Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, January 15, 2014

SKUAD HIJAU KUNING KEDAH BAKAL MERUDUM MUSIM INI?

Gara-gara tukar logo skuad hijau kuning, maka Kedah akan kalah pada setiap game bola musim ni? Biar betul? Logo tu boleh beri kesan ke kat prestasi bolasepak Kedah? Oooo..baru saya tahu... ada "special effect" rupanya...

Sampai sekarang, saya sebenarnya masih tak tahu mana satu logo skuad hijau kuning yang baru. Buruk ke? Lebih mantap ke? Hmmmm... teringin jugak la nak tengok logo baru tu Pak Tam...

Sebenarnya, saya lebih berminat nak tengok prestasi Skuad Kenari musim ni. Dulu Kedah pernah dapat Double Trouble... tapi tu dulu... sekarang? Sama-sama la kita doakan...kan? Yang penting, pengurus, jurulatih dan terutama players mesti komited laaa, kan?


Peminat pun, kalau team kita kalah, jangan la asyik nak kondem saja. Bagi la sokongan. Mana ada Pengurus, Jurulatih atau pemain bolasepak yang main tapi nak kalah, kan? Dah tentu depa akan buat sebaik mungkin, kan?

P/s: Errr.. agak-agak saya tulis pasal bola ni boleh dapat "tiket bola free" tak? Tulisan ni macam "bodek" Pak Tam je nihhhh....Hahahaa... larikkkk..!

Minta Peminat Sambut Baik Transformasi Skuad Kedah

JERLUN – Penyokong bola sepak Kedah diminta supaya menyokong transformasi yang mahu dilakukan terhadap skuad itu termasuk yang melibatkan pengenalan logo baharu.

Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata penggunaan logo baharu itu merupakan sebahagian daripada proses transformasi tanpa melibatkan penukaran warna rasmi pasukan iaitu hijau kuning serta lagu tema.

“Saya setuju bila mereka kata tukar logo tak bermaksud tiba-tiba boleh menang. Memang betul saya mengakui perkara itu. Tapi saya ingat kita sudah sampai di persimpangan jalan. Kita tahu kalau kita masih mengulangi perkara yang sama, sudah tentu hasilnya juga sama.

“Jadi kita nak betul-betul transformasi dalam segala aspek termasuk dari segi imej iaitu logo. Saya nak yakinkan bahawa warna hijau kuning dikekalkan, ini pun atas titah Tuanku (Sultan Kedah).

“Cuma helang saja warna merah, nak lambangkan sifat garang pasukan kita,” katanya kepada pemberita pada program sambutan maulidur rasul anjuran Kemas Kubang Pasu dekat sini hari ini.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) diminta mengulas mengenai rasa tidak puas hati sebilangan peminat terhadap pengenalan logo baharu itu lebih-lebih dengan terdapatnya imej burung helang berwarna merah.

Kedah bermain dalam Liga Perdana musim ini. – BERNAMA

1 comment:

Anonymous said...

Kedah buat apa logo pun tetap kalah. Sebenar bukan pasal logo tapi mutu permainan. Logo walau macam mana canggih pun kalau main teruk, teruk juga. Pasukan baik bukan pada logo.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!