Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, February 15, 2014

13 MEI 1969: PAKCIK HUSSAIN MENGAKU POTONG BANYAK TELINGA ORANG..!!!

"Bila balik bertugas, bertemu rakan sepasukan, mereka bertanya, berapa banyak telinga dapat hari ini?," ujar Hussain Abas, 71 tahun.

"Telinga?," soal saya.

"Sebelum menjadi komando berpangkat trooper (prebet) bermula pada tahun 1965, saya bertugas di Regimen Askar Melayu Diraja. Saya mengerat telinga musuh sebagai bukti mereka ditewaskan sewaktu kejadian 13 Mei 1969. Kalau masih hidup mereka mesti menjerit," balasnya selamba.
Di kalangan rakan seperjuangan, beliau dikenali sebagai 'Hussain Telinga'.
 
Hussin, kini peniaga asam pedas, saya ditemui digerai miliknya, 'Commando Kiosk' di Medan Selera, Taman Dagang Avenue, Ampang, Kuala Lumpur.


Anak kelahiran Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang itu bersusuk kecil tetapi memiliki semangat kental. Beliau mula menyertai Angkatan Tentera Darat pada tahun 1962. Tiga tahun kemudian Hussain nekad menyertai pasukan komando.

"Saya mengikuti latihan komando di Kem Majidi, Johor Bahru, Johor, ketika berusia dalam lingkungan 22 tahun. Biar saya kongsikan sedikit maklumat. Saiz tubuh bak pembina badan, mampu mengangkat meja dengan menggunakan satu jari sekalipun bukan fakta penentu kekentalan semangat," jelas ayah kepada lima anak itu.

"Apakah antara kejadian sukar dilupakan sewaktu melaksanakan tugas sebagai komando?," soal saya.

"Tahun 1967, saya bertugas di Kem Segenting, Port Dickson, Negeri Sembilan. Pasukan saya diarahkan ke Betong, Perak. Sepasukan Polis Hutan menaiki 3 trak diserang hendap oleh komunis diketuai komander wanita. Enam belas polis terkorban dalam kejadian hitam itu. Seorang daripada pemandu trak terpaksa berpura-pura mati, kalau tidak, dia menjadi mangsa ke tujuh belas. Kami memburu komunis terbabit sehingga ke sempadan Thailand tetapi tentera tidak dibenarkan masuk ke negara itu," ujarnya bersemangat.


Tambahnya, gaji sewaktu mula menyertai pasukan komando, RM120 sebulan manakala gaji pegawai, RM360.

"Ceritakan sedikit fasal 13 Mei," pinta saya.

"Petang 13 Mei, penyanyi tersohor, S.M Salim, kita Datuk S.M Salim, membuat pengumuman di Pesta Mandi Safar di Teluk Kemang, Melaka. Beliau berkata, Kuala Lumpur kecoh sebelum saya datang tadi. Kira-kira jam 9 malam, beliau sendiri memaklumkan, semua anggota pasukan komando, sila laporkan diri di kem, sekarang. Saya masa itu menunggang motosikal Norton, BH 9466, balik. Dalam tempoh 2 jam, bergerak bersama pasukan dan tiba di Kuala Lumpur, pada jam 2.30 pagi, 14 Mei. Ketua Turus ketika itu, Jenaral Hamid Bidin menunggu kami di MINDEF," jelasnya.

"Kemudian?"

"Di antara 14 dan 15 Mei, saya pergi ke empat tempat sewaktu misi itu. Panggung Majestic, Petaling Jaya, Selangor. Kami menemui longgokan senjata di bahagian bawah layar putih panggung wayang itu termasuk M-16, pistol dan pedang. Pasukan saya kemudian menggeledah sebuah bangunan di  Chow Kit serta di banglo terletak di lokasi Time Square (sekarang ini) serta sebuah banglo di Sentul. Pelbagai jenis senjata kami rampas. Pada waktu itu, hanya pasukan komando sahaja menggunakan senjata M-16, hairan, komunis pun ada juga," terang Hussain.


"Potong telinga musuh juga?," tanya saya.

"Masa itu, apabila kita mendesak musuh keluar dari rumah, mereka tampil dengan parang dan menyerang pasukan saya. Kami mempertahankan diri, melepaskan tembakan, sebilangan mereka tersungkur. Dalam sehari, saya boleh mengumpul di antara dua dan enam telinga musuh. Pisau komando setiap hari diasah, itulah waktu berpeluang digunakan. Perbuatan musuh lebih zalim, ramai Melayu lelaki dan wanita maut akibat dirodok menggunakan senjata tajam, mayat mereka bergelimpangan di luar dan dalam rumah, tepi jalan. Saya melihat jenazah mereka dengan mata kepala sendiri. Keadaan huru-hara, banyak bangunan terbakar, macam pesta api ," katanya.

Hussain bertugas di Lembah Klang selama sembilan hari.

"Untuk memastikan kejadian seperti 13 Mei tidak berulang kembali, masyarakat Malaysia pelbilang kaum harus bertindak menggunakan pemikiran waras. Elakkan ketegangan kaum daripada tercetus. Jangan bertindak didorong oleh emosi secara semberono. Usah sesekali menjadi musuh dalam selimut. Saya telah menyaksikan banyak kematian, cukuplah.  Sekali berlaku kejadian seperti 13 Mei Izinkan anak cucu kita hidup dalam suasana aman di negara berdaulat dan merdeka ini.


Isterinya, Halimah Abdul Wahab berada di gerai, melayan pelanggan ketika saya makan tengahari. 

"Hari ini, harijadi dia (isteri), boleh tolong ucapkan selamat harijadi?," pinta Hussain.

Pantas saya bergerak ke arah wanita itu.

"Selamat menyambut ulang tahun kelahiran ke 68 puan. Semoga terus sihat dan diberikan rezeki berganda," ujar saya.

Halimah berasal dari Bukit Baru, Melaka itu, mengukirkan senyuman dan mengucapkan terima kasih. -Mazidulakmal.com

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!