Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, January 16, 2014

SAMBUT MAULIDUR RASUL "DIHARAMKAN", "MAULID NIK AZIZ" APA HUKUMNYA?

8bcc5ab84dbb26fd82c4c34d5feab77f_XL

Hari ini bertarikh 14 Rabiul Awal, tahun 1435 Hijrah. Dua hari lepas, kita sambut hari kelahiran junjungan besar, Muhammad SAW, dengan penuh kesyukuran atas kurniaan Allah SWT yang memilih kita sebagai sebahagian dari umat baginda. Sebagai Rasul yang diutus Allah, Muhammad SAW bagaikan membawa rahmat ke seluruh alam…

Saya faham bahawa sebahagian ulama menganggap menyambut Maulidur Rasul itu sebagai haram dan dianggap “bida’ah dholaalah”. Sebahagian ulama pula berpandangan sambutan hari lahir Rasulullah SAW itu hukumnya harus dan dianggap “bida’ah hasanah”.

Pun begitu, mungkin mahu menunjukkan fahaman Islam yang tinggi, PAS yang tahu sejarah dan budaya umat Islam di negara kita menyambut hari lahir Rasulullah SAW pada setiap tahun “sengaja” bertindak menongkah arus dan berpandangan sambutan tersebut sebagai “bida’ah dholaalah” dan haram disambut.


Malah hujah mereka berkata, menyambut harijadi Rasulullah SAW itu sama tarafnya seperti Abu Lahab yang beriya-iya menyambut kelahiran Rasulullah SAW pada 12 Rabiul Awal, tahun Gajah, dulu. Memang benar, riwayat menceritakan bahawa Abu Lahab korbankan haiwan ternakan kerana terlalu gembira menyambut kelahiran Muhammad SAW.

Hujah tersebut mengenangkan saya pada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat. Sudah berkali-kali dia menyambut hari lahirnya. Malah dia turut diraikan dengan kek harijadi dan dia memotong kek tersebut. Bukan sekali, tapi sudah berkali-kali. Laporan lidah rasmi PAS, Harakahdaily dan beberapa media lain mengesahkan sambutan “maulidul Nik Aziz Nik Mat”…

74375_10151195739557592_1172467009_n

Persoalannya, kalau benar PAS berpandangan haram hukumnya menyambut hari kelahiran Rasulullah SAW, apakah PAS berpandangan bahawa menyambut hari lahir Nik Aziz sebagai “harus”? Mengapa perlu ada “double standard” di antara sambutan hari lahir Rasulullah SAW dan Nik Aziz?

Sejak bila pula kedudukan Nik Aziz lebih mulia berbanding Rasulullah SAW? Sambut harijadi Nik Aziz hukumnya “harus”, tapi sambut hari lahir Rasulullah pula hukumnya “haram” pada PAS? Biar betul pandangan sedemikian?

Atau PAS sengaja berpandangan sebegitu bagi memuaskan hati “Khalifah” Lim Guan Eng yang enggan membenarkan sambutan Maulidur Rasul diadakan oleh umat Islam di Pulau Pinang sebelum ini? Apakah memuaskan hati Guan Eng dan merendahkan martabat Rasulullah SAW itu sebahagian dari “tahaluf siyasi” yang diagung-agungkan PAS?

nik aziz2

Kalau PAS tak mahu sambut Maulidur Rasul, maka tak payahlah sampai memfatwakan sambutan itu sebagai “haram”. Cukuplah sekadar berdiam diri saja. Lagipun, saya percaya bukan Nik Aziz seorang saja yang menyambut hari lahirnya, malah ramai lagi pemimpin PAS yang menyambut harijadi mereka, bukan?

Seperkara lagi, saya agak kecewa apabila hari kelahiran Rasulullah SAW baru-baru ini ditenggelami dengan momokan politik pembangkang dengan perkataan “kangkung”. Apakah “kangkung dan politik” itu lebih wajar ditonjolkan pada hari lahir Rasulullah SAW?

IMG_30925935161742

Apa kata kalau kita banyakkan bersalawat pada Rasulullah SAW pada setiap 12 Rabiul Awal? Ustaz Kazim memberitahu, Rasulullah SAW sanggup tunggu di tepi titian Sirat sambil mengucap “Sallim, sallim, sallim..(Ya Allah, selamatkanlah dia, selamatkanlah dia, selamatkanlah dia..” pada setiap kali umatnya mahu melintas titi tersebut.

Begitu sekali baginda mahu kita selamat menyeberangi titi Sirat itu. Tapi kita lebihkan “kangkung” dari bersalawat padanya? Umat jenis apakah kita ini yang tidak kasihkan kekasih Allah SWT? Baginda begitu kasihkan umatnya, tapi kita pula sebok pasal kangkung? Tapi harijadi Nik Aziz beriya-iya pula diraikan. Wajarkah kita?

Sumber: Mykmu.net

2 comments:

Anonymous said...

pas tu penganut ajaran sesat
sesape yg menghukum maulud tu haram dia sesat. bukan sebab bidaah, sekarang ni banyak sngt bidaah yg lebih teruk, pun masih boleh diterima. tak payah lah nak gi yg detail tu, kes yg terang, yg besangkut ngan akidah, benda yg boleh mengelirukan org ramai pun pas buat bodoh. atau memang dorang bodoh. ni nak bebahas perkara yg dibuat pun tak mudaratkan akidah org ramai, tu pasal tok guru khawarij tu, ngape dibela lagi. nik aziz tu org tua khawarij, tu yg patut disingkirkan agar dengan disingikirkan memberi malu kat dia, dengan tu dia masih sempat utk betobat, ni tidak ape aje cakap tua ti diterima, situa tu terus sesat, org lain pun ikut sesat. tu lebih penting dari bebahas pasal maulud. bahaskan ngape nik aziz tu patut disingkirkan dan jika tidak ape musibah akan belaku. bodoh org pas ni.

Anonymous said...

JANGANLAH GANGGU NIK AZIZ.
BIARLAH DIA DGN DUNIA DIA DAN PENGHUNI SYURGA DIA.
HAPPY BIRTHDAY TO YOU NIK AZIZ........LEPAS TU NYANYI, OK KAN.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!