marah anak2 dan terlajak hingga memukul tapi demi kasih dan menyesal, kita akan segera memujuk dan menggembirakan hati anak2. Mereka pergi sekolah pun dalam keadaan okey dan biasa aje, hingga tidak sesiapa pun mengsyaki mereka telah dipukul atau didera. Malahan anak2 sendiri tidak akan menceritakan yang mereka dipukul kerana hati sanubari mereka telah tersemat dengan kasih sayang yang sangat mendalam terhadap kedua ibu bapa. Janganlah kita mudah menghukum masyarakat Sweden kerana cuba mendidik rakyat Malaysia di Negara mereka mengikut undang2 mereka. Kerana kemajuan intekletual serta tamadun mereka jauh meninggalkan tahap pemikiran rakyat Malaysia yang rata2 masih rendah hingga sanggup diperbodohkan oleh pemimpin politik yang penipu dan pelaku seks luar tabie, chauvinist, pelacur agama dll.

Anonymous said...

kalau pukul anak senbab nak mengajar tak apa...tapi jangan lah menyombong diri dengan jawatan yang ada...maybe ni balasan dan ujian yang allah bagi....kemana pun kita pergi dan besar mana pun jawatan kita ingat lah asal usul kita....majority org yang berjawatan tu asalnya dpd kampong....jadi janganlah riak sangat ingat lah balik masa2 kita kecil2 dulu....

Anonymous said...

Salam..... kami mengenali pasangan ini...dan kami juga amat mengenali jiran pasangan ini yang juga org malaysia kerana komuniti malysia di stokholm sangat rapat.... kes ini da lama semenjak bulan nov 2013 lagi... persoalannya kenapa jiran ini baru sekarang mahu mengeluarkan kenyataan itu??? kami mengetahui jiran ini memang ada dendam peribadi terhadap pasangan tersebut.... org malaysia dan hasad dengki tak boleh dipisahkan....

pasangan ini sombong??? thats so funny... bole cari ex puteri yg mengenali miss shal...dapatkan pandangan mereka mengenai bekas guru sekolah putri ini...

di sweden... jika ibubapa menengking anak2 pun sudah dikira satu kesalahan besar...
even semasa ramadhan agak sukar mendidik anak yg berumur 7- 12 berpuasa kerana para guru swedish sentiasa alert dan memantau palajar mereka dan menghalang ibubapa memaksa anak2 mereka utk berpuasa atas alasan mereka masih kecil ( atas alasan hak anak tersebut tidak boleh dipaksa2)...itulah kesukaran mempertahankan iman dan agama di luar negara berbanding di malaysia ini..


jgn mudah menuduh dan bersangka buruk... Wallahua'lam

Anonymous said...

kita x tahu perkara yg sebenarnya x baik buruk sangka kepada pasangan tersebut...entah2 jiran beliau lebih teruk sikapnya dari mereka....mungkin jiran beliau ada perasaan irihati dan sebagainya..jadi ada yg ambik kesempatan dari malang org lain untuk mengeruhkan keadaan...apa yg boleh kita buat ambil iktibar apa yg terjadi dan jaga permata hati kita baik2 ....dan jangan kita lupa agenda barat yg ambil kesempatan ini untuk mengkristiankan anak2 islam yg dipisahkan secara paksa seperti kes pasangan malaysia tersebut...

Anonymous said...

Anak dia rindu x dapat belajar kerana dah 2 bln x tgk ibu bapa dia.SO KEPADA YG BERHATI BUSUK TU TANG MANA ANAK DIA BENCI PARENT DIA.TAK PAYAH BUAT FITNAH REKACERITA KAT SINI.

Anonymous said...

Allahuakhbar.....Subhanallah.... ini rupenye cerita buruk yg dikatakan tersebar di FB sy dengar... teruknya kedua2 psgn ini dikecam...dan bertambah terkejut bile membaca komen2 diatas...seakan2 smua membenci psgn ini.. selagi keputusan blum keluar, tlg la jgn buat andaian...jgn mnghukum org dgn membuta tuli... sy sentiase bersangka baik pada org..kita sesama islam x sepatutnya membenci diantara satu sama lain..kita harus bdoa spy yg benar mndpt keadilan... kenapa hendak dimenangkn sgt org kafir? Adakah org kafir yg akan mngusung mayat dan mmbaca doa utk kalian? Insaflah wahai manusia... hasad dengki dan busuk hati hanya mmbwk kalian direct ke neraka...bertaubatlah...

Anonymous said...

namapun dah keluar akhbar ..........
orang nak cakap apa itu hak mereka .... siapa betul siapa salah itu hak mereka nak bersuara ..... nak salahkan jiran dengki takkan guru-guru kelas anak2 mereka itupun sama dengki ????? DAN SURAT2 anak yg di tulis utk ibu mereka itu juga nak dikatakan dengki jugak ke ????.....kalau dah kena tangkap tu pandai2 lah bawak diri dan mana2 orang yg nak tolong selamatkan pasanagn tuh dari kena penjara tuh buatlah apa-apa yg patut .......TUHAN TU MAHA ADIL MUNKIN TUHAN ITU MAHU MENUNJUKKAN KEPADA PASANGAN ITU APA YG SEBENARNYA TIDAK PATUT DI LAKUKAN TERHADAP ANAK MEREKA ........

Anonymous said...

bukan ka ammar tu ada kata ibu dia akan pukul dia klu dia menhentak2 kaki, tgk youtube, pasang music kuat2 dan bgaduh dgn adik2 dia..
d malaysia tu semua perkara biasa, kena rotan atau kena cubit bila keadaan memaksa.. masa kecik2 saya x fikir tu masalah selagi x pukul hingga timbul kecederaan atau pukull tanpa sebab, saja2 dipukul tu memang kes dera, tp klu pukul dgn rotan, cubit, jentik telinga sebab nak ajar tu msh ok..
tanya2la bdk2 kat malaysia ni sapa yang x penah kena cubit, rotan.. di sekolah pun msh amalkan rotan, bahkan mak bapa dirmh ada jg pakai rotan..
cuma saya rasa masalahnya disini, ibu bapa bdk tu org malaysia jd bg mereka bila nak pukul anak dorg tu bkn masalah, cuma anak2 dorg memang org malaysia tapi membesar di sweden di negara yang mgamalkan undang2 yang x blh pukul bdk.. bila mereka sering dipukul atas sebab2 tertentu tapi kwn2 sebaya dorg x dibuat begitu, jadi dorg akan rasa mereka dilayan dgn buruk dan mengongkong hidup dorg.. jd mereka akan mengadu.. dorg tu kan remaja mmg nak bebas dan dlm peringkat perubahan jd mungkin disebabkan itu masalah ini timbul.. jika mereka di malaysia rasanya xda la dorg nak mengadu sebab ada rmai bdk yang lagi teruk dikerja kan ibu bapa..
Cuma kena peringat la kan kat ibu bapa klu nak mendidik anak ni kena ada cara dan tahap tertentu.. lagi2 anak yang nak masuk remaja dan awal remaja.. kena tau cara jg..
apa2 pun doakan yang terbaik buat pasangan dan anak2 mereka amiin..

Anonymous said...

Kenapa dengan perempuan kelantan ye? I tengok cantik2 n pandai2 kat uni..

Bila Kak Su Bersuara... Heh!