Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, January 6, 2014

TAN SRI ASEH PERLU RUJUK ISLAM BANGUNKAN PUTRAJAYA

tan sri aseh

Alhamdulillah, saya mengucapkan syukur pada Allah SWT setelah Presiden Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat, menghilangkan keresahan umat Islam di seluruh negara khususnya di Putrajaya berkenaan ura-ura memajukan pusat pentadbiran Kerajaan Malaysia itu dengan sebuah franchise arak, “Hard Rock Cafe”.

Saya yakin, kenyataan yang dikeluarkan Tan Sri Aseh lewat semalam melegakan ramai pihak yang tidak mahu melihat Putrajaya dicemari dengan unsur tidak sihat dan bertentangan dengan amalan hukum syar’ei. Pun begitu, saya ucapkan tahniah kepada mereka-mereka yang membantah kewujudan “franchise syubhah” itu.

Pun begitu, saya memohon jasa baik dari Tan Sri Aseh supaya mengeluarkan kenyataan rasmi melalui sidang akhbar secepat mungkin mengenai perkara tersebut. Tindakan tersebut saya kira akan membuktikan tahap serius Presiden Putrajaya dalam memelihara pusat pentadbiran itu. Itu pun kalau Tan Sri Aseh benar-benar ikhlaslah dalam pengumuman di Facebook semalam.

Tapi... disebalik apa yang berlaku...


Sebenarnya, saya tertanya-tanya apakah Tan Sri Aseh tidak berfikir sebelum mengeluarkan kenyataan pada media sebelum ini mengenai cadangan membina Hard Rock Cafe di Putrajaya tempohari? Bukan apa. Kalau dirujuk pada kenyataannya sebelum ini mengenai Hard Rock Cafe di Putrajaya, Tan Sri seolah-olah tidak berfikir panjang sebelum mengeluarkan kenyataan.

Putrajaya direka khas sebagai sebuah pusat pentadbiran yang berkonsepkan Islam. Lihat saja rekaan Pejabat Perdana Menteri yang berkubah. Lihatlah bangunan dan premis kementerian-kementerian di Putrajaya. Putrajaya seolah-olah berkonsepkan “Madinah Al-Munawarah” di zaman Rasulullah SAW. Tidakkah Tan Sri Aseh nampak?

Apakah dia fikir seluruh umat Islam di Putrajaya suka dan akan berterima kasih padanya jika dia membina sebuah Hard Rock Cafe di Putrajaya? Apakah dia fikir orang Putrajaya akan membina sebuah tugu peringatan ukiran arca “Tan Sri Aseh” jika dia membawa franchise arak itu ke sana?

Suka saya ingatkan pada Tuan Presiden Putrajaya itu bahawa tidak semua orang fikir sepertinya.

Tidak semua orang suka pada Hard Rock Cafe. Yang tidak suka pada Hard Rock Cafe itu tidak semestinya golongan “anti-establishment”. Tapi mungkin mereka sedar tentang taraf dan imej Putrajaya yang mesti bersih dari sebarang elemen yang mencacatkannya sebagai pusat pentadbiran sebuah negara Islam…

Selain itu, saya juga ingin ingatkan pada Tan Sri Aseh bahawa isu “Hard Rock Cafe” ini merupakan “pilot case” di mana beliau perlu sematkan di dalam dirinya bahawa sejauh mana sekalipun kemajuan dan setinggi mana sekalipun peradaban yang mahu dibawa ke Putrajaya, ia mestilah dirujuk serta berlandaskan Islam. Bukan hentam “kromo” sahaja…

Bila terjadi insiden seperti “HRC” ini, tidakkah Tan Sri Aseh fikir ia telah serba sedikit merendahkan kreadibilitinya sebagai seorang Presiden bagi sebuah pusat pentadbiran kerajaan?

Mula-mula umum nak buat secepat mungkin, tiba-tiba terpaksa dibatalkan atas desakan orang ramai. Ia seolah-olah membuktikan pemikiran orang ramai lebih bagus dari seorang Presiden, bukan? Mujurlah Tan Sri Aseh hanya Presiden Putrajaya. Kalau beliau itu Presiden US atau Indonesia, sudah lama rakyat suruh letak jawatan, kan?

Justeru itu, sebagai memberi teguran yang membina, saya mengesyorkan Tan Sri Aseh berhati-hati sebelum merancang membawa kemajuan di Putrajaya. Jangan hanya fikirkan cadangan dari seorang rakan, maka cadangan itu dikira sebagai “cantik” dan “sesuai”. Carilah cara lain yang diredhai Allah SWT dalam menguruskan Putrajaya. Semoga Tan Sri Aseh diberi petunjuk olehNya, ameen. Wallahu’alam…

Sumber: Mykmu.net

1 comment:

Anonymous said...

Tak pandai berfikir resign saja, ganti yang lebih arif

Bila Kak Su Bersuara... Heh!