Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, January 15, 2014

MUJAHID RAWA TAK HORMAT KEPUTUSAN DEWAN ULAMA PAS?

mujahid-rawa-300x200

Saya menonton forum bertajuk “Polemik Kalimah Allah dan Rampasan Bible” anjuran Pemuda PAS Lembah Pantai yang diadakan di sebuah Dewan Cina baru-baru ini.  AJK PAS Pusat, Mujahid Rawa merupakan salah seorang panel bagi forum tersebut selain Dr Aziz Bari dan wakil dari Evangelis Christian, Eugene Yap.

Mujahid menyimpulkan dalam forum tersebut bahawa isu kalimah “Allah” itu sebenarnya bermotifkan “politik” yang bertujuan untuk menakut-nakutkan hubungan antara agama dengan dakwaan gerakan Kristian yang mahu menukar negara ini menjadi sebuah negara Kristian.

Dia turut memperlekehkan dakwaan “agenda menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian” dengan mempertikai bilangan Kristian Katolik seramai 1.7 juta orang di Malaysia dan kononnya sangat mustahil untuk menukar negara ini ke sebuah negara Kristian selain perlu berdepan dengan 55% percent muslims jadi negara Malaysia.


Cuba memjustifikasikan ideologinya sebagai “adil” dan “suci murni niat dihati”, Mujahid berkata isu yang dimainkan di dada akhbar Utusan itu adalah untuk memecah-belahkan keharmonian agama di Malaysia. Dia bercakap mengenai konsep Islam yang memberikan kebebasan pada penganut agama lain untuk mengamalkan agama masing-masing…

Pertamanya, saya tertanya-tanya, apakah Mujahid ini “buta kayu”? Maaf sekiranya saya gunakan ungkapan Melayu yang agak kuran lunak bunyinya. Tapi nampaknya otak pemimpin PAS yang bergelar “Dr.” itu seolah-olah menafikan wujudnya usaha missionaries mengKristiankan ramai umat Islam di negara kita.

Fakta gerakan Kristian sebenarnya sudah lama berlaku dan ia masih dilakukan secara konsisten sehingga kini. Bukti panjang lebar boleh diperoleh dengan mudah, sila klik di sini. Jika dilihat pada bukti-bukti dan penjelasan mengenai gerakan Kristianisasi itu, maka jelas Mujahid memang “buta kayu” dan “kurang waras” dia dia terus mempertahankan hujahnya.

Isu kalimah “Allah” bermotifkan politik? Astaghfirullahil’azim… kenapa begitu “tidak waras” sekali “Dr.” Mujahid berfikir? Macam itu gaya corak seorang “Dr.” berfikir? Ingatkan IQnya tinggi!

Pada saya, UMNO tidak pernah mempolitikkan soal agama, khususnya berkaitan tentang aqidah umatnya. Malah kalau diikutkan, PASlah juara “menjual agama” demi politik. Pada nama PAS terpampang nama “Islam” dan kononnya kalau tidak menyokong PAS maka “tidak menyokong Islam”! Itu hujah PAS mempolitikkan agama selama ini, bukan?

Mustahil penganut Kristian Katholik seramai 1.7 juta boleh menukar Malaysia dari sebuah negara Islam kepada negara Kristian? Saya betul-betul hairan bagaimana Mujahid boleh dapat gelaran “Dr.”. Berapa bilangan penganut Kristian di Persekutuan Tanah Melayu sejak merdeka dan bandingkan bilangan itu dengan bilangan orang Kristian sekarang.

Bertambah disebabkan populasi keluarga? Takkan seramai 1.7 juta orang dengan hanya dari faktor populasi? Mujahid tahu berapa jumlah bangsa Melayu yang asalnya beragama Islam yang telah diKristiankan di negara kita? Mufti Perak, Tan Sri Harussani pernah mendedahkan dakwaan bahawa lebih 100,000 umat Islam yang memeluk Kristian. Mujahid tahu?

Mujahid perlu merujuk pada sejarah Israel yang dulunya merempat “dihalau” US dan dicampak ke bumi Palestin. Berapa besar Israel ketika itu? Dan hari ini, cuba Mujahid bandingkan wilayah dan kuasa yang ada pada Israel berbanding negara Palestin itu sendiri. Tiada perkara yang mustahil di dunia ini, Mujahid. Jika Allah berfirman “kun fa yakuun”, maka jadilah ia, bukan?

