Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, January 3, 2014

MUJAHID RAWA TIRU KHALID SAMAD NAK JADI "HERO KRISTIAN"?

bishop2

Sebelum ini, Khalid Samad begitu dikenali sebagai pemimpin PAS yang mempertahankan Gereja Methodist Damansara berhubung isu cubaan memurtadkan umat Islam di Selangor. Ketika itu Khalid Samad “berperang sabil” dengan bekas Exco Agama merangkap Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali. Khalid Samad menang…

Pada awal tahun baru 2014 ini, muncul lagi seorang “hero gereja Kristian” yang baru, Mujahid Rawa, namanya. Dia berjawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen Parit Buntar…

Semalam, sekumpulan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bertindak merampas 321 naskhah Bible berbahasa Melayu di premis Persatuan Bible Malaysia dan dua pegawai persatuan itu ditahan untuk diambil keterangan. Rampasan itu berlaku di Damansara, Selangor.


Tiba-tiba, Mujahid hadir memberi kenyataan membela persatuan yang disyaki mengimport masuk Bible dari Indonesia yang menggunakan kalimah “Allah” di dalamnya. Mujahid betul-betul tak puas hati. Dia pertikai dan persoal tindakan JAIS terhadap persatuan Kristian itu. “Sebijik” macam Khalid Samad..!

Kata Mujahid, JAIS bertindak kasar dalam “serbuan” itu dan dia mahu Putrajaya mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana badan agama Islam seperti JAIS dari melakukan serbuan atau menguatkuasakan undang-undang berkaitan hal ehwal Islam di dalam sesebuah negeri. Kononnya tindakan itu mampu mengeruhkan hubungan antara agama…

Meloyakan, wakil rakyat Parit Buntar itu mengungkit kisah lama serbuan di gereja sebelum ini dan menganggap JAIS tidak punya sebarang bukti dalam kes yang menyaksikan Hasan Ali dipecat dari PAS!

Saya tertanya-tanya, apa halnya orang Parit Buntar datang sebok-sebok ke negeri orang? Sudah tiada kerja lagikah di Parit Buntar? Semuanya sempurna di sana?

Mujahid tahu tak bahawa hal ehwal agama Isla dalam sesebuah negeri itu semuanya tertakluk di bawah bidang kuasa DYMM Sultan? Masih ingat dulu kes JAIS vs Gereja Methodist Damansara Utama? DYMM Sultan Selangor sendiri yang mengumumkan keputusan mengenai isu berkenaan.

bukti jais dumc

Suka diingatkan pada wakil rakyat dari Perak itu, DYMM Sultan Selangor menegaskan titahnya bahawa terdapat sedikit bukti yang menyokong dakwaan JAIS berkenaan gereja tersebut yang cuba memurtadkan umat Islam di Selangor. Namun titah baginda Tuanku, bukti tersebut tidak cukup untuk mengheret kes tersebut ke mahkamah.

jais dumc

Lebih penting lagi, Mujahid sebagai orang luar perlu tahu bahawa Pengarah JAIS telah menghantar surat kepada seluruh gereja di Selangor memperingatkan supaya mematuhi Enakmen 1988 mengenai Agama Bukan Islam di Selangor yang melarang orang bukan Muslim dari menggunakan kalimah “Allah”.

Untuk pengetahuan Mujahid, Enakmen 1988 itu menyentuh tentang “Kawalan Penyebaran Agama kepada Orang Muslim yang diluluskan pada tahun 1988, melarang orang bukan Muslim di Selangor menggunakan 35 perkataan Arab dan ungkapan dalam agama mereka, termasuk “Allah”, “Nabi”, “Injil” dan “Insya’Allah”. Faham?

Jadi, salahkah JAIS masuk memeriksa premis Persatuan Bible Malaysia semalam? Cara kasar? Ada pegawai JAIS tumbuk pegawai persatuan kesayangan Mujahid itu, kah? Pegawai JAIS ada bawa pisau rambo atau parang panjang? Pegawai JAIS ada hina, caci cerca pegawai persatuan Kristian itu?

Untuk pengetahuan Mujahid, difahamkan bahawa kira-kira 20 penguatkuasa JAIS itu perlu menunggu beberapa lama setelah permintaan mereka untuk diizinkan masuk melakukan rutin pemeriksaan ditolak mentah-mentah oleh salah seorang pegawai yang ditahan itu.

Penguatkuasa-penguatkuasa JAIS itu hanya dibenarkan masuk ke dalam kawasan premis persatuan itu setelah seorang lagi pegawai persatuan (dipercayai lebih tinggi jawatannya dari pegawai yang tidak benarkan JAIS masuk) datang ke premis tersebut. Setelah diperiksa, barulah 321 naskhah Bible itu dirampas.

Saya nak tanya, kalaulah Bible itu menepati syarat yang ditetapkan Kerajaan Negeri, apakah JAIS akan merampas naskhah-naskhah itu? Agak-agaklah sikit kalau nak pertikai tindakan orang. Biarlah logik, adil dan ikhlas!

Paling meloyakan anak tekak, Mujahid mendakwa tindakan JAIS itu bermotifkan politik. Politik apanya? Siapa Exco Agama di Selangor sekarang? Guan Eng atau Kit Siang? Khalid Samad atau Rani? Khalid Ibrahim atau Azmin? Yang pastinya, Exco Agama di Selangor sekarang bukan dari BN, kan?

Jadi apa maksud Mujahid bahawa rampasan itu bermotif politik? Pakatan Haram di Selangor sedang bergaduh sakan, kah? Ada sesiapa yang nak gulingkan Exco Agama di Selangor lagi? Ada sesiapa yang nak gulingkan Exco Agama di Selangor, Sallehan Mukhyi?

Setahu saya, Putrajaya tidak punya hak untuk menahan penguatkuasa Kerajaan Negeri dari mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang hal ehwal Islam di dalam sesebuah negeri tersebut. Semuanya dibawah bidang kuasa Kerajaan Negeri dan hal ehwal Islam diketuai sepenuhnya oleh DYMM Sultan.

Jadi, apa hal pula Mujahid nak kaitkan Kerajaan Persekutuan dalam hal ini? Kalaulah Kerajaan Persekutuan boleh campur tangan dalam hal ehwal agama Islam dan pentadibiran di Selangor, rasanya berdemo sakan berguling-guling lagi puak-puak Pakatan Haram!

Saya menyarankan agar Mujahid balik saja ke Parit Buntar dan laksanakan amanah yang dia peroleh dari rakyat di parlimen itu. Tak payahlah nak jaga tepi kain orang kalau kain sendiri pun koyak rabak sampai menampakan celana “kecil” di dalam. Biarlah Exco Selangor selesaikan perkara itu. Kalau dia gagal, dia boleh rujuk pada DYMM Sultan Selangor.

Mujahid tak payah menyebok nak jadi “hero Kristian” di Selangor. Biar Khalid Samad seorang sudahlah…

Sumber: Mykmu.net

1 comment:

Anonymous said...

Lepas ni bolehlah Mujahid tukar nama kepada Mujahid G***** heheeee.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!