Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, January 30, 2014

TAK DAPAT JADI MB PUN NAK SALAHKAN NAJIB KE..???

Saya tak rasa Khalid Ibrahim akan dipecat dari jawatan MB Selangor. Saya juga yakin, Anwar Berahim takkan jadi MB Selangor walaupun dari nafsu gelojohnya tu, dia memang nak sangat jadi MB Selangor dan singkirkan Khalid...

Mungkin Anwar sedar, gaji MB Selangor lebih tinggi dari gaji PM. Sebelum ni sebagai Penasihat Ekonomi Selangor, Khalid hanya bayar dia gaji RM1 je... mana cukup bebbbb..! Nak belanja "anak ikan" minum sirap pun tak lepas tu...

Tapi....kenapa saya berpendapat Anwar takkan dapat jadi MB Selangor..?



Sebab saya yakin, berkemungkinan besar DYMM Sultan Selangor tak mahu Anwar jadi MB kat negeri baginda. Kalau Sultan Selangor tak restu, maka tak boleh la Anwar jadi MB, kan? Semuanya terletak di tangan Sultan Selangor sebenarnya...

Khabarnya, lepas Pakatan Haram berjaya kekalkan jajahan depa di Selangor, depa kemukakan nama Azmin sebagai MB di situ. Depa nak gulingkan Khalid. Tapi khabarnya Sultan Selangor pulak tak restu... tak setuju Azmin jadi MB... tu yang meroyan sakan tuuuu...!

Jadi, korang rasa Sultan Selangor akan perkenan Anwar jadi MB? Heh! Sultan Selangor restu BAPAK PLURALISME jadi MB kat Selangor? Rasanya TIDAK.... Maka selamat la Khalid Ibrahim... siap jadi boss Anwar kat Selangor pulak tu! Heh! Malu betul la Anwar...heh!


4 comments:

Anonymous said...

Lebih baik Sultan Selangor bertitah lebih awal dengan menyatakan baginda tidak merestui Anwar sebagai MB. Kan sonang gitu. Tak lah jadi kecoh kemudian.

Anonymous said...

Kerajaan Jepun boleh rejek Anwar sebagai Pemimpin Dunia, tak akan Sultan Selangor tak boleh rejek Anwar sebagai MB. Sonang bah itu.

Anonymous said...

RED ALERT....

Blogger Kelab Greenboc.. menunjukkan Hal Sebenar Al-Kafiruuun...cubaan untuk meMURTADkan pembaca Islam...Adakah Ini Blogger Red Bean Army????

http://greenboc.blogspot.com/2014/01/menjelaskan-kekeliruan-dalam-isu.html

Rata-rata banyak penganut Islam di Malaysia terutama di Semenanjung Malaysia dan berbangsa Melayu tidak mengetahui bahawa perkataan “Allah” telah lama digunakan secara aman semenjak dari dulu lagi.

Sebenarnya perkataan “Allah” terdapat di dalam Al Kitab Kristian sebelum isu itu di jadikan polemik. Malah ia digunakan sebelum kewujudan Islam lagi oleh umat Kristian Arab dan umat Arab Jahiliyah yang lain.

Perlu diingatkan bahawa bukan mudah untuk sesorang itu menganut agama Kristian jika dia tidak melalui proses pembaptisan dan proses pengenalan. Lafaz doa iman sahaja itu tidak cukup untuk menjadikan sesorang itu Kristian.

Antara alasannya, “Allah” itu esa dan “Allah” itu bukan dua atau tiga mahupun konsep trinitas. Sehubungan dengan itu, penggunaan perkataan “Allah” itu oleh Kristian adalah menghina Islam dan harus dilarang.

Jika diamati, ketiga-tiga agama besar seperti Yahudi, Kristian dan Islam merupakan agama wahyu. Mana mungkin wahyu itu diberikan oleh Tuhan yang berlainan antara satu sama lain.

Tentu dalam ajaran Islam sendiri melalui Al-Quran dan hadis pun tidak melarang Sang Pencipta itu digelar “Allah”.

Penulis sebenarnya terkilan, kerana Kristian merupakan agama monotheistik yang mengajar konsep ketuhanan yang esa. Konsep trinitas (Trinity) di salah anggap sebagai konsep poleistik.

Bagi Kristian, untuk memahami konsep trinitas ini memang diperlukan keterbukaan hati untuk memandang Sang Pencipta dari sudut pandang yang mengatasi pola berpikir manusia. Ianya hanya mampu difahami atas dasar iman yang berlandaskan cinta kasih.

Kasih tidak mungkin berdiri sendiri, namun melibatkan dua belah pihak seperti kasih suami istri, melibatkan kedua belah pihak, maka disebut sebagai “saling” mengasihi.

Kalau Tuhan adalah kasih yang paling sempurna, maka tidak mungkin Tuhan tidak melibatkan pihak lain yang dapat menjadi saluran kasih-Nya dan juga dapat membalas kasih-Nya dengan darjat yang sama. Jadi Tuhan itu harus satu, namun bukan Tuhan betul-betul sendirian. Jika tidak, maka Tuhan tidak tentu dapat menyalurkan dan menerima kasih yang sejati.

Alert @Gelombangkick, @FlyingKick, @Apa Nama, @A.K.Jasin, @ Dinturtle, @melayumaju, @Tranungkite, @Syed Outsidethebox, @helenang, @chedet, @cahaya la majid, @thekualalumpurchroniche, @

Saya yakin penulisan asal ditulis oleh Paderi Kristian dr Indonesia.... Waspadalah Melayu Islam...

Anonymous said...

Malu doh..malu lagi kalau UMNO/BN kalah kat sana. Dan susah lar UMNO/BN nak rampas Selangor. Sultan mungkin tak berkenan. Tapi majoriti rakyat Selangor yang memberi undi pada PR adalah dibawah naungan Sultan. .

Bila Kak Su Bersuara... Heh!