Sebenarnya kita umat Islam di Malaysia tidak pernah mempersoal pihak Kristian mengamalkan agama mereka. Sejak dari zaman merdeka, tidak ada konflik yang berlaku antara Islam dan Kristian di negara kita. Kita juga faham konsep Islam yang menggariskan “lakum deekunum wa liya deen”, bukan Mujahid seorang saja yang faham konsep itu.

Tapi bila Kristian melampaui batas-batas kesabaran, berani mempetikai perlembagaan, mengheret isu kalimah “Allah” di mahkamah dan beberapa pemimpin utama pembangkang begitu vokal mempertahankan kehendak Paderi “The Herald” itu, maka kita fahamlah apa yang sedang berlaku…

Baru menang sikit di beberapa negeri, maka beberapa pemimpin pembangkang yang “hardcore” Kristian sudah naik tocang? PAS pula menyokong mereka, Mujahid? Dulu tidak timbul soal begini sebab pembangkang tak menang banyak kerusi. Tapi sekarang bila kerusi sudah bertambah, pembangkang jadi berani berjuang untuk “kesamarataan agama” sekaligus meneutralkan keistimewaan Islam?

Kristian boleh amalkan agama mereka dengan bebas di Malaysia. Tapi jangan sesekali “kacau” agama kami. Jangan sesekali melanggar ketetapan perlembagaan yang tidak membenarkan Kristian murtadkan umat Islam di Malaysia dan memeluk Kristian. Itu sudah melampau…

Saya percaya, umat Islam di Malaysia menghormati penganut-penganut agama lain, termasuk Kristian. Saya sendiri punya ramai kawan beragama Kristian. Tapi mereka tidaklah “poyo” meminta sesuatu yang memang tidak perlu pun pada amalan agama mereka. Vatican pun tak gunakan kalimah “Allah”, tapi di Malaysia mengada-ngada nak guna? Sengaja mencetus “api”, kah?

Justeru itu, saya kira Mujahid perlu belajar lagi bagi memahami konsep hubungan Islam dan perkara berkaitan isu kalimah “Allah” ini. Mujahid boleh belajar dari bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Hasan Ali, atau bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa jika sudi.

Ketahuilah. Kami menentang bukan kerana mereka itu Kristian. Tapi kami menentang atas sikap kurang ajar yang ditimbulkan segelintir pihak dalam Kristian, termasuk 3 orang ADUN Selangor yang cuba memansuhkan kepentingan Islam di negara kita, khususnya di Selangor. Mujahid faham atau tidak isu sebenar?

Sumber: Mykmu.net

5 comments:

Salleh said...

Patut dilucutkan gelaran Dr. tu. X layak. Benda simple cmtu pn x leh fikir. Usaha nk sesatkn org islam dah lama berjln. Secara senyap tp konsisten. Slps PAS seolah2 reda dgn permintaan kristian, tengoklah apa desakan dieorg lagi. Dieorg x kn puas sehingga kita mengikut telunjuk dieorg. Allah dah perigtkn kita dlm quran supaya kita berhati2. Ntah lah....ustaz2 PAS nk belitkn cmne lgi ntah. Mende yg sejelas2 cmni pn boleh lgi nk main2. Dek kerana berbeza fahaman politik dan PAS ade kepentingan dlm PR, maka mende yg jelas2 cmtu pn nk dipolitikkan. Kira mujahid tolak mentah2 hasil fatwa majlis syura. Tidak boleh guna kalimah Allah oleh bukan islam. Kalau x nk ikut hasil yg diputuskn oleh majlis syura...then ape guna majlis syura. Keputusan majlis syura boleh dilongkangkn cmtu je. PAS skrg ni....serabut dan serabai abis.

Anonymous said...

Ada mata membutakan mata ...cukup takat tu.

Anonymous said...

Mujahid ni kena pi sekolah lain hantaq pi mengaji pondok kot dia boleh faham sikit tentang islam.

Anonymous said...

Salam Bro,Tak syak lagi Mujahid tu memang bebal dan dungu.Mungkin ijazah yang dia dapat tu jangan-jangan dia beli tak ?

Anonymous said...

bangsa anak haramjadah pejilat puki babi

Bila Kak Su Bersuara... Heh!