Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, January 14, 2014

UISHH..!! ARIAL SHARON MATI MASUK SYURGA PULAK?

Korang semua tahu Arial Sharon mati baru-baru ni, kan? Bila dapat tahu "penyembelih rakyat Palestin" tu mati, ramai umat Islam di seluruh dunia kata dia akan diseksa Allah SWT dalam kubur nanti...

Malah ada yang kata Arial Sharon akan menghuni neraka! Perghhh..! Hebat!

Kalau dirujuk pada dosa-dosa Arial Sharon, saya kira dia memang layak di neraka dan diseksa seberat-beratnya di dalam kubur... dia betul-betul setan ketika hayatnya...

Malah dia pernah bersumpah..begini bunyi sumpahnya...

"Saya bersumpah, saya akan bakar setiap bayi dilahirkan di Palestin. Wanita dan kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding lelaki dewasa. Selagi mereka masih kelihatan, ia menunjukkan generasi itu akan berterusan…"
(I vow that I’ll burn every Palestinian child (that) will be born in this area. The Palestinian woman and child is more dangerous than the man, because the Palestinian childs existence infers that generations will go on…
– Ariel Sharon in an interview with General Ouze Merham, 1956
Arial Sharon ketuai penyembelihan saudara kita di Palestin...
Itu sumpah Arial Sharon...
Tapi, kita pasti ke Arial Sharon akan masuk neraka? Kita pasti? Macam Nik Aziz pasti orang PAS "gerenti" masuk syurga? Errr... neraka dan syurga tu kita punya, ke?

Saya teringat satu cerita yang cukup famous masa saya kecik-kecik dulu tentang seorang lelaki yang digeruni sebab terkenal sebagai pembunuh tegar. Kalau tak silap saya, dia dah bunuh 99 orang! Membunuh adalah dosa besar, kan?

Tapi cerita tu menceritakan bagaimana lelaki itu sempat bertaubat pada Allah SWT sebelum Izrail datang cabut nyawanya. Lepas meninggal dunia, lelaki tu jadi rebutan antara malaikat yang jaga syurga dan neraka... dan akhirnya Allah memutuskan supaya lelaki itu jadi penghuni syurga...

Jadi, kita pasti sangat ke Arial Sharon masuk neraka? Kalau dia sempat bertaubat dan peluk Islam sebelum mati, macamana? Bukankah Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang? Macamana kalau Allah ampunkan Arial Sharon?

Sebab tu saya malas nak komen apa-apa bila Arial Sharon mati. Biarlah dia mati. Ajalnya dah sampai dan biar saja Yang Berhak tentukan nasib "penyembelih umat Islam Palestin" tu di akhirat nanti. Siapalah saya nak "judge" Arial Sharon masuk neraka ke syurga ke...kan? Wallahua'lam...

2 comments:

Anonymous said...

Aoron seron mintak dikembalikan kedunia masa dia koma. Macamana kalau yesus jadi garontor..aeron seron jadi cheti di singapore pulak dah.?????

Anonymous said...

ape yg ko merepek ni? ade ko dgr lahanat tu mati mengucap syahadah? kalau di tobat, mesti anak dia yg ade sepanjang dia nazak tu terkejut beruk. "OMG, my father die as a Muslim?. Dan kita sebagai umat Islam mesti lah berdosa sbb x tunaikan fardu khifayah. x tanam dia sbgai seorang muslim. Jgn kelirukan perkara yg nyata. Kerana mengelurukan orang itu adalah kerja dajjal di akhir zaman (tidak maksudkan penulis). Lahanat Ariel Sharon pasti akan ke neraka diatas apa yg dia kerjakan. Sama seperti Firaun yg cuba nak bertaubat bila ajalnya sampai, namun tidak diterima oleh Allah SWT kerana pintu taubatnya telah tertutup. Allah itu memudahkan hambanya. Tidak akan mengelirukan hambanya. Jika dia benar-benar bertaubat, pasti ada tandanya. Supaya kita sebagai umat islam dpt menunaikan fardhu khifayah kita.
Sekian.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!