Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, January 21, 2014

STAFF UMNO KEDAH MELUAT KAT BLOGGERS?

Astaghfirullahil'azim. Saya tak tahu la sama ada cerita ni betul atau tidak. Namun saya rasa wajar untuk ditulis di sini. Bukan bertujuan untuk memburukkan sesiapa, namun lebih pada sekadar mahu bertanya pandangan...

Saya diberitahu seseorang baru-baru ni bahawa ada beberapa orang staff UMNO Kedah yang memang tak suka dan dengki kat pengamal media sosial pro-UMNO/BN di Kedah ni..

Jangan ditanya siapa staff UMNO yang dimaksudkan, memang saya tak tahu sebab tak diberitahu. Namun dikatakan memang ada...

Kata sumber saya lagi...



Katanya, majoriti staff UMNO memang menerima baik bloggers. Tapi tak semua begitu. Ada di kalangan staff yang memang tak suka, menyampah dan meluat pada bloggers... Betul ke cerita ni? Kalau tak betul, maafkanlah saya. Tapi kalau betul..?

Staff UMNO yang tak suka bloggers dan penggiat media sosial Kedah tu memang manis di depan, tapi di belakang depa hentam macam-macam. Tapi depa tak kutuk semua pengamal media sosial.. hanya yang terpilih dan depa tak suka saja laaa...

Katanya, staff tu dok jaja kata pengamal media sosial pro-UMNO/BN ni suka "paw" UMNO Kedah. Suka mintak peruntukan itu dan ini. Depa meluat dan berpendapat bloggers perlu biaya diri sendiri dan ikhlas menulis di blog...

Saya tak tahu nak kata apa. Setahu saya, kadang-kadang, ada di kalangan bloggers ni yang dipanggil ke pejabat UMNO dan diminta buat itu dan ini. Contohnya, ada sahabat saya yang kerap diminta ke pejabat UMNO sebelum PRU ke-13 dulu... sekarang ni dah menang maka mungkin depa tak panggil dia dah...

Saya tak tahu nak komen camana. Tapi biasalah adat dunia ni. Ada yang suka dan dah tentu ada yang tak suka. Saya tak kisah sangat. Biasalah kalau ada dikalangan bloggers yang diberi sedikit imbuhan atas jasa depa berjuang di alam siber... depa layak...

Sebenarnya saya malas dah nak cakap pasal hal ehwal UMNO Kedah ni. Sekarang ni bawah Mukhriz. Kalau dia rasa bloggers penting, dah tentu dia akan panggil bloggers. Terserahlah dia nak panggil siapa. Setahu saya, Mukhriz okay saja dengan bloggers...

Cuma tak sedap la bila ada staff sokongan UMNO yang kutuk bloggers kat belakang. Boss depa yang panggil bloggers, tapi bloggers pulak dituduh macam-macam. Naya saja kawan-kawan saya diburuk-burukan nama depa...

Bukan apa.. tak semua bloggers harapkan imbuhan. Contohnya sahabat-sahabat saya di KedahTimes tu memang dari dulu tak pernah meminta-minta atau dapat peruntukan dari mana-mana pihak. Depa bergerak "free of charge", tanpa peruntukan dari mana-mana pihak. Semua duit sendiri...

Jadi, jangan la tuduh-tuduh yang bukan-bukan. Kita berjuang untuk parti ni kita perlu bersatu dan tak payah la bersyak wasangka buruk, kan? Buang yang keruh, ambil yang jernih. Saya sayang semua pejuang UMNO/BN...Wassalamualaikum...peace!

1 comment:

Anonymous said...

Staf UMNO Kedah yang tidak mesra Blogger Pro BN/UMNO adalah penyokong PR yang makan GAJI kat UMNO itu sebab semua RAHSIA UMNO PR tahu...Duri dalam Daging tu, harus siasat siapa mereka dan PECAT... Ahli UMNO Jerlun.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!