Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, January 21, 2014

REAKSI TERKINI "ANWAR TAKLEH MASUK JEPUN".. SEBAB TAK PAKAI SELIPAR JEPUN?

Anwar Jepun

Saya tersengih-sengih melihat pelbagai reaksi melucukan di kalangan pengamal media sosial yang begitu “kreatif” menghasilkan momokan “luar biasa” tentang insiden “Anwar tidak dibenarkan masuk ke negara Jepun” baru-baru ini. Macam-macam karikatur dan poster web dihasilkan…

Antara produk terkenal matahari terbit yang “terlibat” dalam momokan tersebut ialah Ultraman, Sin Chan, Doraemon, Polis Angkasa Gaban dan hero-hero lain. Memang nakal!




LawakAnwar01-565x314

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman pula dalam reaksi awalnya menyifatkan dirinya adalah Menteri Luar “paling berkuasa di dunia” jika mampu memaksa negara matahari terbit itu menghalang Anwar untuk masuk ke negara tersebut. Dalam ertikata lain, memang Anifah tidak punya kuasa “magik” sebegitulah!

Lebih melucukan ialah melihat reaksi para penyokong Anwar Ibrahim dan Pakatan Haram. Khabarnya mereka berhimpun beramai-ramai di depan Kedutaan Jepun semalam memprotes tindakan Kerajaan Jepun yang menghalang masuk Anwar di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita. Lihat di sini.

Mereka siap berposter bagai, mengecam dan mencarut di depan Kedutaan Jepun. Hebat, bukan? Rasanya tindakan puak-puak Pakatan Haram itu jelas “mengharumka” nama rakyat Malaysia dipersada dunia. Selepas ini mungkin Malaysia akan dikenali sebagai sebuah negara yang mempunyai penyokong pembangkang yang “bermoral tinggi” dan “mulia budi pekerti”nya.

Lain pula reaksi Pengerusi DAP, Karpal Singh. Dia kelihatan serius reaksinya dalam isu ini. Dia mempertikai tindakan Kerajaan Jepun yang membenarkan Anwar masuk ke negara itu pada tahun 2006, 2009 dan 2012, tapi tidak pada tahun 2014. Layari di sini.

Anwar Dilarang Masuk Jepun

Reaksi Karpal itu membuat saya tertanya-tanya, apakah Karpal akan saman Kerajaan Jepun? Rasanya Gobind Singh boleh tolong hantar “surat guaman” bagi pihak Karpal. Cuma saya harap Karpal pastikan anaknya itu menghantar sendiri “surat guaman” itu dengan tangan (by hand) supaya surat itu benar-benar sampai ke tangan Kerajaan Jepun.

Saya tertanya-tanya lagi, sekiranya Najib atau Muhyiddin yang tidak diizinkan masuk ke negara Jepun atau mana-mana negara, apa agaknya reaksi pihak pembangkang? Apakah mereka akan tetap berdemo di depan Kedutaan Jepun? Atau Karpal akan menaikkan ibu jari ke atas, tanda “bagus”?

Bagaimana dengan Anwar sendiri? Masih marah lagi pada Kerajaan Jepun? Kalau masih marah, saya sarankan beberapa cadangan untuk Anwar mengenai isu ini…

Pertama, Anwar boleh mengerah budak-budak suruhannya seperti SAMM, Jing”gay”13 dan lain-lain untuk mengadakan demostrasi di tengah bandaraya Tokyo. Anwar hanya perlu belikan tiket kapal terbang untuk mereka saja dan saya yakin mereka tiada masalah dengan pihak imigresen Jepun seperti Anwar. Tentang tempat tidur, pandai-pandai merekalah nanti…

Kedua, Anwar boleh minta tolong DAP mengarahkan Red Bean Army (RBA) menyerang laman-laman web Jepun, khususnya yang berkaitan dengan Kerajaan negara itu. RBA juga boleh dikerah untuk memburuk-burukkan Jepun di facebook sebagaimana yang dilakukan pada Psy “Gangnam Style” sebelum ini. Jangan RBA masuk web lucah Jepun sudahlah!

Ketiga, Anwar dengan kerjasama Karpal, Gobind, Surendren, Latifah Koya dan peguam-peguam Bar Council mungkin boleh membawa kes ini ke muka pengadilan ke mahkamah dunia, The Hague. Sekiranya mereka buntu, mereka boleh minta tunjuk ajar dari Raja Noor Jan Shah yang pernah dapat “surat” menang kes dari ICJ. “Surat” dari ICJ itu mungkin laku kalau dijaja pada pengikut Pakatan Haram…

Keempat, mungkin Anwar boleh gunakan “tangan ghaib” US untuk menekan Jepun. US mungkin boleh menggunakan kuasa veto mengugut untuk menggugurkan bom nuklear di Jepun jika terus berdegil enggan membenarkan Anwar masuk ke negara itu.

Namun kalau semua cadangan saya itu gagal, rasanya Anwar tak payahlah ke Jepun lagi. Cubalah ke Israel pula. Saya yakin, Benjamin Netanyahu akan menyambut Anwar dengan tangan terbuka. Mungkin Anwar akan sekali lagi mendapat layanan “red carpet” sebagaimana di US dulu, kan?

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!