Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, January 19, 2014

TERKINI..! MUKHRIZ BERGELAR DATUK SERI HARI NI...

Sebentar tadi saya dapat berita mengenai penganugerahan darjat kebesaran kepada MB Kedah, Mukhriz Mahathir, yang membawa gelaran "Datuk Seri" di Istana Kedah, sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Kedah...

Segak bergaya macam arwah Ustaz Azizan dan MB yang lepas-lepas, Mukhriz kelihatan "cool" je terima darjah kebesaran tu..Seri Paduka Mahkota Kedah (SPMK)...

Tahniah Datuk Seri.. moga diberikan lebih banyak kekuatan, ilham, petunjuk dan hidayah untuk mengetuai Kerajaan BN Negeri Kedah lepas ni...



Saya takmau komen banyak, nanti depa kata saya diupah Datuk Seri pulak... cukuplah dengan doa saja..kan?

Saya harap dengan semangat dari darjah kebesaran kurniaan Istana Kedah itu, Datuk Seri makin bersungguh-sungguh membangunkan Kedah Jelapang Padi.. demi Islam, bangsa dan tanahair... sesungguhnya perjuangan kita masih belum selesai...

Berilah yang terbaik untuk rakyat, insyaAllah, Allah SWT akan redha seluruh hidup kita di dunia dan akhirat.. Aminnnn...

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!