Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, January 19, 2014

MENTERI PELAJARAN TAK PATUT BERITAHU APA YANG SEMUA ORANG DAH TAHU...

Saya terbaca jawapan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yasin tentang isu "paksa bukak tudung lepas tu mintak maaf" yang berlaku di Johor baru-baru ni...Katanya...

"Ini tidak sepatutnya berlaku tetapi baguslah dia (lembaga pengurusan sekolah) dah ambil keputusan mohon maaf. Sepatutnya tak berulang kerana hal-hal sebegini menyentuh hak seseorang.

"Dia tak boleh salah guna kuasa sebagai ahli lembaga sekolah untuk menyuruh guru itu membuka tudung. Dari segi kementerian guru itu tidak melanggar apa-apa (peraturan),” katanya kepada pemberita selepas turun padang meninjau situasi harga barangan keperluan di sini hari ini."

Itu saja ulasan dan kenyataan dari Tan Sri Muhyiddin pasal isu tu? Saya tertanya-tanya...



Apakah itu saja kenyataan yang mampu dinyatakan Timbalan Perdana Menteri? "Tak sepatutnya, berlaku", "bagus sebab dah minta maaf", "tak sepatutnya berulang lagi", "tak boleh salah guna kuasa" dan "guru pakai tudung tak langgar apa-apa peraturan"... itu saja?

Saya nak tanya, apa jaminan dari Tan Sri Muhyiddin untuk perkara seumpama itu tidak lagi berlaku di sekolah-sekolah atau mana-mana institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran lepas ni?

Apa tindakan Kementerian Pelajaran pada Guru Besar sekolah di Johor tu?

Apakah dengan tidak mengambil tindakan pada guru besar sekolah tu tidak membayangkan bahawa Tan Sri Muhyiddin cuba berlaku "play safe" untuk menjaga hati kaum Cina di Johor? 

Risau hilang undi dan sokongan jika diambil tindakan tegas? PRU ke-12 dan PRU ke-13 diorang bagi undi ke kat BN? Berapa banyak dapat undi? Bekas MB kalah, Kit Siang tiba-tiba menang, angkara siapa punya undi?

Rasanya, SEMUA ORANG TAHU perkara tu tak sepatutnya berlaku, tahu tentang etika "mohon maaf", dan semua mahu perkara tu tak berulang lagi. Memang semua orang tahu Jemaah di sekolah tu tak boleh salah guna kuasa dan guru pakai tudung tak langgar peraturan. Saya ulang, SEMUA ORANG TAHU...

Apa yang saya yakin SEMUA ORANG TAK TAHU ialah apa tindakan Kementerian Pelajaran pada Guru Besar tu? Bila nak gantung kerja guru besar tu? Saya yakin, ramai yang mahu guru besar tu digantung tugas sehingga dapat keputusan dari Kementerian...

Saya menanti tindakan dari Kementerian pada guru besar sekolah tu, bukan kenyataan yang SEMUA ORANG DAH TAHU... harap "advisors" Kementerian Pelajaran dan KSU beri nasihat yang progresif kat TPM... bukan update perkara yang SEMUA ORANG DAH TAHU... boleh?

3 comments:

Otak geliga said...

MUSTAHIL ada apa2 TINDAKAN sbb yg buat tu CINA....diulangi...C.I.N.A, ca.ya.nun.alif

kalau cikgu MELAYU pasti dah kena tindakan DISIPLIN, tindakan pula PANTAS, CEKAP, TELUS, TULUS, MULUS.....itulah nasib MELAYU di tgn pemerintah MELAYU yg DAHAGAkan undi cinabeng biaDAP

Anonymous said...

Ya cina mca jangan lupa

Anonymous said...

Ya cina mca jangan lupa

Bila Kak Su Bersuara... Heh!