Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, January 9, 2014

MISTERI MERZ S300: HANGPA INGAT MUKHRIZ TU MACAM "KHALIFAH" HANGPA KAT PENANG TU KAAA?

Apa "rahsia" di sebalik Merz S300, KBV 8, dan tulisan "Menteri Besar Kedah" ni...?
Tu yang payah.. bila nak sanggah sesuatu, biarlah perkara yang pasti. Kalau tak pasti, cari dan siasat dulu sebelum panggil media dan bloggers PAS untuk persoal sesuatu.. Helmi Khalid ni... ishhhh....Cuba la buat kerja cara Islam... ni dok buat perkara syubhah fitnah ni apa cerita ni..?

Untuk pengetahuan Helmi dan rakan bloggers PAS yang terbabit... begini cerita sebenar tentang kereta Merz S300 dan nombor plate KBV 8 yang hangpa dok "sorak" sakan tu... 

Cuba relax..bertenang.. Mukhriz bukan macam Guan Eng yang dok guna duit rakyat melaram beli Merz bernilai lebih RM500,000 tuuuu... Begini ceritanya...


Memang betul sebuah Mercedes Benz S300 telah dibeli... tapi bukan Mukhriz yang beli, PKNK yang beli sebenarnya. Untuk apa PKNK beli Merz S300 baru tu? Untuk siapa? Apa rasional beli kereta baru tu?

Merz S300 tu sebenarnya dibeli PKNK untuk kegunaan DYMM Yg DiPertuan Agong di Langkawi. Kereta rasmi untuk kegunaan DYMM Yg DiPertuan Agong sebelum ni dah lama.. model tahun 90'an.. selalu rosak pulak tu.. sebab tu PKNK belikan yang baru.. salah ke tindakan tu?

Okay.. selesai bab beli Merz S300... sekarang kita masuk bab plate number KBV 8 tu...

KBV 8 tu adalah sebuah plate number, bukan kereta tau.. berbeza tu antara plate number dan sebuah kereta..kan? Harap Helmi jelas perbezaaannya...

KBV 8 tu sebenarnya merupakan sebuah plate number milik Kerajaan Negeri Kedah. Oleh kerana nombor itu cantik, KBV 8 tu sengaja di "retained" di JPJ untuk Merz S300 yang baru dibeli untuk DYMM Yg DiPertuan Agong tu... dosa ke tindakan tu?

Okay..selesai bab tu... kita masuk bab yang dipertikaikan Helmi..."Adakah nombor plat itu dibeli individu lain dan digunakan pada S300 miliknya, tetapi kenapa ada tertera menteri besar pada plat itu,"

KBV 8 tu dibeli oleh PKNK, bukan Mukhriz Mahathir. Faham? Jelas? 

Menurut sumber dalaman, bila PKNK beli Merz S300 tu...maka timbul "khabar angin" dalam PKNK yang menuduh mengatakan Merz S300 dibeli untuk kegunaan MB Kedah (Mukhriz la tu)...

Dipercayai khabar angin itu disebar oleh salah seorang penyokong PAS yang diserap masuk dalam PKNK ketika PAS menjajah Kedah selama lima tahun sebelum ini..

Jadi, mungkin disebabkan khabar angin dan tersalah sangka, maka pegawai di bawah SUK (Dato' Puat Ali) selamba memasang plate bertulis "Menteri Besar" pada Merz S300 (KBV 8) tu... faham?

Saya malas la nak ungkit sangat pasal "khabar angin" yang tersebar dalam PKNK tu berpunca dari penyokong PAS yang di "implant" dalam PKNK dan tak boleh nak dibuang (jawatan tetap)... biarlah Allah SWT saja yang balas perbuatan syubhahnya tu...

Namun apa yang saya harapkan ialah supaya Helmi Khalid jelas dengan penjelasan ini dan tidak lagi buat "dosa besar kering" melalui tuduhan yang berunsur syubhah dan fitnah...kan? Helmi tu pun saudara saya jugak.. kalau boleh saya taknak la dia buat dosa..kan? 

KCX 8 ni puak PAS yang beli untuk arwah Ustaz Azizan pakai masa jadi MB hari tu...tak ingat? PAS yang beli Merz mewah ni pakai duit rakyat...sama la macam "khalifah" depa kat Penang tuuu..kan?
Harap maklum...Err... ada soalan lagi? Silakan... heh!

Cuba baca penjelasan Mukhriz dan Dato' Puat Ali kat bawah ni...

Penjelasan terbaru Mukhriz, MB Kedah... 
Yang pertamanya, kenyataan saya sebelum ini bersifat penjelasan. Ianya bukan penafian. Dan saya nyatakan hari itu bahawa yang pertamanya, kenderaan yang saya gunakan di Kedah ini adalah kenderaan yang telah dibeli di zaman Almarhum Ustaz Azizan dahulu. 

Yang keduanya, kenderaan yang saya pakai di Kuala Lumpur adalah sebenarnya kenderaan peribadi saya yang telah saya beli, mungkin tiga tahun yang lepas, kalau tak silap. Nombornya G1M 6. Plet nombonya. 

Tetapi oleh kerana ianya saya juga untuk urusan rasmi, itu sebabnya saya letak nama Menteri Besar di situ. Mudahlah urusan rasmi itu. 

Saya baru dimaklumkan oleh Yang Berhormat Dato’ Wira Setiausaha Kerajaan bahawa pihak PKNK ada membeli kenderaan Mercedes Benz S300, menggunakan nombor yang lama iaitu KBV 8 untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong di Pulau Langkawi. 

Jadi mungkin itulah menyebabkan salah faham itu timbul tetapi bukan untuk kegunaan Menteri Besar. Untuk kegunaan Agong di Langkawi. Kenderaan itu ditempatkan di Pulau Langkawi.

Penjelasan Dato Wira Puat Ali (SUK Kedah)...
Berlaku silap faham itu apabila kita mendapatkan peruntukan daripada PKNK, kita beli S300 tu. Pegawai di pejabat saya menyangkakan Dato’ Paduka yang nak pakai kereta tu. That’s why they put the plate Menteri Besar. Ada confusion. 

Sebenarnya, Dato’ Paduka masih pakai kereta KCX 8. KBV 8 itu, sebab nombor yang cantik. Kita retained, kita akan bawa ke Langkawi. 

Kereta yang digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Jemaah Pemangku dah tua, model tahun 90an, selalu rosak. Kita beli kereta itu dan dalam proses untuk dibawa ke Langkawi.

1 comment:

Anonymous said...

Tolong la buat versi facebook.selama ni sy dok tertanya2 tak de ke 1 web yg tolong jawab fitnah pembangkang yg tak masuk akal tu.hari br sy jumpa blog ni.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!