Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, January 14, 2014

MALAYSIA TAK PERLU ISA: SAPA SETUJU DENGAN KJ..?

Saya terbaca kenyataan Menteri KBS, Kay Jay semalam. Dia kata, tak payah kembalikan ISA. ISA tak sesuai di zaman sekarang ni dan dia kata cukuplah dengan SOSMA yang baru digubal pada tahun 2012...

KJ menolak dakwaan SOSMA terlalu lembut. Katanya SOSMA direka khas untuk penjenayah dan sebab tu la tak lembut. Kalau soal senstitif, dia kata kita ada Akta Hasutan dan Panel Code.

Lepas tu dia kata, kalau berhadapan dengan musuh politik, dia mahu jawab dengan hujah dan tak payah ditangkap...

Well.. itu dalam otak KJ sebagai seorang Menteri... Saya bukan lulusa OXFORD sehebat KJ...Cuma...Kalau diikutkan pandangan KJ tu, maka macamana dengan kes-kes di bawah ni..???


Kes I
Jika ada orang hina Islam, gugat kepentingan Islam, kutuk Rasulullah SAW dan sebagainya, maka orang tu akan diambil tindakan di bawah Akta Hasutan. Contohnya, kes isu kalimah "Allah" by Andrew Lawrence "The Herald"...

Saya nak tanya sikit... Katakanlah kenyataan Andrew tu cetus kemarahan umat Islam dan kita semua tak mampu sabar. Lepas tu kita ramai-ramai berarak ke rumah Andrew, suruh dia keluar dan pukul dia "separuh nyawa"...

Lepas tu timbul kekecohan. Orang Kristian pulak balas dendam. Dia heret Tan Sri Harussani keluar rumah dan pukul Mufti Perak tu separuh nyawa. Lepas tu jadi lagi kecoh... jadi ketegangan agama kat negara kita... agak-agak Akta Hasutan tu berkesan tak macam Akta ISA?

Kalau Andrew ditahan bawah ISA, ada tak dia kena pukul? Ada tak berlaku perkara amuk umat Islam? Ada tak berlaku ketegangan agama? Prevention is better then cure...kan? ISA can be used as preventive action..kan? Akta Hasutan boleh buat macam tu?

Kes II
Jika ada orang politik menggunakan kapasitinya sebagai orang politik dan buat provokasi menpersoal kontrak sosial, pertikai hak dan keistimewaan bangsa Melayu-Bumiputera dan sengaja pertikai kedudukan Islam dan keistimewaannya di negara kita...

Kononnya ahli politik tu berhujah mahukan semua agama sama kedudukannya. Kalau masjid tingginya 20 meter, maka gereja pun nak begitu. Kalau ada Jabatan Agama Islam, depa pun nak Jabatan Agama Kristian dan sebagainya... keistimewaan Islam terhapus dengan begitu simple...

Berdepan dengan "ahli politik", KJ nak pakai hujah. Okay.. katakanlah KJ keluarkan 1,000 hujah untuk berdepan dengan tindakan dan hujah ahli politik tu. Tapi segala hujah KJ tu semuanya tak dilayan...malah depa permain hujah-hujah KJ tu...

Lepas tu, ahli politik tu himpun "macai-macai" dia buat demonstrasi, kecoh, ganas, dan penuh unsur negatif. Lepas tu PDRM bertindak. PDRM pula dituduh kejam dan jadi "anjing" BN. Kat situ bukan saja libatkan kos tinggi, malah imej negara, PDRM dan Kerajaan berjaya dirosakkan...

Walaupun ada "counter" yang baik dari pihak penyokong Kerajaan, the damages were done, rite? Itu kalau KJ jawab pakai "hujah" la... agak-agak kalau pakai ISA jadi tak semua tu? Cekup je diorang masuk ke "dalam"... lepas reda, baru kasi lepas dari "kandang".. itu lebih realistik bagi saya...

Saya tak kata SOSMA tu "lembut" macam "pondan"... tapi akta baru tu belum digunapakai secara menyeluruh. Saya lihat, PDRM sendiri pun mungkin teragak-agak nak pakai. Mungkin sebab depa pun belum mahir nak guna dan mungkin ada yang masih belum faham akta baru hasil ilham di zaman Pak Mertua KJ tu...

Saya bukan nak kata KJ salah atau silap. Itu pandangan dari seorang graduan OXFORD. Saya ni sekolah takat darjah 3 anggur saja... mengaji pun tak abis... Saya tak minta dia terima pandangan saya....

