Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, January 7, 2014

TOLONG HANTAR IDRIS JALA PADA MAS SEMULA.. "BERSIH"KAN PEMANDU...


Saya pada asasnya dari awal memang tak setuju dengan PEMANDU. Malah saya tak setuju dengan cara Idris Jala. Bukan sebab dia beragama Kristian, tapi cara dia cari profit untuk Kerajaan tu memang tak kena pada saya... itu asas utama saya tak suka pada PEMANDU...

Maksud saya, cara Idris Jala tu terlalu "profit oriented" dan tidak berdasarkan tolak ansur atau timbang rasa pada rakyat, khususnya pada bangsa Melayu beragama Islam. Kontrak-kontrak mega Kerajaan selalunya PEMANDU berikan pada non-Muslim...

Salah satu kegemaran PEMANDU ialah hire consultant yang ntahapahapa... Kononnya consultant yang diupah PEMANDU itu bertaraf "international", "multinational" dan "elite". Tapi kenapa resultnya selalu negatif pada pandangan rakyat?



Sebab selalunya consultant yang diupah PEMANDU tu rasa "hebat", rasa "bijak" dan bersikap "apa yang kami buat tu semuanya betul-betul belaka". Padahal rakyat berpendapat sebaliknya. Mereka gagal sama sekali menyerap aspirasi rakyat...

Paling tak boleh diterima ialah mistake terbaru consultant yang diupah PEMANDU. Consultant tu khabarnya diupah untuk jaga Twitter rasmi ETP... lihat gambar di bawah dan cuba tengok kat mana yang tak kena...


Macamana consultant tu boleh taip Najib sebagai "Former" Prime Minister? Dia tak sedar ke dia tulis tentang sapa? Apa kesan pada typo error tu? Kenapa tak check sebelum tweet?

Lepas tu, consultant tu boleh tak sedar pulak depa salah taip.. Lama jugak la tweet tu dibiarkan.. Mungkin lepas dikomplen maka baru la consultant tu delete dan mintak maaf...

Apahal ni beb? Berapa juta PEMANDU bayar kat consultant tu? Memang la typo tu nampak kecik je masalahnya. Tapi bila babitkan nama PM Malaysia, ia membawa imej negara di mata dunia. Twitter Najib tu bukan rakyat Malaysia saja yang follow.. pemimpin dunia lain pun follow jugak bebbb...

Paling teruk, consultant tu diupah oleh PEMANDU, sebuah badan yang mengukur KPI Kementerian-Kementerian.. So macamana sekarang? KPI sendiri pun teruk, habis tu nak harap jaga KPI Kementerian? Poddahhhh la bebbb...

Pada saya, Idris Jala tu tokoh korporat. Dia tak sesuai dalam dunia kerajaan. Dia lebih sesuai handle business saja. Pak Lah la ni...gatai bawak dia masuk dalam Kerajaan. Patutnya, biar la Idris Jala tu handle MAS dan pastikan GLC tu untung tiap-tiap tahun...

Dia orang business, biar la dia buat business kerajaan. Kalau tarik dia masuk dalam Kerajaan, dan dia pulak handle kerajaan tu macam buat business, maka yang jadi mangsanya ialah rakyat la...

Udah-udah la PEMANDU weiii.. Kalau boleh, hantar balik Idris Jala tu jaga MAS... PEMANDU tu bagi orang Islam la yang handle... ramai lagi pemimpin muslim yang layak handle PEMANDU tu.. tak payah la teruskan sangat "legasi" Pak Lah tu.. kan?

1 comment:

Anonymous said...

Surah Al-i-’Imran ayat 118
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya."

Beringatlah:
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.
(Al-Baqarah (2) : Ayat 120)



Bila Kak Su Bersuara... Heh!