Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, January 2, 2014

MARAH TUN M SEBAB PUJI LANGKAH NAJIB?

Bila Najib umumkan langkah-langkah berjimat baru-baru ni, ada pulak di kalangan kita yang kata "lembab", "lambat" dan "tak komprehensif"... Bila ada di kalangan kita yang puji langkah Najib tu, maka kita dikatakan "tukang bodek"...hehehe...biasalah manusia ni kan?

Biasalah, masing-masing ada pendapat masing-masing. Cuma, pendapat kita tu akan mencerminkan sama ada kita ikhlas menegur atau kita punya motif tertentu... orang di luar pula akan menilai kualiti pada pandangan kita... terserahlah dengan pandangan masing-masing...

Tun M semalam puji langkah Najib tu... adakah kita nak kata Tun M "bodek" Najib? Nanti ada pulak "kutu" yang kata "Tun M saja bodek Najib sebab nak naikkan Mukhriz..." Sebelum ni pun pernah ada dakyah macam tu bila Tun M puji tindakan Najib...


So macamana? Setuju tak dengan Tun M dan Najib? Atau masih lagi terkenangkan Kerajaan di zaman Pak Lah? Atau nak Anwar jadi PM pulak? Heheheheheeee....

KUALA LUMPUR 1 Jan. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyambut baik inisiatif kerajaan untuk memotong kos perbelanjaan menerusi pelaksanaan 11 langkah penjimatan.

Beliau berkata, inisiatif yang disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu membuktikan komitmen kerajaan bagi mengurangkan beban yang ditanggung rakyat.

“Saya rasa amat gembira kerana ada usaha untuk mengurangkan perbelanjaan dan juga mengurangkan beban yang dipikul oleh rakyat.

“Itu tugas kerajaan sebenarnya, tidak membebankan rakyat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu 2014 anjuran PPP di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari. - UTUSAN

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!