Tapi pada pandangan rakan-rakan, macamana? Setuju dengan pandangan KJ tu? Wallahu'alam...


10 comments:

Sinbad The Sailor said...

Admin jangan dok layan mangkuk hayun budak tingkat 4 ni. Ini lg satu menteri tin kosong. Mangkuk ni tau apa,ISA ni bukan nak aniaya sapa2 tapi menjamin kesejahteraan Malaysia.

hah! said...

Saya sokong KJ.....kalau bergaduh kita dakwa bawa mahkamah......kalau semua orang bergaduh, semua orang kita bawa mahkamah. Kita tumbuk KJ, KJ balas balik, kita dan KJ didakwa di mahkamah. Barulah meriah mahkamah, hari2 tak ada kerja lain, dakwa orang di mahkamah saja. Tak perlu majukan negara. Mari kita sama2 majukan mahkamah!

Anonymous said...

ISA tu ibarat pagar yang melindungi rumah kita selama ini. Apabila pagar dirobohkan, apa yang akan jadi ? Rumah kita mungkin boleh dimasuki pencuri atau anjing kencing kat beranda rumah kita atau babi menyondol tanaman kita atau lembu berak kat halaman rumah kita. Macam-macam boleh terjadi hanya kerana kita tiada pagar. Samalah macam ISA. ISA bukanlah undang-undang zalim atau tak berperikemanusiaan. Kenapa isu menghina Raja-raja Melayu, mempertikaikan hak istimewa Orang Melayu dan penyalahgunaan kalimah Allah ini hanya timbul selepas ISA dimansuhkan ?

Anonymous said...

Mengembalikan semula ISA itu saranan siapa? Tak kan dia nak sokong.
Ingat tak sebelum dilantik jadi menteri dulu, kementerian tersebut ada program dengan mantan PM. Sebaik sahaja dilantik program tersebut terus dibatalkan.

kluangman said...

Setuju sangat-sangat...

Kj terperasan dia sangat pandai berhujah dan perasan sangat disukai pembangkang dlm isu ini.

Tanpa isa, najib terkial kial dng pelbagai isu, negara tidak lagi selamat dan aman, kacau bilau mudah berlaku - biarlah orang politik bangang mcm kj selesaikan.

Anonymous said...

ISA penting untuk mencegah sebelum perkara menjadi lebih buruk lagi.Polis menjalankan tugas yang sangat profesional.Bukan menaniaya orang secara melulu dan tanpa bukti.Itu semua presepsi.Andaikata undang2 terlalu telus sehingga berduyun2 pegawai siasatan masuk mahkamah setiap kali ada kes,mukapun dah naik kenal.James bond 007,detective2 ada masuk court ker.

Anonymous said...

saya rasa lebih elok ada ISA. Baik cegah sebelum binasa. Ya, KJ pandai bercakap tapi kalau dok bercakap dan orang mnjawab dgn membuta tuli dan menyentuh perasaan orang isam lambat laun akan akan ada perbalahan,dulu semasa 13 May macam tu jugalah. tak terkawal , kalau nasi dah jadi bubur sate sen pun tak guna.

ajai62 said...

Assalam Bro

Mana dia nak sokong ISA ni Bro... Nanti SOSMA peninggalan Bapak Mentua dia nak letak kat mana??? Macam Islam Hadhari... Bukankah Islam tu tetap Islam tanpa ada pemanbahan Hadhari... sampai sekarang aku tak faham pasal Islam Hadhari si Dolah ni walaupun ikut denganr ceramah.

Anonymous said...

ISA....? Budak KJ ni tahu ke pasal ISA untuk apa....? Nanti rumah dia kena BOM puak pelampau baru dia rasa apa perlunya ISA. Apa yang terjadi sekarang bila orang yang disyaki kes Demo/menghasut dan lain-lain dituduh dalam Mahkamah..? Kebanyakkan akan terlepas dan bebas sebab Konon tiada bukti kukuh..tambahan pula kunco - kunco Kapal Singh yang jadi Pembela..Dan tidak juga ketinggalan para Hakim yang jadi penyokong PR sengaja lambatkan proses pertuduhan... KJ ni jangan bagi jadi YB habiskan Beras saja...

Anonymous said...

saya lihat KJ nisalah seorang mangkuk bongok peruntuh bangsa melayu. Belajar aje tinggi tapi bodohnya bertingkat-tingkat.
Lagi sorang pemimpin "tin tak cukup isi". Tapi walaubagaimana pun kita kutuk menteri sebegini, mereka tetap berada di atas kerusi pemimpin Negara. Takde Nampak mereka ni jatuh.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!