Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, January 15, 2014

PENYOKONG PAKATAN HARAM MATI KELAPARAN DI OPIS..???!!!


Saya dengar ramai yang bising tak breakfast pagi tadi. Kononnya tak mampu bersarapan di luar sebab harga nasi lemak, roti canai dan teh tarik dah naik. Ramai yang mengantuk dan tak bermaya kat opis sebab tak sarapan sebab tak cukup duit... betul?

Betul ke? Atau sebenarnya tipu? Tipu la kalau tak mampu... dulu korang minum teh tarik harga 80sen kat kedai mamak. Tapi sekarang teh tarik dah harga RM1.20 pun korang masih lagi berlonggok kat kedai mamak sambil bising-bising cakap "tak mampu"... heh!

Saya ingat lagi dulu ada jual rokok kotak kecik 7 batang dan 14 batang. Harga rokok time tu pun rendah lebih kurang RM1.50 hingga RM6.40 sekotak (20 batang). Tapi sekarang hanya rokok sekotak 20 batang dan harga RM12, korang tetap beli dan isap sampai berkepul-kepul asap...kan?

Lagi best...



Dulu korang naik kapcai Honda C70 jer.. korang cakap tak mampu. Tapi bila korang berpendapatan lebih, korang beli Honda Civic baru. Honda kapcai buat pegi beli nasi lemak kat simpang depan tu saja... itu pun masa beli nasi lemak tu bising kat makcik tu cakap "kerajaan BN jahat sebab buat korang tak mampu"...

Saya nak tanya, ada ke dalam dunia ni sebuah negara di mana harga barangnya tak naik-naik? Kalau ada, sila sebutkan nama dan apa barang tu. Mungkin ada la kot noooo... tapi payah la nak jumpa..kan?

Dulu harga sekati garam dan gula hanya serendah 5 sen. Sekarang ni sekilo gula dah jadi lebih 2 hengget dahhh..kan? 

Hakikat yang perlu kita terima ialah setiap barang kat dunia akan naik harganya walaupun siapa yang memerintah. Sesiapa pun memang tak boleh buat apa-apa pasal harga barang ni, kan? Dulu masuk tandas awam free saja.. sekarang dah kena bayar 30sen..kan? 

Tapi korang masuk jugak tanpa banyak soal...kenapa tak buat demo depan tandas awam tu? Heh!

1 comment:

Anonymous said...

Allah yg maha pengasih, penyayang dan pemurah pun manusia komplen apatah lagi sesama sesama makhluk..Ya Allah ampunkn kami semua.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!