Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, January 2, 2014

PEDASSS..!!! TAK MALUKAH ANAK-ANAK MUDA KITA..???

691c2c8f-5985-4b13-98d8-a87aa42c73e8_400

Saya yakin, lebih 95% yang menyertai acara “guling mengguling berbaju hitam” di Dataran Merdeka pada malam ambang tahun baru 2014 baru-baru ini adalah berbangsa Melayu, khususnya golongan muda. Yang lebih pasti, mereka-mereka ini begitu aktif dalam parti-parti politik pembangkang.

Misalnya, Khalid Ismath yang turun melakukan kekacauan di Dataran Merdeka itu merupakan aktivis muda PAS. Terlalu aktif dalam politik PAS hinggakan isteri menuntut fasakh di mahkamah. Tak tahulah kenapa, mungkin disebabkan anak muda yang dianggap “hero PAS” itu tidak memberi nafkah barangkali…

Menyedihkan saya, dianggarkan penyertaan dari kaum lain, khususnya kaum Cina, boleh dikatakan hampir tidak ada langsung dalam acara “guling-guling atas jalan” itu. Kalau ada pun, hanya segelintir yang sekadar “tunjuk muka” sahaja, lepas itu hilang entah ke mana…


Hakikat itu bukan saya seorang saja yang sedar mengenainya, malah saya yakin ramai rakan-rakan pembaca yang setuju dengan fakta itu. Malah bukan saja kita, bahkan mereka dari kaum Cina sendiri pun menyedari tentang perkara tersebut dan berpendapat anak-anak bangsa Melayu itu amat mudah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu…

ScreenHunter_05 Jan. 02 03.59

Saya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, sebenarnya amat malu dengan perkara ini. Namun apa yang boleh saya katakan, memang benar anak-anak bangsa kita begitu mudah diperalatkan. Bukan sekali dua, sudah berkali-kali mereka diperkuda dan dikeldaikan begitu saja. Kononnya “perjuangan”… Palsu belaka!

Mungkin di saat budak-budak Melayu berbaju hitam membuat kacau di Dataran Merdeka pada malam ambang tahun baru, di masa yang sama Lim Guan Eng sedang tersengih-sengih naik kereta mewah barunya, Mercedes-Benz S300L, sambil bersiar-siar keliling pulau sambil “pekena” Bak Kut Teh…

Mungkin di saat anak-anak muda Melayu memekik terlolong berpeluh-peluh berguling di atas jalan, anak-anak muda Cina sedang leka menonton wayang bersama rakan-rakan, “yam seng” di kelab-kelab hiburan, bercuti bersama keluarga sambil terkenangkan kebodohan akal anak muda Melayu yang begitu mudah mereka “benam ke lumpur”…

Kalau begitulah bezanya cara pemikiran generasi muda Melayu dan generasi muda Cina, tidak mustahil suatu hari nanti bumi Tanah Melayu ini akan bertukar menjadi bumi “Tanah Semenanjung Cina”, dan bangsa Melayu akan terus terpinggir sebagaimana di Singapura.

Saya tidak bersikap rasis dalam hal ini. Berfikir secara adil, memang minda anak bangsa Cina sedang mendahului bangsa Melayu, khususnya di dalam Pakatan Haram.

Mujurlah anak-anak muda UMNO tidak kurang hebatnya. Namun kalau ada yang bercita-cita tinggi seperti Anwar dan merelakan diri menjadi “si kitul alaf baru”, rasanya UMNO juga wajar berhati-hati dalam hal sebegini. Risau juga kalau masih ada anak bangsa yang tidak sedar-sedar diri dan lebih suka memilih “liberalisasi” berbanding “fundemental”, kan?

Suka saya ingatkan seluruh Pemuda UMNO dan BN bahawa perjuangan kita belum selesai. Kita wajar selamatkan anak-anak bangsa kita dari terus diperalat oleh para pemimpin pembangkang yang bijak mengambil kesempatan atas kelemahan anak-anak bangsa kita berfikir. Kalau dibiarkan, mungkin “karam” jadinya negara kita nanti…

Justeru itu, saya menyarankan agar kita kembali merujuk pada Islam dan kembali pada jatidiri bangsa Melayu yang asal. Hidup kita di dunia hanya sekali dan kita sepatutnya menghargai kesempatan itu untuk menjadi hamba Allah serta seorang warganegara yang terbaik. Sama-samalah kita doakan demi kebaikan Islam, Bangsa Melayu dan Tanah Melayu. Wallahu’alam…

Sumber: Mykmu.net

2 comments:

Anonymous said...

MINTA KOMEN CERDIK DARI PRESIDEN ,PMUM DAN PMUIA........

Anonymous said...

KITA FAHAM POLIS SUKAR NAK MELAKUKAN ENFORCEMENT KERANA MAJORITI ORANG AWAM ADALAH INNOCENT PUBLIC YANG DATANG UNTUK MENYAKSI KONSERT DAN SETERUSNYA SAMBUTAN TAHUN BAHARU. KALAU POLIS BUAT SESUATU TINDAKAN, AKAN CETUS KEGANASAN DARI PENDEMO DAN ORANG AWAM TERMASUK KANAK2 AKAN MENJADI MANGSA. SEDAP KUMPULAN PEMBANGKANG AKAN KENAKAN KERAJAAN.
SATU YANG AMAT KETARA, MEREKA PENDEMO INI MEMBUDAYAKAN "HOOLIGANISM" DAN SAMASENG JALANAN. POLIS TEGAS ANGKUT MEREKA2 INI, TAK KIRA LAH MEREKA BERTOPENG. POLIS BOLEH JEJAK MEREKA PENDEMO DAN CAJ MERUSUH, HOOLIGANISM....TAK KISAH LAH, JAIL SEBULAN, SETAHUN ASAL JAIL. SATU CADANGAN, MULAI TAHUN INI, KERAJAAN JANGAN ADAKAN SAMBUTAN TAHUN BAHARU. BIAR JER SAMBUTAN DI TEMPAT2 HIBURAN SEPERTI DI BUKIT BINTANG.....

Bila Kak Su Bersuara... Heh!